23 Februari 1950, 19 orang anggota polis telah dibunuh bersama 5 orang anggota keluarga mereka dalam Tragedi Bukit Kepong.Sejak daripada itu sehinggalah sekarang luka hati rakyat yang sentiasa cintakan keamanan tetap berparut.
Semenjak akhir tahun 70an, komunis bukan lagi menjadi ancaman dalam negara kita. Rakyat hidup aman dan hampir melupakan sama sekali tentang kezaliman, kekejaman pengganas komunis . Barangkali anak cucu kepada mangsa keganasan komunis sahaja yang sesekali terasa hiba mengenangkan kekejaman tersebut.
Bagaimanapun sejak Gerakan Reformasi dimulakan pada tahun 1998, saya dapat melihat dengan ketara kecenderungan ' fahaman komunis 'ini diterapkan secara perlahan lahan oleh Pakatan Pembangkang yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim.
Allahyarham Tan Seri Ghazali Shafie sewaktu menggulung perbahasan di Parlimen pada 7 April 1976 mengingatkan bahawa komunis tidak akan mungkin menamatkan perjuangan mereka. Beberapa kaedah akan terus mereka gunakan bagi menjayakan matlamat perjuangan mereka.Menurut beliau, antara strategi komunis ialah :-
1. Menghakis tekad dan matlamat negara mencipta kejayaan
2. Mengeksplotasi retak retak yang wujud antara pemimpin
3. Mengeksploitasi perasaan tak puas hati dari segi ekonomi, sosial dan politik
Ketiga tiga kaedah yang pernah disebutkan oleh Tan seri Ghazali Shafie merupakan perkara perkara yang menjadi tumpuan Pakatan Pembangkang. Ini diikuti dengan usaha mereka menyerang pihak polis dan menyemai kebencian rakyat terhadap penguatkuasa undang undang.
Kerisauan saya semakin kuat apabila kerajaan 11 bulan, pimpinan DAP di Perak secara tergesa gesa menganugerahkan geran tanah 999 tahun kepada anak cucu komunis di Perak. Terbaru ialah cabaran dan fitnah Ngeh Koo Ham terhadap polis .
Salah satu petanda bahaya komunisme ini ialah apabila sebahagian penggeraknya akan mendalami Islam bagi tujuan memikat hati umat Islam. Berjayapun mereka apabila tok tok guru dalam PAS ada yang terpukau dengan mereka bahkan ada yang sanggup mencipta fatwa bagi menyokong golongan ini.
Berasaskan kepada teori ini, saya ingin mengingatkan pengudi Hulu Selangor bahawa undi mereka bukan undi biasa. Undi mereka adalah penentu samada 'Fahaman Komunis 'akan terus menyerap masuk ke dalam kehidupan kita atau kita akan mengundi untuk mencabut sama sekali akar yang mula bertunas ini.
Percayalah, undi kita akan mempastikan ' luka Bukit Kepong ' tidak akan berulang.
2 comments:
Pendekatan indoktrinasi komunis berjaya mengekalkan kader mereka berjuang sehingga terpaksa hidup menderita di dalam hutan belantara sedangkan pemimpin mereka hidup mewah di bandar.
Kini Pas dan PKR juga sedang mengamalkan pendekatan indoktrinasi komunis ini sehingga pengikut2 mereka percaya semua penipuan dan pembohongan yang ditarbiahkan.
Tetapi DAP tidak menggunakan pendekatan indoktrinasi ini lagi, sebaliknya mencatur supaya orang2 Melayu yang malaksanakannya.
Matlamat DAP mudah:
1. Hancurkan UMNO yang menjadi pusat kuasa Melayu-Islam
2. Ubah perlembagaan yang akan meranapkan segala yg telah dicapai oleh orang Melayu selama ini.
DAP yakin kerana Pas dan PKR akan melaksanakan misi dengan gigih dan tanpa sempadan lagi.
best
Post a Comment