Followers

Tuesday, August 24, 2010

BERFIKIR KE ARAH MENANG PRU 13

Saya baru selesai membaca sebuah buku terjemahan yang bertajuk Pastinya Anda Boleh tulisan Jack Collis, seorang penulis yang amat terkenal kerana tulisannya berkaitan pembangun dan perubahan manusia berasaskan perubahan dan penguasaaan minda sendiri.

Buku ini saya yakini boleh membantu pembaca untuk berfikiran lebih positif dan berani membayang dan mengejar kejayaan. Antara pendekatan awal yang dicadangkan oleh Jack Collis ialah dengan menggunakan kuasa minda bagi membina 'gambar 'situasi di mana kita berada atau sedang meraikan kejayaan tersebut.

Gambaran ini perlu diulang ulang tayangannya supaya ia lekat di minda kita sehingga menjadi sistem kepercayaan. Sistem kepercayaan inilah yang akan menggerakkan seseorang manusia berfikir dan bertindak dan bertingkahlaku sesuai dengan apa yang ia percayai.

Saya membawa perbincangan ini kerana saya dapati pelbagai peristiwa yang berlaku dalam politik negara menjadikan UMNO dan ahli ahlinya mula percaya bahawa kita akan kalah. Pimpinan dan Ahli UMNO sebahagiannya sedang melayan kerisauan dan kegelisahan. Malang sekali risau dan resah itu tidak pula menggerakkan kita menjadi semakin laju dan gagah. Sebaliknya kita jadi seakan lemah dan tidak berdaya.

Keadaan amat berbeza apabila kita melihat secara teliti pemimpin utama kita Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Laju , cergas dan jelas. Riak wajah tidak menunjukkan kegusaran sama sekali. Mari kita tumpang keyakinan Najib untuk kita mulakan gambaran dan kepercayaan menang besar PRU 13. Percayalah jika acapkali kita lakukannya dan diikuti pula dengan rangkakerja yang sistematik- yakinlah seyakin yakinnya bahawa kita akan menang besar sama seperti Rasullullah di awal Islam- tidak ramai tapi menang kerana Tuhan bersama kita.

Sempena Ramadhan yang mulia ini ayuh kita mulakan kebangkitan. Padamkan perkatan kalah dari hidup kita. Kita tidak lahir sia sia. Kita lahir untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara tercinta.

No comments: