Followers

Saturday, March 5, 2011

MERLIMAU DAN KERDAU, BUKTI PEMBERONTAKAN TIDAK PERLU.

" KETUA PENGHASUT JUGA MENGUNDI ? "


RAKYAT ADA RUANG SUARAKAN ISI HATI.

Hari ini pengundi di Kerdau dan Merlimau akan menunaikan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Mereka bebas memilih siapa yang mereka mahu mewakili mereka.

Ini adalah Pilihanraya Kecil( PRK ) yang terakhir ( hendaknya ) sebelum Pilihanraya Umum ke 13 yang wajib diadakan selewat lewatnya pada tahun 2013.

Malaysia adalah sebuah negara yang muda. Usia kemerdekaan kita baru 54 tahun. Dalam tempoh itu, kita telah melalui 12 Pilihanraya Umum dan ratusan PRK.

Semua rakyat yang berumur 21 tahun ke atas WAJIB mengundi sebenarnya walaupun ada yang tidak berbuat demikian. Dalam setiap pilihanraya ada parti yang bertanding.

UMNO/BN yang merupakan parti pemerintah selama 54 tahun ini pernah kalah. Ini bermakna parti pembangkang sama ada bersendirian atau berpakat pernah menang.

Bahkan UMNO/BN pernah kehilangan lima negeri termasuk Pulau Pinang dan Selangor. Jika kehilangan Kelantan, barangkali kerajaan tidak begitu terkesan, tetapi melepaskan Selangor dan Pulau Pinang adalah kehilangan besar buat Kerajaan kerana kedua dua negeri ini amat maju dan mendatangkan hasil yang banyak.

Saya timbulkan perkara ini bagi membuktikan betapa bebasnya rakyat kita menyatakan pendirian. Mereka boleh menyatakan bantahan di kertas undi.

Jika kerajaan UMNO/BN tidak berkhidmat dengan baik, rakyat pasti dapat suarakannya melalui undi mereka. Pilihanraya kita adalah antara yang paling bebas di dunia.

DAP, PKR dan Pakatan mengakui hakikat ini. Mereka tidak pernah tidak menyertai pilihanraya kerana percaya kepada perjalanannya.( Walaupun pembangkang tak pernah mengaku )

Di Mesir, Libya dan kebanyakan negara Arab, pilihanraya diadakan sebagai wayangan sedangkan keputusan telah ditetapkan.
Sistem autokratik mereka menyebabkan rakyat tidak dapat membuktikan kekecewaan mereka.

Oleh yang demikian amat tidak berasas jika mana mana pemimpin pembangkang menyeru kepada pemberontakan. Di Malaysia,pemimpin pembangkang hidup sangat mewah walaupun mereka seringkali bercakap tentang penderitaan rakyat.

Hari ini kita akan menyaksikan, rakyat di Merlimau dan Kerdau membuktikan betapa, negara tercinta ini adalah milik kita bersama.