Followers

Friday, July 9, 2010

SETAHUN BENG HOCK


Beberapa hari lagi ( 16 JULAI 2010 ) genaplah setahun kematian Teoh Beng Hock , aktivis DAP dan salah seorang pegawai Exco Kerajaan Negeri Selangor. Sekali lagi kita ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Kita memahami bahawa bukan mudah menghadapi kehilangan orang yang kita kasihi.

Teoh Beng Hock meninggal secara tragis. Mendiang meninggal akibat terjatuh dari atas bangunan SPRM tatkala siasatan sedang dijalankan yang mana beliau adalah salah seorang saksi yang amat penting.

Walaupun macam macam cerita timbul, namun yang pasti SPRM adalah pihak yang mengalami kehilangan paling besar kerana Beng Hock adalah saksi utama bagi kes yang sedang disiasat.

Saya menulis perkara ini kerana kebetulan baru sahaja membaca sejarah perkembangan dan kekejaman komunis di Tanah Melayu. Marilah kita bersyukur kerana kerajaan telah berjaya menghapuskan sama sekali ideologi komunis ini.

Mujur juga pihak kerajaan bertegas menghalang kepulangan Chin Peng kerana dikhuatiri kepulangannya nanti akan menyemarakkan kembali fahaman yang bahaya ini. Kalaulah masih ada ' jiwa komunis ' dalam negara kita , pasti ' hari luka ' 17 Julai 2010 akan digunakan sepenuhnya oleh mereka.

Inilah komunis seperti yang saya baca. Pasti hari tersebut akan dijadikan alat menyemarakkan kemarahan, menyuburkan kebencian kepada kerajaan. Ini kerana rakyat cuba diyakinkan bahawa ada tangan ghaib terlibat menyebabkan kematian Beng Hock dan ada pula yang cuba menggambarkan bahawa tangan ghaib itu adalah kerajaan.

Kalaulah 'umbi komunis' masih ada , tentulah 16 Julai akan disambut secara besar besaran. Tentulah seluruh jentera akan digerakkan betapa kasihnya mereka kepada Beng Hock. Mereka akan mengadakan sembahyang, mereka akan mengadakan perhimpunan.

Tentunya emosi rakyat akan dibakar. Api dendam dinyalakan. Tetapi semua ini tidak mungkin akan berlaku.
Hanya komunis sahaja yang menggunakan kesedihan rakyat. Hanya komunis sahaja yang manipulasi rasa tak puas hati dalam kalangan rakyat. Komunis telah tiada. Aku percaya kaum keluarga akan mengadakan majlis mengenang mendiang. Sesiapapun akan berbuat begitu. Cuma aku harap tiada siapa mengambil peluang ini untuk menangguk di air keruh ( Walaupun komunis telah tiada ). TAKZIAH

Thursday, July 8, 2010

NAMPAK TAK BEZANYA ?

Saya mendengar ucapan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu bertemu peneroka di Felda Trolak baru baru ini. Saya terpukau mendengar Najib bercakap tentang akal budi dan pembinaan negarabangsa.

Saya juga mendengar ucapan Lim Kit Siang sewaktu kempen pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Lokasinya ialah di Felda Sungai Tengi.

Lim Kit Siang bercakap tentang kekejaman kerajaan khasnya UMNO kepada peneroka. Lim Kit Siang bercakap tentang ' buaya buaya ' besar yang berada dalam UMNO yang sentiasa mengancam keselamatan peneroka.

Berdasarkan kepada dua situasi di atas marilah kita sama sama menilai , menganalisis dan akhirnya membuat keputusan yang terpat untuk kebaikan agama, bangsa dan negara kita.

Tuesday, June 22, 2010

1o sebab pembangkang ingin pilihanraya awal

Sejak akhir akhir ini terdapat semacam keghairahan khasnya dalam kalangan pakatan pembangkang untuk memperkatakan tentang Pilihanraya Umum Ke 13. Kepada para penyokong , mereka menggambarkan bahawa PRU 13 sudah semakin hampir. Kadangkala penceramah mereka seakan mencabar kerajaan untuk segera membubarkan parlimen.

Saya menjangkakan sekurang kurangnya 10 sebab mengapa pakatan pembangkang ini begitu terdesak inginkan pilihanraya.

1. Mereka dapat melihat dengan jelas momentum sokongan rakyat terhadap BN semakin memuncak. Wibawa DS Najib begitu menyerlah dengan keupayaan merendah diri , bertentangan dengan andaian pembangkang bahawa Najib adalah elitis politik yang mereka jangka tidak akan mampu memenangi hati rakyat. Sebaliknya Najib bukan sekadar merasakan denyut nadi rakyat bahkan semacam ikut mengalir dalam urat darah rakyat seluruhnya.

2. Sikap dan pendekatan Najib ini sebenarnya merangsang dan menjadikan Wakil Rakyat BN dan para Menteri untuk lebih serius dan bersungguh sungguh memenuhi harapan rakyat. Dalam kesukaran ekonomi yang cuba dimanipulasi oleh pembangkang, hakikatnya tiada rakyat yang menghadapi kesukaran melampau seperti yang digambarkan. Banyak isu kebajikan rakyat yang tetunggak dapat diatasi.

3. Mesyuarat Agung UMNO di peringkat Cawangan dan Bahagian menggambarkan perubahan yang amat ketara. Ahli UMNO menjadikan mesyuarat sebagai medan membahaskan isu isu rakyat bersandarkan kepada aspirasi yang dicetuskan oleh pimpinan negara.

4. Kebanyakan isu yang menjadi modal besar pembangkang dapat ditangani oleh Kerajaan BN dengan berkesan. Tuduhan bahawa 1 Malaysia membelakangkan kepentingan Melayu terjawab dengan pembentangan RM 10 baru baru ini. Judi bola yang selama ini menjadi ' bonus' kepada pembangkang hakikatnya tidak diluluskan.

5. Dasar terbuka dan telus Kerajaan BN misalnya melalui ' pemantapan dan keberkesanan' SPRM tidak dapat disangkal oleh pembangkang, bahkan pimpinan mereka terperangkap dalam lantikan pelbagai jawatankuasa. Tuduhan bahawa agensi Kerajaan BN bekerja di bawah telunjuk ternyata tidak dapat dibuktikan sehingga sekarang.

6. Di pihak pembangkang pula, kelihatan mereka kehabisan isu. Ceramah dan program yang mereka anjurkan tidak lagi mendapat sambutan hangat seperti dahulu. Barangkali penyokong mereka juga bosan menunggu masa tuduhan yang dibuat berkali kali tetapi tidak pernah terbukti.

6. Percubaan banyak pihak untuk ' membersihkan imej ' Ketua Pembangkang , Anwar Ibrahim nampaknya tidak pernah berjaya. Nik Aziz yang bertungkus lumus mengangkat martabat Anwar sebaliknya menerima tempelakan penyokong mereka sendiri.

7. Muktamar PAS yang baru lalu telah gagal menghasilkan 'blue print' yang jelas sebagai rangka kerja menghadapi pilihanraya. Muktamar ini akhirnya menjadi gelanggang ' ahli mempamerkan kehebatan manakala pemimpin mempertahan diri'. Para peserta Muktamar balik dengan perasaan keliru tentang dasar sebenar PAS.

8. Menurut sumber yang boleh dipercayai, Pakatan Pembangkang sedang menghadapi krisis dalaman yang serius. Di pentas pentas ceramah, mereka tidak lagi bersama. Mereka berceramah secara berasingan. Manakala dalam setiap parti pula ada masalah tersendiri kecuali DAP kerana DAP masih mengekalkan sistem kuku besi mereka.

9. Umum menyedari bahawa Kerajaan Pakatan sehingga sekarang masih tidak berjaya menunaikan janji pilhanraya mereka. Rakyat mula mempersoalkan keberkesanan mereka. Bahkan ada pandangan mengatakan bahawa mereka masih berfikiran dan berkelakuan seperti pembangkang di negeri yang mereka perintah.

10. Tindakan pimpinan pembangkang keluar parti sebenarnya merupakan tragedi kepada Pakatan. Mereka menjangkan jika PRU 13 tidak dijalankan secepat mungkin akan ada lagi tokoh yang keluar kerana tidak lagi sanggup bersekongkol menipu rakyat.

