Followers

Monday, May 30, 2011

BERMULA DENGAN BENJOLAN KECIL !



AKHIRNYA MEMBAWA MAUT ...

Inilah yang dikatakan oleh kebayakan wanita. Ia dapat dikesan apabila secara tiba tiba satu benjolan kecil ditemui di buah dada atau di bawah ketiak.

Ia tidak mendatangkan sebarang rasa sakit. Ia juga tidak menjejaskan kegiatan harian. Apabila pemeriksaan perubatan dibuat, barulah diketahui bahawa wanita ini mengidap kanser atau barah payudara.

Lebih malang apabila doktor mengesahkan ia sudah berada di tahap ketiga yang implikasinya buah dada tersebut terpaksa dipotong.

Ini kesan apabila kita tidak memandang serius dan mengambil tindakan segera terhadap sesuatu petanda yang ditunjukkan kepada kita.

Inilah yang sedang melanda kerajaan sekarang. Semalam TNB telah menaikkan tarif. Dalam masa yang sama harga barang melonjak tanpa sekatan.

Pemimpin kerajaan tidak bimbang nampaknya kerana riuh rendah dan keluh kesah rakyat ' hanya benjolan kecil '. Rakyat tidak cenderung bangkit memberontak!

Menteri masih tersenyum membuat pengumuman. Harga di negara jiran menghalalkan tindakan TNB dan peniaga yang lain. Menteri tidak perlu berfikir selain menaikkan harga.

Ini barangkali berbeza dengan kerajaan di zaman Dr Mahathir dahulu di mana para Menteri ' pecah kepala ' memikirkan cara menjaga rakyat.

Saya melihat ini adalah petanda barah. Saya mula ' berburuk sangka'. Adakah Menteri ini antara yang dijangka akan bersama Anwar Ibrahim jika ' 16 SEPTEMBER ' menjadi kenyataan.

Saya mula berasa seakan akan dalam senyum tawa ada Menteri sedang
memperolokkan DS Najib. Apa yang berlaku sangat mudah ditelah.

PRU 13 semakin hampir. Rakyat semakin resah...



Sunday, May 29, 2011

PELIKKAH ANWAR IBRAHIM MELIWAT ?

" ISTANA PEJUANG RAKYAT TERMISKIN "



MELAKUKAN SESUATU YANG LUAR BIASA ADALAH ANWAR...

Selepas tersebarnya aksi seks lelaki yang diyakini Anwar Ibrahim, kisah kecenderungan Anwar meliwat seakan tenggelam . Kes liwat ini bagaimanapun akan bersambung tidak berapa lama lagi.

Saya semakin tidak hairan jika mahkamah mendapati Anwar telah memasukkan air maninya ke dalam dubur Saiful Bukhari Azlan yang juga pembancuh kopi dan penjaga akaun Anwar.

Ucapan terbaru Anwar sewaktu mengulas permintaan DS Najib agar anak muda bersama UMNO/BN menggambarkan ' patern pemikiran'
Anwar yang luar biasa.

Kita bayangkan bagaimana Anwar BERANI menyebut pemimpin UMNO yang kaya raya adalah lambang kejahatan UMNO yang wajib ditolak.

Kenyataan ini dilahirkan oleh Anwar dalam keadaan semua rakyat Malaysia tahu bahawa Anwar ' berjaya membina rumah bernilai jutaan
ringgit ' sewaktu berada dalam penjara.

Saya fikir rakyat juga tahu bahawa Anwar mengeluarkan biaya berbillion ringgit bagi menjayakan kempen pakatan termasuk PAS dalam setiap Pilihanraya Kecil.

Bukan rahsia lagi bahawa Anwar mempunyai koleksi puluhan kereta mewah yang dipakai dan dihadiahkan kepada ramai kenalannya.

Mengapa isu ' kaya raya ' yang Anwar jadikan bahan? Inilah jawapan kepada soalan mengapa Anwar meliwat. Beliau berfikir , bercakap dan bertindak secara luar biasa.

Inilah juga faktor mengapa Wan Azizah setia bersama Anwar barangkali. Keluarbiasaan Anwar tidak mustahil mengancam nyawa...



Saturday, May 28, 2011

PAS SETARA MAT REMPIT

BERANI BERCAMPUR BODOH !

Presiden PAS yang sengaja dibiarkan menang tanpa bertanding, dengan bangga mengisytiharkan betapa beraninya PAS menjalankan pemilihan sedangkan mereka percaya PRU 13 sudah semakin hampir.

Asas kesombongan Haji Hadi ialah kerana tiada parti lain yang mengadakan pemilihan. Manakala PKR tidak boleh dikatakan melakukan pemilihan kerana mereka hanya melaksanakan kehendak Anwar Ibrahim.

Saya berpandangan bahawa Haji Hadi agak dangkal apabila menjangkakan hanya 'perpecahan' semata mata yang mereka khuatiri kesan pemilihan parti.

Haji Hadi dan mungkin juga pemimpin PAS yang lain terlepas pandang akan kemungkinan lain yang telah pun berlaku dan kesannya jauh lebih buruk lagi.

Rakyat sedang menilai betapa PAS sebenarnya tiada arah tuju yang jelas. Jika selama ini mereka mengatakan kekuatan mereka ialah kepimpinan Ulama, sekarang rakyat sedang melihat kepimpinan ulama sedang terhakis.

PAS juga jelas ketiadaan pelapis berwibawa dan diyakini. Bayangkan begitu ramai dicalonkan untuk jawatan tertinggi parti sehingga kelihatan ' TIADA SEORANGPUN ' yang ditunjuk secara konsensus.

Dewan Ulama yang jadi teras PAS jelas tidak dihormati kerana setedewan ini menyatakan sokongan bulat kepada Nasharuddin Mat Isa, ada lagi calon lain yang mahu mencabar.

Lebih besar daripada itu, ada suara dari dalam PAS sendiri yang mendakwa ada tangan ghaib sedang mencatur pemilihan PAS.
Pemuda PAS jelas menyatakan kebimbangan dengan perkembangan ini.

Kepada saya, di atas apa yang berlaku, keberanian yang Haji Hadi maksudkan samalah dengan keberanian Mat Rempit. Berani dan nekad, akhirnya tumbang menyembah bumi...





KEPALA ANWAR DALAM KAIN MAT SABU !




SURVIVAL ANWAR DI TANGAN MUSUH..

Sekiranya politik Anwar Ibrahim dan Mohd Sabu adalah politik yang jujur. Sekiranya mereka berdua meletakkan Islam sebagai panduan, sudah pasti kedua duanya tidak akan dapat bertentang mata dan tersenyum.

Ironinya mereka berdua diyakini dan dipercayai masing masing tidak pernah takut kepada dosa. Sejarah masa lalu masing masing adalah bukti nyata kepada perkiraan ini.

Tuhan selalu memberikan petunjuk bagi orang yang mahu berfikir. ALLAH telah satukan mereka dalam gelanggang kesesatan yang tak nampak tanda jalan pulang.

Mohd Sabu menjadi sangat hina bilamana diwajibkan membantu Anwar meneruskan cita cita menjadi Perdana Menteri walau dengan apa cara sekalipun.
Mohd Sabu tiada pilihan kerana kebanyakan perwakilan PAS dalam Muktamar akan datang adalah muka baru dalam PAS.

Kebanyakan mereka menyertai PAS selepas 1998 dan menjadi dominan kerana kemampuan ekonomi mereka. Mereka adalah kuasa baru dalam PAS.

Mahu tidak mahu Mohd Sabu terpaksa menampakkan sokongan kepada orang yang pernah digelarnya Al Juburi.

Dalam masa yang sama Anwar juga mahu Mohd Sabu menang sebagai Timbalan Presiden PAS. Jawatan ini akan membolehkan Mohd Sabu menyusun dan merencana ' Perhimpunan Bersih ' yang akan jadi garis mula pemberontakan rakyat.

Walaupun tidak semua rakyat gembira dengan pemberontakan, namun Mohd Sabu dan Anwar akan jadikannya semacam suara rakyat terbanyak. Harapan mereka biarlah kerajaan akan lemah dan runtuh.

Anwar dan Mohd Sabu sedar bahawa Anwar tidak mungkin jadi Perdana Menteri melalui kaedah biasa. Anwar telah terlajak jauh dan tiada tanda akan berpeluang kembali.

Mari kita melihat kepada tajuk. Jika Mohd Sabu mahu Anwar mati, Anwar akan mati dalam kainnya. Tetapi dalam masa yang sama Anwar juga berpeluang melukakan Mohd Sabu.



Friday, May 27, 2011

HANCURNYA PARTI PENGKHIANAT !

" PETUALANG YANG GUGUR ! "




PAS AKAN KEKAL DALAM SEJARAH SEBAGAI PETUALANG BANGSA...

Nampaknya PAS benar benar sedang berada di persimpangan. Mereka tidak banyak pilihan selain menentukan halatuju.

1. PAS boleh memilih untuk meneruskan penipuan mereka selama ini. Mereka boleh terus mendakwa bahawa mereka adalah pejuang Islam dan perjuangan mereka adalah menegakkan Daulah Islamiyyah.

Jika pendekatan ini diambil , mereka akan kehilangan naungan dan pertolongan DAP yang diketahui umum mempunyai biaya yang cukup besar dan barangkali mudah mengalahkan UMNO/BN.

Mereka juga akan kehilangan tokoh besar seperti Mohd Sabu dan Husam Musa yang nampaknya lebih berani melakukan apa sahaja dosa demi mendapatkan kuasa. Mereka juga terpaksa berpolitik cara miskin dan ini mengakibatkan mereka terpaksa meneruskan kaedah menyusahkan pengikut.

2. Mereka boleh menukar pendekatan dengan cara gaya baru dengan meletakkan Islam di bawah segala yang lain dan pemimpin mereka tidak lagi bercakap tentang negara Islam sebaliknya menerima hakikat Malaysia memang negara Islam.

Melalui kaedah ini, PAS perlu lebih fokus kepada pendekatan menyemai kebencian terhadap UMNO/BN dan dalam masa yang sama perlu menghakis pengaruh ulamak dalam PAS.

Jika ini berlaku, maka akan ada perubahan besar dalam PAS. Hanya Hj Hadi sahaja yang tinggal dan akan ' diletakkan ' benar benar sebagai patung yang tidak berdaya.

Pendekatan ini juga akan memperkukuhkan cengkaman DAP ke atas PAS. Jika ini berjaya dilaksanakan maka kita akan menyaksikan 'kuasa Melayu Islam' akan merosot dan terimalah kenyataan bahawa impian Lee Kuan Yew untuk membuktikan Melayu bangsa yang hina akan tercapai.

Walau apa pun yang berlaku dalam Muktamar PAS akan datang, saya yakin ia adalah merupakan titik mula keruntuhan sebuah parti yang banyak mendatangkan kerosakan kepada negara.

NIK AZIZ PENGAMAL ASSABIYYAH !

TAK DAPAT SEMBUNYI WAJAH KELANTANNYA.

Memang benar. Salah satu keajaiban takdir ALLAH ialah ianya hanya boleh diramal tetapi tidak mampu kita tentukan.

Satu ketika Nik Aziz pernah memimpin usaha menyubur kebencian terhadap UMNO kerana kononnya UMNO berjuang atas landasan assabiyyah dan dikatakan tidak ada dalam Islam perjuangan ini.

Kerana pendirian ini jugalah DAP mengambil sikap mendampingi PAS kerana mereka tahu PAS amat berguna untuk memecahkan ' kuasa Melayu Islam ' yang begitu dominan.

Usaha kuat PAS dan Nik Aziz hakikatnya telah menghakis kuasa Melayu yang kesannya dapat dilihat selepas PRU 12. Kerajaan hampir tiada kekuatan untuk berjuang ' melebihkan ' orang Melayu bahkan dalam masa yang sama banyak bertolak ansur.

Beberapa hari kebelakangan, menjelang Muktamar PAS, setelah Nasharuddin Mat Isa berani mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PAS, Nik Aziz akhirnya telah membuka jubah dan baju.

Hari ini Nik Aziz tidak dapat menahan nafsunya dan mengaku bahawa beliau mahu calon Kelantan menang kerusi tertinggi PAS.

Nik Aziz boleh mendatangkan alasan. Nik Aziz mampu dan tergamak memberikan nas jika perlu. Namun hakikatnya hari ini Nik Aziz telah menampilkan betapa dirinya ialah PEJUANG ASSABIYYAH TULEN !


Monday, May 23, 2011

JIKA KERAJAAN MAHU UMNO MENANG

BERTINDAK SEKARANG ATAU BERSEDIA UNTUK TUMBANG !

Sejak PRU 12, pembangkang telah berjaya mewujudkan persepsi bahawa

1. Sekiranya kerajaan melakukan sesuatu yang baik, misalnya membantu pelajar Mesir balik ke Malaysia baru baru ini., maka pembangkang dan penyokong mereka percaya bahawa ini adalah tanggungjawab asasi kerajaan.

2. Sekiranya kerajaan melakukan sesuatu yang tidak menggembirakan,
maka ia dikatakan sebagai kegagalan UMNO/BN misalnya apabila
kerajaan menyusun semula subsidi minyak

Malangnya dalam masa yang sama , saya dapat melihat apabila ada pemimpin kerajaan yang sewaktu bercakap dan bertindak seakan akan
termakan dengan pemisahan fungsi yang diilhamkan oleh pembangkang ini.

DS Hishamuddin, Ismail Sabri Yaakob boleh dijadikan contoh yang baik bagi menggambarkan keadaan ini. Menteri atau Timbalan Menteri seakan lupa bahawa setiap tindakan mereka akan beri kesan yang besar terhadap parti kita.

Justeru saya ingin menyarankan agar Menteri Menteri kita tidak hanya berfikir, bercakap dan bertindak semata mata atas asas pengurusan dan pentadbiran .

Mereka WAJIB sentiasa sedar bahawa mereka adalah pemimpin parti yang di atas bahu mereka terletak tanggungjawab mempastikan survival UMNO/BN.

Banyak perkara yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan dewasa ini, sebenarnya umpama meletakkan batu besar di atas kepala 'aktivis UMNO' di peringkat akar umbi.

Sebagai contoh , kenaikan harga barang, tiada sebarang khabar baik sempena Hari Pekerja, Janji kosong sempena Hari Guru dan sebagainya.

Implikasi daripada keadaan ini ialah, aktivis bawahan parti didapati gagal , tidak mampu dan tidak berupayamenjawab pertanyaan rakyat.

Saya dapati kegagalan kerajaan menjaga kebajikan rakyat bermakna kerajaan menjadi faktor keruntuhan UMNO. Atau mungkin memang ada pemimpin kerajaan yang mahu itu berlaku ?



Wednesday, May 18, 2011

UMNO TIDAK INSAF RUPANYA

MEI TERLEPAS TANPA MAKNA

Bulan Mei adalah antara bulan paling bermakna dan istimewa bagi kita rakyat Malaysia. Bulan Mei boleh dikatakan bulan sejarah, bulan keraian.

Banyak peristiwa dalam bulan Mei dan sebahagian besarnya sangat rapat dengan rakyat dan rapat juga dengan kerajaan.

Antara peristiwa yang berlangsung dalam bulan ini ialah Hari Pekerja,Hari Belia,Hari Guru, Hari Wanita.

Lebih daripada itu dalam bulan Mei juga UMNO lahir yang menyaksikan
perubahan besar lanskap politik negara.

Dalam bulan Mei peristiwa rusuhan besar berlaku pada 13 Mei yang kemudiannya meninggalkan parut dalam sejarah negara.

Saya menjangkakan selepas PRU 12 , UMNO akan berubah. UMNO saya fikir akan menjadi lebih proaktif merapati rakyat melalui peristiwa besar yang signifikan dan bererti.

Jangkaan saya meleset. Tiada apa apa yang dilakukan UMNO dalam bulan ini. Yang ada ialah sambutan ala kadar oleh pihak kerajaan.

Tiada majlis meriah anjuran UMNO sempena hari lahirnya. yang ada hanya sambutan ringkas yang hampir tidak disedari rakyat.

UMNO tidak langsung secara 'berpusat 'meraikan pekerja, guru atau kaum ibu. Tiada program kepartian menggambarkan kasih UMNO kepada golongan ini.

Sewaktu berkunjung ke Pendang, Kedah baru baru ini saya dapati banyak banner bergantungan di sekitar Pekan Pendang. Ucap selamat PAS kepada guru. Mereka menunjukkan keperihatinan. Ini kejayaan mereka.

UMNO beku. UMNO ghairah menganjurkan pelbagai program termasuk ceramah yang menyeronokkan diri sendiri.

Saya kemudiannya menjadi bimbang. UMNO semakin menjarakkan diri daripada rakyat. Saya sebenarnya keliru, adakah UMNO berasa bahawa ia akan terus dikasihi sedangkan hakikatnya rakyat mula terasa betapa UMNO semakin sepi.


Tuesday, May 10, 2011

TERBINA ATAS CINTA KASIH...

" LAMBANG KITA YANG GAGAH DIPANDANG MULIA DAN INDAH "


KEKAL UTUH WALAU DIREMPUH.

Satu satunya parti yang terbina atas asas kasih sayang. Cinta yang mendalam terhadap agama, bangsa dan tanah air.

Demikianlah UMNO menyonsong zaman. 65 tahun menjadikan UMNO antara parti paling lama berkuasa di dunia.

PAS ditubuhkan apabila Haji Ahmad Fuad gagal dalam saingan merebut jawatan Yang Di Pertua UMNO.

PKR tertubuh atas asas dendam dan amarah Anwar Ibrahim.

UMNO kekal berbeza . Perjuangan wajib diteruskan demi kelangsungan kasih sayang ini. Selamat hari lahir.


Monday, May 9, 2011

SEJARAH HARAKAH ISLAMIYYAH TERCIPTA !

" UNTUK MAT SABU, NIK AZIZ TUTUP MATA "



PAS PENCETUS SEJARAH...

Setakat ini Mat Sabu sedang mendahului Nasharudin Mat Isa dengan selesa sebagai calon Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar yang akan berlangsung Jun nanti.

Sokongan kuat para blogger, pencalonan daripada Kubang Kerian iaitu kawasan yang dipimpin Husam Musa sebenarnya memberi kelebihan kepada Mat Sabu.

Penangguhan ' pelancaran ' Kelab Penyokong Mat Sabu ( yang alasannya tak nak ganggu pemilihan ) dilihat sebagai kempen tersirat
betapa murninya Mat Sabu.

Menarik untuk dibincangkan ialah jika Mat Sabu terpilih maknanya
PAS telah membuktikan bahawa bukan isu moral atau agama yang mereka perjuangkan.

Mereka mahukan kerusi kuasa dan dengan kuasa yang ada mereka akan
membina ' hidup' lebih baik bagi diri mereka. Jika agama yang mereka perjuangkan maka Mat Sabu amat jauh daripada layak.

1. Mat Sabu dianggap pemimpin PAS paling celupar dan selesa berbahasa kasar dan kesat di mana jua beliau berceramah. Orangnya kasar dan secara fizikal tidak nampak ' tanjak waraqnya '.

2. Mat Sabu pernah ditangkap berkhalwat dengan Norma , isteri seorang aktivis PAS tetapi telah diselamatkan oleh ' faktor teknikal'dalam perbicaraan.

3. Mat Sabu antara orang paling awal mengesan Anwar seorang homoseksual. Beliau orang pertama melebel Anwar sebagai 'Aljuburi'.
Sekarang Mat Sabu bermatian mempertahankan Anwar.

Sekiranya Mat Sabu terpilih, maka saya menjangkakan betapa PAS akan lebih mudah ditakluk DAP. Mereka akan kekal menjadi kuda tunggangan sampai PAS itu hancur jadi sejarah.

Dalam masa yang sama jika layak PAS dimasukkan dalam kelompok
'Harakah Islamiyyah ' maa PAS adalah yang terburuk dalam sejarah Islam sedunia.


HEBATNYA PERSIDANGAN...

" ADA BANYAK RUANG UNTUK UMNO BERBAKTI "


HEBATKAH UMNO SEBENARNYA...

Sekarang ini Bahagian Bahagian UMNO seluruh Malaysia telah memulakan persidangan. Seperti biasa UMNO Bahagian akan cuba sedaya upaya untuk menurunkan pemimpin tertinggi Pusat untuk merasmikan persidangan.

Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi akan turun ke Bahagian yang bersidang, menyemarakkan semangat ahli UMNO.

Persoalannya, adakah ahli UMNO berada pada kedudukan yang cukup bersedia untuk menghadapi PRU 13 ?

