Followers

Wednesday, February 16, 2011

ITULAH TAHAP NIK AZIZ

GAGAL MENJAWAB RESPON TUN M

" Saya bersimpati dan doakan agar dia diberi hidayah". Itulah sahaja yang mampu dilontarkan oleh Nik Aziz bilamana ditanya apakah pandangannya terhadap entri terbaru Tun M yang menjawab sindiran Nik Aziz.

Saya beberapa kali mendengar ceramah Nik Aziz akhir akhir ini. Suatu ketika pada tahun 80an saya kerapkali mendengar ceramah Nik Aziz di Taman Melewar.

Saya yakin dan percaya bukan sahaja saya bahkan penyokong PAS sendiri mengakui bahawa kualiti pengucapan awam Nik Aziz sangat rendah dan sampai ke peringkat kurang difahami.

Begitu juga apabila Nik Aziz menjawab soalan wartawan. Akui kenyataan bahawa Nik Aziz sebenarnya gagal menjawab soalan dengan berkesan.

Bahkan kenyataan Nik Aziz juga banyak yang tidak dipersetujui oleh pimpinan PAS sendiri. Haji Hadi banyak kali bercanggah pendapat dengan Nik Aziz.

Mengapa perkara ini saya timbulkan? Saya mahu pembaca khasnya penyokong PAS menyedari betapa ' biasanya' Nik Aziz.

Nik Aziz bukan wali keramat. Nik Aziz ustaz biasa yang ' terganggu' dengan puji pujian. Nik Aziz terperangkap dalam
' istidraj' dan terperangkap dalam tipu daya syaitan.

Nik Aziz perlu duduk bermuhasabah, bertaubat. Usahlah berhujah dengan Tun M. Tun M juga manusia biasa tetapi ALLAH anugerahi kelebihan. Bezanya Tun M tak pernah ' mabuk' dengan anugerah yang diberi.

Lupakan dendam kesumat. Berehatlah. Cukuplah apa yang telah dilakukan. Saya bimbang, ALLAH ambil kita dalam keadaan kita dipandang hina.