Berasaskan 10 sebab ini kalaulah boleh Kerajaan BN elakkan daripada mempercepatkan PRU 13. Sebaliknya teruskan usaha memabntu rakyat. Yakinlah , PRU 13 ini akan mencatat sejarah gemilang BN.

Friday, June 4, 2010

TAHNIAH TAPI BELUM CUKUP

Tentunya kita berbangga apabila Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO berjaya membawa pulang Pak Omar Atan yang ditahan dan dipenjarakan di penjara Laos. Sebelum ini mereka berjaya membawa pulang beberapa orang gadis yang dilarikan oleh pemuda Lombok.

Seingat saya tidak banyak berita tersiar berkaitan Pemuda UMNO. Oleh yang demikian kejayaan ini boleh dijadikan bahan untuk membuktikan bahawa pemuda UMNO masih wujud dalam gelanggang politik tanahair.

Bagaimanapun semua ini amat tidak mencukupi apabila kita bercakap tentang kelangsungan UMNO khasnya selepas PRU 12. Ahli ahli UMNO dan orang Melayu yang percaya kepada keupayaan parti dalam memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara sedang menanti gerakerja yang sistematik , tersusun dan berterusan oleh Pemuda UMNO bagi mempastikan luka akibat PRU 12 terubat dan maruah dapat dikembalikan.

Tentunya kita menyedari bahawa matlamat akhir berpolitik ialah memenangi pilihanraya seterusnya memerintah negara. Kemenangan besar sahaja akan membolehkan kerajaan yang kuat dibentuk. Kita sedang dalam usaha yang bersungguh sungguh untuk menjayakan Wawasan 2020. Kita sedang dalam usaha untuk menyusun semula struktur masyarakat melalui Model Baru Ekonomi. ( MBE ).

Di mana Biro lain Pemuda. Berapa ribu orang pengundi baru telah didaftar. Berapa ribu orang ahli Pemuda telah ditemui. Apakah telah disusun gerakan bertemu pengundi. Banyak soalah ingin ditanyakan kepada Pemuda UMNO. Kebimbangan saya ialah Pemuda UMNO sebenarnya langsung tidak mempunyai fokus.

Thursday, May 27, 2010

INI MASA BUAT KEPUTUSAN

Maka sekali lagi UMNO disabitkan bersalah oleh Parti Komponen. Kali ini MIC melalui anak Presidennya, Vell Parri. Difahamkan Vell Parri baru sahaja dilantik menganggotai WCW , barangkali dengan peranan untuk mempertahankan bapanya.

Tuduhan Vell Parri kemudiannya disokong kuat oleh T Mohan Ketua Pemuda MIC Pusat diiringi ugutan untuk mempertimbangkan kedudukan dalam BN.


MIC sebenarnya adalah parti yang bemasalah. Sejak dahulu lagi MIC tidak pernah berjaya menyelesaikan masalahnya. Implikasinya, didapati undi pengundi India telah banyak pergi kepada pembangkang.


Saya beranggapan ini adalah masa dan ketika yang amat baik bagi pucuk pimpinan BN khasnya UMNO untuk menilai semula kedudukan MIC dalam BN. Apa yang berlaku bkan sekadar ' kebiadapan dan keceluparan terancang' tetapi lebih daripada itu ia menggambarkan kerapuhan semangat setiakawan yang jelas dan ketara.


Selepas PRU 12 dan diikuti banyak Pilhanraya Kecil selepas itu sebenarnya tidak sukar bagi kita untuk menelah makna persahabatan. MIC adalah liabiliti kepada BN. BN kehilangan pengundi kerana MIC. Manakala MIC dengan mudah menuding jari epada UMNO.


Apalagi yang ingin kita buktikan. Hakikat bahawa pengundi Melayu beralih arah akibat ' kelembutan pimpinan kita' tidak dapat ditolak.


Saya percaya bahawa inilah masa ketikanya kita tunjukkan ketegasan. Yakinlah pada diri. Percayalah bahawa kita adalah umat trbaik dalam kalangan umat manusia. Asalkan kita menjaga diri kita. Asalkan kita mengajak yang makruf mencegah yang mungkar, insyaallah Tuhan tetap bersama kita.

Saturday, May 22, 2010

ISLAM DIHINA LAGI..

Sewaktu UMNO bersungguh-sungguh menjalankan usaha menghalang pimpinan DAP daripada mengucapkan " Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh" atas alasan ia adalah satu bentuk penghinaan kepada Islam, UMNO sebenarnya bersendirian. PAS mencari nas bagi mengharuskan perbuatan tersebut. PAS sebaliknya mendabik dada mengatakan bahawa ini adalah kejayaan dakwah mereka.


Sewaktu UMNO bersungguh-sungguh menjalankan usaha menghalang pimpinan DAP daripada membaca ayat ayat suci Al Quran dalam ceramah politik mereka, sekali lagi UMNO bersendirian. PAS dengan sombongnya mendakwa ini juga kejayaan dakwah mereka.


Sewaktu UMNO bersungguh sungguh menjalankan usaha menghalang DAP dan lain lain pimpinan bukan Islam daripada menggunakan kalimah ALLAH demi kepentingan politik mereka PAS tampil dengan nasnya mengharuskan perbuatan tersebut juga demi kepentingan politik mereka.


Telah jelas, UMNO tidak meletakkan ' pesona Islam ' di wajah mereka. UMNO kekal konsisten. Islam bukan alat politik UMNO. Islam adalah matlamat perjuangan UMNO.


Demikian perancangan ALLAH. Tiba tiba ada peguam Kristian memohon menjadi peguam syarie. PAS membisu tanpa kata. Persatuan Peguam Syarie Malaysia ( PPSM ) bangkit membantah. PPSM yang selama ini tidak berreaksi sewaktu UMNO bertungkus lumus mempertahankan Islam tiba tiba bangkit bersuara.


Persoalannya ialah kenapa baru sekarang ? Islam atau kedudukan yang PPSM pertahankan ?
Kepada pejuang UMNO, yakinlah bahawa manusia merancang ALLAH juga merancang. Sesungguhnya ALLAH adalah sebaik baik peancang. Usahlah berasa risau dan gundah. Semakin lama kebenaran semakin terserlah.

Wednesday, May 19, 2010

AYUH ,MARI KITA BERPERANG

Umum mengetahui bahawa pada Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, Barisan Nasional ( Selepas ini disebut UMNO ) bukan sahaja berhadapan dengan parti parti pembangkang yang bersekongkol sesama sendiri , tetapi UMNO juga berhadapan dengan para peniaga Cina , pegawai pegawai kerajaan pelbagai peringkat dan sebagainya.


Sehingga banyak pilihanraya kecil selepas itu , fenomena ini berlarutan dan nampaknya memberikan kesan yang amat tidak baik terhadap pembangunan negarabangsa. Saya dapat melihat dengan jelas sabotaj yang dilakukan oleh mereka ini sehingga menjejaskan sokongan terhadap UMNO.

Contoh mudah yang dapat dilihat ialah apabila berlaku kenaikan harga barang. Menteri mengumumkan harga syiling bagi ayam ialah 7 ringgit tetapi di pasaran ia dijual 7.50 1kg,
Ikan kembung diwartakan berharga 9 ringgit tetapi di pasaran harganya ialah 12 ringgit 1 kilo.

Menteri mengumumkan bantuan kebajikan tetapi hakikatnya amat sukar untuk mendapatkan apa apa bantuan. Berurusan di pejabat amat sukar dan meletihkan. Malangnya sikap dan pendekatan pegawai kerajaan ini serta merta dikaitkan dengan kelemahan UMNO.

Di akar umbi juga selalu ditimbulkan betapa peluang kenaikan pangkat lebih kepada orang orang yang cenderung kepada pembangkang.

Maka pimpinan kita mungkin mengatakan bahawa ini adalah andaian. Saya menyarankan supaya kajian terperinci dibuat. UMNO tak payahlah menunjukkan sikap ' gentleman '. Kita telah diperangi secara berterusan. Kita telah lama bertahan. Ini masa kita menyerang balas. Ayuh, mari kita mula berperang