Saya tidak fikir begitu keadaannya jika kita melihat secara mendalam program, aktiviti yang UMNO jalankan di peringkat akar umbi.

Pemerhatian saya di beberapa bahagian di Perak mendapati aktiviti UMNO hanyalah bermesyuarat. UMNO masih gagal menjadi fenomena seperti satu masa dahulu.

Pendaftaran pengundi baru termasuk dalam kalangan ahli UMNO sebenarnya berada pada tahap melepaskan batuk di tangga.

UMNO sebaliknya ghairah dengan isu. Mengharapkan agar pembangkang bermasalah dan mengharapkan agar dengan masalah itu rakyat menolak pembangkang.

Lebih bahaya daripada itu, saya dapati ada usaha UMNO memberikan kesan BURUK LEBIH BANYAK DARIPADA KESAN BAIKNYA.

Sebagai contoh YAYASAN BINA UPAYA. YAYASAN INI TELAH MELAKUKAN BANYAK PERKARA TERMASUK MEMBAIK PULIH RUMAH FAKIR MISKIN.

MALANGNYA TIADA PEMANTAUAN MENYEBABKAN 'KONTRAKTOR
TERPILIH' MENGUTAMAKAN KEUNTUNGAN MAKSIMA SEHINGGA
PUMULIHAN YANG DIHARAPKAN BERLAKU TIDAK BERLAKU.

Sebaliknya usaha ini menjadi bahan politik PAS dan PKR.

Oleh yang demikian saya ingin menyarankan agar apa sahaja yang UMNO lakukan mestilah dilakukan dengan serius dan penuh tanggungjawab.

Amat malang jika wang yang dibelanjakan untuk kebaikan rakyat akhirnya memberi kesan buruk kepada parti.


Saturday, May 7, 2011

ZENTRUM : ORANG BUTA YANG MENILAI GAJAH

SANGAT BAIK MENJADI PENASIHAT PAKATAN !

Semua kita tahu tentang kisah beberapa orang buta yang menilai bentuk gajah. Sehingga akhirnya masing masing mempunyai pandangan tersendiri tentang haiwan tersebut dan bercanggah
pendapat tentangnya.

Demiianlah Zentrum sebuah badan yang dikepalai oleh Dr Abu Hassan Hasbullah, seorang ahli akademik yang juga penyokong kuat Pakatan Pembangkang.

Sewaktu menilai suasana politik di Perak, Dr Abu Hassan Hasbullah telah
mengingatkan bahawa ' KEMARAHAN RAKYAT ' tidak lagi boleh
diharapkan membantu Pakatan di Perak. Kenyataan ini sebenarnya kenyataan KOMUNIS. Hanya komunis yang menggunakan kemarahan dan konflik untuk memperkuatkan cengkamannya.

Saya tidak bercadang untuk mengulas dari sudut ini. Saya cuma
ingin menyatakan bahawa politik Malaysia tidak hanya boleh dianalisis secara akademik. Politik Malaysia ialah politik cawangan dan bahagian, kampung dan bandar.

Ini kejayaan UMNO. UMNO wajib terus menjayakan kaedah 'menyerap ke dalam kampung dan bandar ' untuk kekal relevan sampai bila bila.

Atas asas ini saya tidak percaya 'video seks Anwar, kebangangan PAS dan komunisme DAP' akan beri kesan besar kepada keputusan PRU 13 di Perak.

Sebaliknya keberkesanan jentera UMNO, kerapatan UMNO dengan rakyat, budi bahasa UMNO dengan orang kampung, empati UMNO terhadap orang susah, jiwa besar UMNO melayan anak muda jauh lebih penting untuk pastikan UMNO kekal relevan.

Saya melihat satu saja cara untuk menang besar. Contohi Najib di Pusat, turuti Dr Zambri di negeri. Kita tak perlu melantik mana mana konsultan untuk bantu kita. TAK PERLU.

Biarkan Dr Hasbullah dengan teorinya. Dia mungkin pemikir tapi dia bukan gurkha atau pencacai parti. Biar dia berikan nasihat kepada Pakatan, kita terjun berpencak di lapangan.

Jika UMNO boleh turun dan letakkan parti di hadapan, yakinlah kita akan cipta kejayaan gemilang dalam PRU 13. Persoalannya ialah adakah UMNO bersedia ?

Rakyat tidak pernah marah kepada UMNO dan kerajaan. Rakyat terkilan dengan
sikap sebahagian kecil aktivis parti ini. Saya yakin UMNO sendiri menyedarinya dan tiada masalah untuk memperbaiki keadaan.


2 Comments

Anonymous Anonymous said...

saya amat setuju dengan pendapat anda. Bukan isu moral menjadi penentu kejayaan tetapi pendekatan orang2 umno dengan rakyat yang menjadi wadah untuk dinilai. Insya Allah keikhlasan pemimpin2 BN kini , akan membuahkan kejayaan besar dalam pru ke 13 nnt.

May 5, 2011 9:24 PM

Anonymous Anonymous said...

Anon,


Sehubungan itu, eloklah diminimakan program penerangan berkaitan liwat dan seks Anwar. Orang kampung malas nak dengar.

Banyakkan program kebajikan. Temui orang tua, gauli anak muda.

Sedaya upaya penuhi harapan rakyat...

Mengadakan program ceramah besar dan bombastik ni kerja pembangkang,jangan tiru mereka.

May 5, 2011 11:16 PM

Delete

Wednesday, May 4, 2011

ABANG TUNGGAK KOMUNIS DAP DAN IDHAM LIM SEGURU...

" PENDEKATAN KELUARGA LIM !! "


GUNA RASUAH AGAMA HADAPI PRU 13...

Mulai semalam heboh 1 Malaysia kerana pengumuman Kerajaan Pulau Pinang untuk menaikkan elaun Pegawai Masjid di seluruh Pulau Pinang.

Media Pakatan mengambil peluang untuk membesar besarkan berita ini dengan ' menjulang ' Lim Guan Eng ke puncak sambil membenam UMNO/BN ke dasar yang paling hina.

Satu ketika PAS Parit Buntar telah heboh apabila Idham Lim ,
ADUN Titi Serong telah ' menyumbang ' bangku simen yang terca
tat namanya kepada semua surau dan masjid dalam DUN Titi Serong.

Nampaknya Idham Lim dan Lim Guan Eng sama sama menggunakan rasuah agama untuk menawan pengundi menjelang PRU 13. Saya
percaya pengikut PAS tidak akan menganggap ' anugerah' ini adalah rasuah sebaliknya ia adalah kerana kecintaan mereka terhadap Islam.

Bagaimanapun tentunya kita ingin mengingatkan bahawa Lim Guan Eng dapat naikkan elaun dan Idham Lim boleh sumbangkan kerusi
kerana KERAJAAN UMNO /BN TELAH BANGUNKAN BEGITU BANYAK MASJID DAN SURAU.

Mana mungkin pegawai masjid di Pulau Pinang dapat SEDIKIT KENAIKAN JIKA TIADA MASJID DAN SURAU? JIKA MENYUMBANG BANGKU KE MASJID DIANGGAP SEBAGAI KECINTAAN KEPADA ISLAM , TENTU
UMNO/BN JAUH LEBIH MENCINTAI AGAMA INI KERANA TELAH MENDIRIKAN MASJID DAN SURAU.

KITA INGIN BERTANYA KEPADA RAKYAT PULAU PINANG, SETELAH LEBIH 3 TAHUN MENTADBIR, BERAPAKAH MASJID TELAH LIMGUAN ENG BANGUNKAN ?


Tuesday, May 3, 2011

DS NAJIB PERANGKAP AMERIKA !

SETELAH KETIADAAN OSAMA.

Sangat seronok Haji Nik Aziz apabila DS Najib mengatakan bahawa beliau berharap dunia akan lebih aman tanpa Osama Laden.

Nik Aziz seakan mendapat peluru untuk menembak DS Najib.Maka para blogger upahan Pakatan dengan segera pula membesarkan sindiran Nik Aziz terhadap DS Najib.

