Followers

Monday, July 26, 2010

TIGA BERITA , MAKNANYA SAMA

Hari ini ada tiga berita yang menarik perhatian saya. Ia bukanlah berita utama tetapi maknanya sangat mendalam.

1. " Mahfuz kata Harussani pencacai UMNO "

2. " Tony Pua sarankan agar diskaun kepada Bumiputera dalam pembelian hartanah mewah di
Selangor dihapuskan "

3. " Kebanyakan Kopitiam guna logo halal palsu "

Ketiga tiga berita di atas tidak menjadi tajuk utama kecuali tajuk ke 2. Namun begitu bagi saya ia tetap membawa makna yang sama iaitu serangan terhadap orang orang Melayu sedang berlaku secara besar besaran dan meliputi pelbagai sudut.

Dari sudut institusi agamanya , panglima PAS digunakan. Mahfuz Omar bukan ahli bidang agama. Pendidikannya juga adalah antara yang terendah berbanding pimpinan PAS yang lain. Nampaknya PAS telah menggunakan Mahfuz untuk menyerang mufti Perak dengan menyedari bahawa Mahfuz tidak ada kekuatan lain untuk ditampilkan selain melakukan serangan yang hakikatnya merosakkan imej Islam.

Bagi DAP, memang tugas mereka ialah untuk menghina dan mencampakkan maruah orang Melayu ke dasar yang paling rendah. Apabila Tony Pua mengatakan bumiputera tidak mampu membeli hartanah mewah walaupun setelah diskaun, maka berjayalah Tony Pua meletakkan umat Melayu dalam kategori bangsat.

Manakala apabila heboh mengatakan kopitiam tidak halal sekali lagi yang digambarkan bahawa Melayu era pakatan sebenarnya telah menjadi golongan yang amat terbuka dan liberal. Sekali lagi saya tetap mengatakan bahawa kewujudan kopitiam yamh bercambah juga adalah salah satu strategi DAP untuk mengikis jatidiri orang Melayu.

Kesimpulannya, walaupun berita di atas berbeza dari sudut ' tersuratnya ' namun ia sama dari sudut ' tersirtnya' iaitu MELAYU SEDANG MENUJU KEHANCURAN.