" INSYAALLAH ANAK CUCU AKAN MENZIARAHI KUBURAN KITA DENGAN RASA SYUKUR DAN BANGGA "
IA ADALAH PERMULAAN SATU PERJUANGAN YANG AGUNG
Selepas Konvensyen Pakatan 2 di Pulau Pinang baru baru ini, Pakatan Pembangkang telah melahirkan satu dokumen yang merupakan ' janji mereka jika berjaya memerintah negara '.
Saya amat yakin bahawa apa yang berlaku adalah sesuatu yang amat hebat, sama prinsipnya apabila Peristiwa Tsunami melanda Acheh pada tahun 2004.
Apabila sebuah masjid kekal utuh di tengah tengah keruntuhan segalanya, maka ada ulamak yang mengaitkannya dengan peringatan ALLAH bahawa setelah manusia kehilangan segalanya, percayalah ada ISLAM sebagai penyelamat.
Saya fikir bahawa di tengah tengah kerisauan umat Melayu Islam tentang serangan pelbagai sudut yang cuba menghancurkan satu satunya negara Islam moden di dunia ini, sekali lagi ALLAH turunkan petanda bahawa kita kena kembali kepadaNya untuk menyelamatkan diri.
Mari kita merujuk kepada Al Quran Surah Al Baqarah 204-205,
" Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikan kepada ALLAH ( atas kebenaran ) isi hatinya, padahal ia adalah penentang
( Islam ) paling kuat. Dan apabila ia berpaling ( daripada kamu ),ia berjalan di muka bumi untuk merosakkannya, ia merosakkan tanaman dan binatang ternakan, dan ALLAH tidak menyukai kebinasaan. ( Ibarat orang yang berusaha menggoncang iman orang mukmin dan selalu mengadakan kekacauan dan huru hara)
Mari kita perhatikan pula peringatan ALLAH melalui Surah Al An'am - 112
" Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap tiap Nabi itu musuh, iaitu dari kalangan syaitan syaitan ( dari jenis manusia dan jin ),
sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain akan perkataan ( janji janji ) yang indah indah untuk menipu umat Islam. Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak berjaya mempengaruhi. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka janjikan adalah palsu belaka.
Saya yakin apa yang berlaku sekarang bukan sekadar persoalan menang kalah pilihanraya, sebaliknya jauh lebih besar daripada itu ialah adanya percubaan untuk meruntuhkan satu sistem hidup masyarakat Malaysia yang amat unik dan istimewa.
Umum menyedari betapa tersusunnya apa yang berlaku, satu persatu seakan akan pergerakan buah catur yang dimainkan oleh pakar yang terbilang.
Percayalah. Walaupun kelihatan amat sukar, ini adalah anugerah ALLAH kepada kita untuk bangkit berjuang dan berjihad. Seperti Rasullullah dan para sahabat. Seperti datuk nenek kita yang berjuang menuntut kemerdekaan.
Ayuh mari kita bangun. Kita bangkit mempertahankan maruah dan martabat agama, bangsa dan tanahair tercinta. Ditakdirkan kita mati dalam perjuangan ini insyaallah, ALLAH akan letakkan kita di kalangan orang orang yang ALLAH kasihi.
No comments:
Post a Comment