Followers

Monday, January 18, 2010

Eloklah berhati hati

Sekarangni masyarakat sedang ghairah memperkatakan tentang Majlis Perundingan Antara Agama. Cetusan idea Dr Chandra Muzaffar ini adalah cadangan lama yang dikemukakan semula selepas timbul kerisauan berlakunya konflik antara agama.

Sebelum saya menyatakan pandangan saya, marilah kita membuat beberapa pemerhatian.
Beberapa soalan sewajarnya ditanyakan, misalnya benarkah apa yang berlaku ini adalah konflik antara agama atau konflik antara agama agama dengan agama Islam ? Yang kedua, pernahkah misalnya agama Hindu mempersoalkan atau memperkatakan agama Kristian?

Walaupun percaya kepada keupayaan kerajaan dalam menangani perkara ini, saya bimbang selepas ini kedudukan Islam sebagai agama rasmi menurut perlembagaan akan lebih kerap di persoal. Sesiapa sahaja boleh memperkatakan Islam kerana peruntukan undang undang tidak lagi berfungsi sebaliknya Majlis Perundingan ini akan membincangkannya secara intelektual.

Sekali lagi timbul persoalan, apakah selepas ini apa sahaja perkara yang selama ini dianggap sensitif boleh diperkatakan ? Ketuanan Melayu, hak istimewa orang Melayu ?
Dan adakah akan sampai peringkat bilamana akhirnya tiada apa lagi istimewanya Melayu Islam ini apabila semuanya akan dibincangkan oleh cerdik pandai semua kaum atas nama harmoni ?

Menteri Dalam Negeri sewajarnya meneliti perkara ini sedalam dalamnya.

No comments: