Followers

Monday, March 7, 2011

MARI KITA BELAJAR

ALAM ADALAH GURU YANG HEBAT.

Tidak semua perkara dapat dicapai oleh pemikiran kita tambahan pula jika perkara itu tidak pernah kita alami atau tempuhi.

Orang kaya sedikit sebanyak akan bersimpati dengan orang papa kedana tetapi tidak mungkin dapat merasai deritanya kelaparan.

Orang bujang yang banyak membaca novel cinta atau buku tentang perkahwinan, belum tentu dapat menikmati indah dan manisnya perkahwinan.

Doktor pakar perbidanan saban hari membantu ibu bersalin tetap tidak mampu menceritakan bagaimana sakitnya bersalin.

Demikianlah anak anak kita, barangkali mereka belajar sejarah, sosiologi, sehingga ke peringkat Doktor Falsafah dan digelar Dr.
tetapi mereka tidak akan mampu 'menghayati' betapa sukarnya masalalu dan betapa bertuahnya mereka hari ini.

Sebahagian daripada tuah itu ialah kerana kita mempunyai Kerajaan yang kukuh, jelas, tegas dan melihat rakyat adalah segala galanya.

Jika DAP,PKR dan PAS menyatakan bahawa semua kerajaan adalah sama, maka hakikatnya kerajaan PAS di Kelantan, Kerajaan DAP di Pulau Pinang dan Kerajaan PKR di Selangor masing masing telah memerintah dengan pelbagai masalah yang sebahagiannya tidak dapat mereka atasi.

Masalah air di Kelantan misalnya, masalah pasir di Selangor dan masalah pembersihan dan pengusiran etnik Melayu di Pulau Pinang adalah bukti betapa tidak semua kerajaan adalah sama.

Libya adalah negara paling kaya dengan minyak paling berkualiti di dunia tetapi rakyatnya antara yang paling miskin dan lapar.

Mesir menjalankan pilihanraya tetapi rakyat tidak pernah dapat memilih sesiapa yang mereka ingini.

Tunisia adalah kerajaan autokratik pimpinan isteri Presiden yang kaya raya tetapi rakyatnya gagal membeli walaupun sebuku roti.

Saya cetuskan perkara ini sebagai penghargaan kepada anak anak muda yang mula meninggalkan politik ganas dan benci yang cuba dibawa oleh pembangkang.

Saya melihat bahawa anak anak muda kita telah berfikir sebelum bertindak. Saya dapati anak muda kita , walaupun tidak pernah berasa begitu susah dan derita tetapi matang membuat keputusan.

Beberapa PRK kebelakangan ini dan ajakan perhimpunan yang gagal membuktikan anak anak kita jauh lebih matang daripada apa yang pernah kita sangka.


2 comments:

Penditakainsingkat said...

Sebab itu UMNO-BN mementingkan pendidikan, dakwah dan perpaduan supaya rakyat mempu memberi sumbangan kepada pembangunan negara.

Kerajaan pilihan rakyat pula dapat meneruskan agenda pembangunan untuk rakyat dan meletakkan negara di pentas dunia supayta tidak ketinggalan.

Siapa sangka, setelah dijajah selama lebih 400 tahun, rakyat dan kerajaan berjaya mengangkat martabat dan maruah di persada dunia hampir setanding dengan apa yang dicapai di negara maju.

Gerombolan pembangkang tidak menyumbang apa-apa dalam pencapaian ini melainkan meneruskan aktiviti anti nasional semata-mata memenuhi keinginan kaum China DAP untuk menguasai politik dan ekonomi negara sepenuhnya. Pas dan Nuar Berahim dijadikan alat semata-mata.

Anak-anak muda kita tidak akan biarkan perkara ini berlaku kerana merekalah pemimpin dan pewaris masa depan agama, bangsa dan tanahair tercinta.

Anonymous said...

Penditakain singkat,

terima kasih kerana tuan yakin kepada kami. Kami sendiri merasa rungsing kerana pas sentiasa menanggap kami golongan yang tak berfikir.

Terima kasih