Followers

Thursday, November 11, 2010

PENCAPAIAN TERBAIK DALAM SEJARAH

" KEJAYAAN INI ADALAH HASIL PERANCANGAN TELITI
DAN BERSUNGGUH SUNGGUH "


MELIHAT MAKNA DI SEBALIK ANGKA

Semalam dan hari ini semua media memberi laporan meluas dan menyeluruh tentang kecemerlangan UPSR 2010. Pencapaian di bandar tidak jauh berbeza.

Saya tidak berhajat untuk mengulas mengenai angka. Pembaca telah melihat angka yang dipaparkan di dada akhbar. Saya ingin mengajak pembaca untuk melihat makna di sebalik angka yang dipaparkan itu.

Salah satu unsur yang mencerminkan gagal atau berjayanya sebuah kerajaan ialah bilamana ia mampu menyediakan peluang pendidikan kepada rakyat.

Peluang bermaksud :

1. Rakyat boleh dan mampu belajar sehingga ke tahap tertinggi yang mereka mahukan. Di negara kita pencapaian seseorang individu tidak ditentukan oleh faktor lain selain dirinya sendiri.
Kaum, agama, keturunan dan asal usul tidak pernah jadi perkiraan.

Kita biasa mendengar anak kampung terpencil menjawat jawatan tinggi kerana peluang yang ada di negara kita. Kerajaan berjaya menyediakan prasarana belajar melebihi daripada cukup.

2. Negara kita cukup aman dan makmur yang membolehkan rakyat belajar. Negara jiran kita, Thailand sebagai contoh , rakyat di Patanni seringkali terganggu peluang belajar kerana bangunan sekolah selalu menjadi sasaran keganasan.

Ada ketikanya anak anak tidak boleh ke sekolah kerana pergaduhan sesama sendiri. Ibu bapa tidak gembira melepaskan anak ke sekolah kerana tidak pasti adakah anak ini akan balik dengan selamat.

Pembinaan negara bangsa bermula dengan pembangunan modal insan. Inilah fokus kerajaan UMNO/BN selama ini dan selamanya.

Apa yang dinikmati sekarang tidak berlaku dengan sendiri. Menghapuskan kemiskinan sebenarnya bermula dengan pendidikan. Inilah kebijaksanaan kerajaan bilamana Najib selaku Perdana Menteri menyediakan peruntukan paling besar kepada pembangunan pendidikan dalam bajet 2011.

Bandingkan pula dengan cara kerajaan PAS Kelantan mengatasi kemiskinan. Menghadiahkan rakyat beras sebanyak 10 kilo sebulan dan percayalah keluarga ini akan miskin sehingga ke akhir hayat mereka.

Perkara perkara sebeginilah yang perlu rakyat fikirkan. Syukuri dan cuba pertahankan semampu yang mungkin.

No comments: