" SESEORANG MESTI DILANTIK UNTUK FOKUS KEPADA
JENTERA PILIHANRAYA "
GHAIRAH YANG MELEKAKAN
Saya pada awalnya seperti kebanyakan sahabat lain percaya Konvensyen Pakatan 2 telah gagal mencapai matlamatnya. Kepercayaan ini bersandar kepada fakta bahawa komponen Pakatan mempunyai dasar yang amat jauh berbeza di samping sejarah masalalu yang menggambarkan keretakan mereka.
Anggapan saya agak berubah hari ini apabila melihat reaksi pimpinan dan ahli UMNO, pimpinan NGO dan yang lainnya. Saya mendapati ada kecenderungan di pihak UMNO/BN untuk beranggapan bahawa rakyat akan terpengaruh dengan apa yang disiarkan oleh media arus perdana.
Saya pula mempunyai pandangan berbeza.
1. Ahli dan penyokong pembangkang akan mengabaikan apa jua yang dilaporkan oleh media arus perdana dan menganggap apa jua yang terpapar adalah palsu.
2. Ahli dan penyokong kerajaan pula akan menerima paparan media arus perdana secara bulat dan mengukuhkan kepercayaan mereka terhadap bahaya Pakatan
Kerisauan saya ialah :-
1. Jentera UMNO akan berhenti bekerja atau tidak akan mulakan kerja kerana yakin pengundi membuat keputusan berdasarkan media semata mata.
2. Pimpinan UMNO/BN merasakan telah cukup maklumat yang didedahkan oleh media dan mengambil keputusan untuk tidak merangka program komprehensif bagi menawan pengundi.
3. Pimpinan dan jentera Pakatan pula secara senyap mendaftarkan pengundi baru dan terus memindahkan pengundi lama dengan tujuan memenangi lebih banyak kerusi.
4. Muslimat PAS terus terusan menjalankan ziarah dari rumah ke rumah bagi menawan hati pengundi dan menjalin hubungan baik dengan mereka.
Cadangan :
Sebarang berita yang didedahkan oleh media adalah aksesori dan kemungkinan memberi sedikit kelebihan kepada UMNO/BN. Tetapi saya jangkakan keputusan PRU 13 banyak bergantung kepada
1. Pengundi yang mengundi kali pertama dan memilih parti yang mendaftarkan mereka jika parti ini berjaya menjalin hubungan berterusan sehinggalah PRU 13.
2. Pengundi yang paling kerap didatangi oleh jentera parti yang bertanding dan dilibatkan dalam program program kepartian.
Kesimpulannya ialah sekali lagi kita perlu menerima kenyataan bahawa jentera pilihanraya mesti bermula sekarang dan jangan berhenti sehingga PRU 13.
Jika kita tidak sanggup bersusah payah sekali ini saya jangka kita akan berdepan keputusan yang mungkin mengecewakan kita.
2 comments:
ramai pemimpin yg syok sendiri. terbaca satu artikel berkenaan TDM, apabila menang pru, tidak ketawa besar tetapi berfikir. mungkin boleh agak apa dlm kepala otaknya.... apa yg akan dilakukan untuk negara, bangsa dan agama .... itulah agaknya dalam fikiran TDM. pemimpin sekarang bersorak kemenangan. apa yg difikir.... tak ada.... mungkin aku akan boleh kekayaan dgn mengaut daripada negara.....
Satu pandangan dan peringatan yg sangat relevant dan penting untuk diambil perhatian dan tindakan oleh para pemimpin UMNO/BN di setiap peringkat.Jangan mudah merasa terlalu yakin dan selesa dengan gambaran umum keadaan politik hari ini yg dilihat seperti memihak kepada UMNO/BN.Sikap dan pendirian demikian pastinya akan mewujudkan sifat lalai dan cuai yg akan mengundang padah dan musibah apabila PRU 13 diadakan nanti.
Harus diingat bahawa kini terdapat terlalu banyak faktor yg tindak menentu yg boleh mempengaruhi pemikiran rakyat jelata, iaitu para pengundi yg akan menentukan keputusan PRU itu nanti.Realitinya keadaan politik sekarang amat tidak stabil, dan UMNO/BN kini berada dalam keadaan belum cukup mantap dan kuat,jauh daripada boleh merasa selesa dan yakin untuk mencapai kemenangan.
Harus diingat bahawa kesan tsunami politik yg lalu masih segar dalam ingatan setiap rakyat dan impaknya telah merobah senario politik dan pemikiran rakyat yg kini sudah tidak lagi terbelenggu dengan pemikiran corak lama dan tradisional dalam memilih parti dan calun yg bertanding.
Sekarang ini rakyat amat mengharap untuk melihat perubahan yg positif dan radikal dalam kerajaan dan parti UMNO/BN.Mereka inigin melihat pemimpin yg bersih,cekap,jujor dan komited terhadap tugas dan perjuangan ditonjol dan diketengahkan.Hanya pemimpin yg selalu mendekati rakyat dan perihatim serta peka terhadap segala masalah mereka akan menjadi pilihan rakyat.
Satu perkara harus diingat bahawa penghebohan berita dalam media arus perdana,khususnya media eletronik,yg dibuat secara melampau dan berlebihan,sama dari segi kontentnya atau kekerapan siarannya pastinya akan memuak dan mualkan para pendengar yg neutral,lebih-lebih lagi mereka yg menyokong pembangkang.Dalam keadaan yg kurang menentu ini perkara semacam ini boleh jadi salah satu daripada faktor penentu untuk kemenangan.
Askar Tua
Post a Comment