Followers

Friday, June 3, 2011

MUKTAMAR PAS, ALLAH TURUNKAN RAHMAT KEPADA UMNO !!

BARISAN KEPIMPINAN PALING LEMAH DALAM SEJARAH !

Ada dua perkara besar akan berlaku selepas ini berikutan keputusan pemilihan PAS yang baru sahaja diumumkan keputusannya sebentar tadi.

1. DAP akan berbelanja besar bagi menjayakan pemberontakan besar besaran yang akan dipimpin oleh Mohd Sabu selepas ini. Pemberontakan atas nama perhimpunan BERSIH 2 ini saya jangka akan memberikan kesan besar terhadap ketenteraman negara.

Pemberontakan ini akan jadi titik mula keruntuhan PAS apabila rakyat melihat hanya ahli dan penyokong PAS sahaja terkedepan manakala ahli dan pemimpin DAP memantau dan menyokong daripada jauh.

Kerajaan UMNO tidak ada pilihan selain menangkap pemimpin utama mereka dan pengikut akan terbiar tanpa pimpinan.

Golongan peniaga yang dimonopoli oleh orang Cina DAP akan terjejas teruk kerana pemberontakan ini dan mengambil langkah mengalih semula sokongan mereka kepada UMNO/BN.


2. Golongan ulama akan kehilangan kuku mereka di dalam PAS dan sebahagian besar mereka akan mengambil pendekatan beransur ansur meninggalkan PAS.

Selepas ini, ISLAM tidak lagi menjadi bahan ceramah melainkan di kampung kampung terpencil yang tiada audien Cina atau India sama sekali.

Haji Hadi sama sekali akan menjadi patung yang patuh dan mengikut kata. Saya percaya ini adalah penggal terakhir beliau menjadi Presiden PAS.

Jangkaan saya juga , Nik Aziz akan menguatkan penguasaan dengan membuat keputusan autokratik yang akhirnya mengakibatkan PAS berpecah teruk.

Percayalah, segala yang berlaku ini adalah rahmat kepada UMNO. Isu moral dan akhlak tidak lagi akan jadi bahan PAS kerana mereka sendiri dipimpin oleh orang orang yang tidak berakhlak.


1 comment:

Mohd said...

Ini semua adalah pengaruh wang dari Anwar Ibrahim.
Kalau kita tengok balik sejarah di masa Anwar berebut jawatan dlm UMNO, di mana begitu banyak wang yg telah ditaburkan oleh Anwar utk menang, sehingga Ghafar Baba mengaku kalah!
Anwar tahu jika puak Erdogan yg menyokongnya kalah dlm PAS, maka tamatlah perjuangannya utk menjadi PM.
Lebai2 PAS ni kalau tengok duit akan gelap mata. Lihat saja bagaimana mereka telah merembat sehingga licin lincau duit Dana Memali tanpa segan silu melakukan dosa besar memakan duit anak2 yatim.
Apa pun yg menang adalah kaum Cina terutamanya dari DAP yg sedang gelak besar kerana cita2 mereka utk memerintah The Republic of Malaysia sudah semakin hampir.
Utk Kaum Melayu diucapkan tahniah sajalah bila akan menjadi pengemis di tanah air sendiri spt yg telah berlaku di Singapura.
Melayu mudah lupa ??????????