Hakikatnya :-

1. Osama telah menyebabkan Amerika berpeluang menyerang banyak negara Islam dan memusnahkannya. Osama sentiasa memberitahu di mana dia berada, untuk menghalalkan Amerika menggugurkan bom dan membunuh orang awam

2. Tidak ada sebuah negara Islam pun mampu menyekat Amerika daripada terus mengganas dan membunuh hanya kerana mereka tidak tahu ' benar atau tidak Osama wujud "

3. Jika Osamalah paksi keganasan yang Amerika katakan, maka paksi itu telah tiada. Islam telah bebas dari sebarang unsur keganasan.

Inilah beza DS Najib dan Nik Aziz. Seorang mahu dilihat lebih Islam manakala seorang yang lain mahu selamatkan Islam.


Monday, May 2, 2011

PAS BUKAK PINTU, HINDRAF KENCING !

" MANGSA SERANGAN KOMUNIS "


SERANGAN TERHADAP INSTITUSI AGAMA BERTERUSAN.

Saya tidak terkejut apabila ada pembaca mengatakan Mufti bodoh, penyamun atau meletakkan sebarang label yang lain. Saya juga tidak terkejut jika pasti penuduh itu adalah pengikut atau pendukung Hindraf.

Dari sudut kerajaan saya dapati adalah sesuatu yang luarbiasa apabila pertubuhan haram seperti Hindraf dapat bergerak secara bebas. Mereka mengeluarkan pelbagai kenyataan yang sangat sensitif dan boleh mencetuskan huru hara dan menjejaskan keselamatan negara.

Saya dan barangkali ada orang lain juga berpandangan bahawa sebenarnya kerajaan hanya berani bertindak terhadap segolongan masyarakat dan amat takut kepada segolongan yang lain. Ini menyebabkan ada persepsi bahawa kerajaan mengamalkan penguatkuasaan terpilih.

Dari sudut yang lain, saya dapati kenyataan Hindraf menghina Mufti adalah sesuatu yang halal kerana ia dimulakan oleh PAS.
Serangan PAS terhadap Harussani sebenarnya sudah melepasi tahap yang sepatutnya.

PAS barangkali tidak sedar betapa sikap terhadap sebilangan ahli agama yang berbeza aliran dengan mereka telah membolehkan 'serangan terhadap institusi agama Islam' berlaku secara berleluasa.

Serangan terhadap Institusi Islam, Institusi Raja dan beberapa institusi lain yang rapat dengan orang Melayu sebenarnya adalah serangan khusus terhadap Perlembagaan Negara.

Mereka berjaya kerana sokongan PAS. Sekiranya serangan ini berterusan, maka bersedialah dengan kemungkinan kita akan menjadi generasi merubah Perlembagaan dan meletakkan Islam, Umat Melayu di bawah tapak kaki kafir harbi yang gigih berusaha.



SYARAT SAH UNTUK MENANG PEMILIHAN PAS


BENCI UMNO KE TAHAP MAKSIMUM !

Tidak lama lagi Muktamar PAS akan berlangsung. Antara kebanggaan PAS ialah mereka meneruskan pemilihan walaupun politik negara dalam mood menghadapi Pilihanraya Umum 13.

Saya menjangkakan akan ada kejutan pada Pemilihan kali ini.

1. Peratusan besar perwakilan adalah ahli baru PAS. Mereka menyertai PAS selepas era Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO. Sebahagian daripada mereka adalah bekas ahli UMNO yang keluar bersama Anwar.

2. PAS kawasan juga akan dikuasai oleh orang orang Anwar yang kebanyakannya mempunyai kedudukan ekonomi yang baik.

3. Penghakisan akan berlaku terhadap golongan agama yang dari mula menyertai PAS atas asas agama.

4. Golongan penyokong Anwar akan menguasai PAS kecuali Presiden sebagai ' tanda hormat'. Itupun ita akan menyaksikan Haji Hadi dikecam hebat dalam muktamar.

5. Islam akan gugur sebagai keutamaan PAS sebaliknya muktamar akan digegarkan dengan suara benci kepada UMNO dan kasih kepada DAP.

Akhirnya saya berandaian bahawa jika seseorang mahu menang dalam pertandingan semasa Muktamar ini, beliau mestilah menunjukkan kebencian meluap luap kepada UMNO.

Jika ia kelihatan ' sederhana' maka kita akan saksikan calon ini pasti tumbang. Sehubungan ini juga, saya dapat pastikan bahawa PRU 13 akan menyaksikan PAS mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah !