Followers

Sunday, December 26, 2010

TIBA TIBA KARPAL SINGH MENJADI HERO BAIK

" SELAMANYA KAFIR HARBI TIDAK AKAN REDHA DENGAN ISLAM "


HANYA KERANA NAK BERUNDING TENTANG KONSEP NEGARA ISLAM

Sangat mudah menakluki PAS. Inilah sebabnya kita orang Islam digalakkan menjadi orang berjaya, orang yang bekemampuan. Rupanya bila kita miskin, amat mudah kita dijajah.

Umum mengetahui tentang ' kemiskinan PAS ' sebagai sebuah parti.Selamanya PAS mengemis dan meminta. Pimpinannya pula hanya berusaha mengayakan diri sendiri dan kaum kerabat.

Apabila berpakat dengan DAP dan dibantu oleh DAP dari segi kewangan PAS hilang maruah dan harga diri. Apa sahaja yang dikatakan oleh DAP dianggap betul dan baik.

Inilah yang berlaku sekarang. PAS sedang berceramah di merata tempat tentang kemuliaan Karpal Singh berbanding dengan pimpinan UMNO. Hanya kerana Karpal berkata ingin berbincang tentang negara Islam.

Kenyataan seringkas itu memadam sejarah lalu Karpal yang sangat memusuhi Islam. SAYA PERCAYA APABILA KARPAL INGIN BERBINCANG DENGAN NIK AZIZ TENTANG NEGARA ISLAM, KARPAL SEBENARNYA INGIN ' MEWUJUDKAN NEGARA ISLAM YANG BARU SESUAI DENGAN KEHENDAK MEREKA '.

Hakikatnya Malaysia adalah sebuah negara Islam. Bukan negara Islam biasa tetapi Negara Islam yang sangat dihormati.

Majlis Fatwa Kebangsaan dalam Muzakarah mereka pada 3/4 Feb
1986 mengesahkannya.

Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim ( allahyarham )menegaskan
" dengan adanya peruntukan dalam perlembagaan bahawa Agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan, maka rasmilah Malaysia sebagai Negara Islam ".

Bahkan sehingga kini tidak ada hujah yang mengatakan Malaysia bukan Negara Islam.

Inilah yang ingin 'DIMAINKAN ' oleh Karpal Singh. Beliau menggunakan PAS sebagai alat untuk membuktikan Malaysia bukan Negara Islam.

Banyak nas Al Quran dan Al Hadis yang mengingatkan kita bahawa ' orang kafir harbi ' tidak akan redha dengan Islam selama lamanya.

Ingatlah amaran ALLAH " Mereka menyenangkan kamu dengan mulutnya, sedangkan hatinya menolak "- Al Taubah - 8.

Firman ALLAH lagi " Di kalangan ahli kitab ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikan kepadamu, dan ada di kalangan mereka jika kamu mengamanahkannya walaupun satu dinar, nescaya mereka tidak akan memulangkannya kecuali jika kamu menaguhnya.." Surah Ali Imran- 75.

Saya yakin dan percaya, pimpinan PAS tahu ' putar belit dan mainan' DAP tetapi mereka terdesak untuk berkuasa dan akhirnya mereka redha Islam menjadi pertaruhannya.



No comments: