Followers

Tuesday, November 2, 2010

DR ASRI TERSILAP

POLITIK TIDAK SEMUDAH A B C ATAU ALIF BA TA


MEMBERI PELUANG ANWAR BERUNDUR BERMAKSUD MENGKHIANATI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Kuala Lumpur 1 NOV- Sudah sampai masanya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara daripada dunia politik kerana banyak rentak politiknya dilihat semakin tidak seimbang ( Ini kenyataan BENAR )

Zaman Anwar telah berlalu dan tidak mungkin generasi baru akan terus bertahan untuk melihat reka bentuk cerita politiknya yang sama ( Ini juga kenyataan BENAR )

Berilah peluang untuk beliau berundur secara aman. Setiap kita ada hari datang dan pergi. Biarlah datang kita disambut dan pergi kita diucapkan terima kasih ( Ini kenyataan BAHAYA DAN TIDAK DAPAT DITERIMA DALAM KONTEKS ANWAR IBRAHIM )

Dr Asri dalam penulisannya juga menegur pembangkang. Tentu beliau mengkritik kerajaan. Tetapi sayugia disedari pembangkang di Malaysia KHASNYA ANWAR IBRAHIM BUKAN PEMBANGKANG BIASA.

Anwar bukan sekadar pembangkang dalam parlimen. Anwar membentuk budaya. Anwar banyak melakukan dosa terhadap pembinaan negara bangsa. Anwar penyubur ' JIWA BENCI DAN MUSNAH'.

Anwar melatih dan memaksa pengikutnya untuk membenci apa sahaja yang ada kaitan dengan musuh politiknya yakni kerajaan.Bila ini berlaku apa jua usaha atau agensi kerajaan dipandang jijik.

Polis, Badan Kehakiman,SPRM,SPR dan semuanya. Anwar mengubah paradigma anak muda. Kalau dulu DEMONSTRASI bukan kaedah kita kini DEMONSTRASI menjadi amalan.

Kalau dulu kita diajar berhemah dan berhikmah, kini anak muda menjadi kasar dan kurang ajar. Kalau dulu maki hamun dianggap tidak wajar kini maki hamun menjadi budaya.

Dr Asri perlu duduk sehari atau dua hari di Parlimen. Lihatlah pembangkang membangkang. Lihatlah adakah pembinaan berlaku semasa mereka khasnya Anwar membangkang.

Semua ini tidak termasuk dengan racun yang Anwar tabur di luar negara sehingga menjejaskan imej negara kita dan sedikit sebanyak menjejaskan pelaburan.

Tanpa mengambil kira " PERTUDUHAN MELIWAT YANG DIKENAKAN KEPADANYA", Anwar tetap tidak boleh lari begitu sahaja. Anwar mesti membersihkan najis yang ditinggalkan. Anwar perlu bertanggungjawab terhadap kerosakan yang telah beliau lakukan.

Monday, November 1, 2010

PAS HAMPIR LUMPUH SEPENUHNYA DI GALAS

' DARIPADA PENING BAIKLAH TIDUR '

JENTERA KECEWA PERUNTUKAN BESAR KEPADA PENGUNDI LUAR

Saya pernah menulis dalam blog ini bahawa kita boleh menipu semua orang. PAS setingkat lebih tinggi apabila berjaya menipu rakyat dan menipu diri sendiri.

Tetapi kita tidak mungkin akan dapat menipu Pencipta kita ALLAH yang Esa. Jika kita cuba, nescaya akan sampai masa ALLAH hukum kita dengan hukuman yang tidak kita ketahui.

Inilah hukuman yang ALLAH timpakan kepada PAS. Sesiapapun yang waras tentu tidak dapat menerima ' kebodohan' PAS mengumumkan bayaran 200-250 ringgit kepada semua pengundi luar DUN Galas.

Perbuatan ini jelas satu RASUAH walaupun Ustaz Abdul Halim menggunakan istilah lain. Ia tetap rasuah walau dilihat dari sudut mana sekali pun. Suruhanjaya Pilihanraya telah memberi amaran kerana tindakan itu jelas menyalahi undang undang pilihanraya.

Hukuman ini semakin berat apabila pengumuman ini melumpuhkan jentera PAS di Galas. Seorang AJK Kawasan Gua Musang nyata kesal kerana pucuk pimpinan PAS Pusat menghadkan peruntukan kepada petugas yang bertungkus lumus siang dan malam sedangkan mereka membayar pengundi yang belum pasti mengundi PAS.

Menurut sumber dalaman PAS, pengundi setia PAS sendiri terkejut dengan pengumuman tersebut kerana ' RASUAH ' adalah modal terbesar PAS selama ini.

Seorang AJK Dewan Pemuda menyatakan mereka mungkin akan berhenti berkempen sekiranya isu ini tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Catatan : Mana dia ulamak PAS. Rakyat sedang menunggu fatwa mereka.

Sunday, October 31, 2010

MAAF, UMNO BELUM BERUBAH

' BENAR, ZUL MENINGGALKAN PKR TETAPI DIA TIDAK BERSAMA UMNO'
MASIH MENGHARAPKAN ORANG LAIN BEKERJA BAGI PIHAK UMNO.

Jangkaan saya selepas Persidangan UMNO yang lalu keadaan akan berubah. Jangkaan saya pemimpin dan ahli UMNO akan mula bekerja sebaik sahaja sampai di tempat masing masing.

Jangkaan saya meleset. Senyap. Tiba tiba sebaik sahaja Zulkifli Nordin membuat ' PENDEDAHAN' orang UMNO melompat dan berasa semacam ada bahan. Orang UMNO rasa ' HABISLAH PEMBANGKANG'.

Saya berpandangan ' TIADA APA APA DENGAN PENDEDAHAN ' Zulkifli Nordin. Bahkan secara tersirat ZULKIFLI NORDIN berusaha supaya PAS dimaafkan kerana tidak tahu ( yakni tidak terlibat ) dengan PERJANJIAN SYAITAN di antara DAP dan PKR. Ungkapan
" PERJANJIAN SYAITAN " pada saya ada unsur sensasi yang tiada sebarang makna kepada UMNO.

UMNO dan umat Melayu usah terpedaya. Usah berasa simpati kepada PAS terutama menjelang Pilihanraya Kecil Galas. Usah berasa bahawa PAS tidak bersalah. Apa yang dikatakan PERJANJIAN SYAITAN itu amat diketahui dengan jelas oleh PAS.
PAS adalah sebahagian daripada perjanjian itu. PAS TAHU

1. DAP TIDAK PERNAH SUKA ATAU MAHU KEPADA ISLAM. SEBAB ITU IA BERKAWAN DENGAN PAS YANG HANYA BERCAKAP TENTANG ISLAM TETAPI TIDAK PERNAH MELAKUKAN APA APA. MEREKA MEMUSUHI UMNO YANG TIDAK PERNAH BERHENTI BERUSAHA MENGANGKAT MARTABAT ISLAM MELALUI PEMBANGUNAN UMATNYA.

2. PAS TAHU DAP INGINKAN KUASA MEMERINTAH. NIZAR JAMALUDDIN PERNAH MENYERAHKAN KUASA INI SEWAKTU PAKATAN MEMERINTAH PERAK SELAMA SEBELAS BULAN.

3. PAS TAHU PADA PRU 13 DAP AKAN MELETAKKAN CALON MELAYU DI PERAK. PAS AKAN BERUSAHA MENANGKAN CALON INI DAN CALON INI SEKIRANYA MENANG AKAN MENJADI MB PERAK.

4. PAS TAHU ANWAR IBRAHIM SEORANG PELIWAT. MAT SABU TELAH MEMANGGIL ANWAR " SHEIKH ANWAR IBRAHIM AL JUBURI" SEJAK HUJUNG TAHUN 80 AN LAGI.

5. PAS TAHU ANWAR SEORANG PENIPU. MEREKA SENDIRI MENYAKSIKAN SIRI PENIPUAN ANWAR DARI SEMASA KE SEMASA. KERACUNAN ARSENIK, DISUNTUK VIRUS HIV, MEMBENTUK KERAJAAN 16 SEPTEMBER DAN BANYAK LAGI.

6. AKHIRNYA PAS TAHU SETIAP HARI ADA UMAT MELAYU DIHALAU DARI KAMPUNG HALAMAN MEREKA DI PULAU PINANG OLEH PKR DAN DAP. MEREKA INI TERMASUK AHLI DAN PENYOKONG PAS.

SEMUA INI PAS KETAHUI TETAPI PAS SENGAJA BERBUAT SEAKAN TIDAK TAHU KERANA MEREKA AKAN JADI ALAT ' PEMECAH UNDI MELAYU' PADA PRU 13.

PEMIMPIN DAN AHLI UMNO USAHLAH LEKA. USAHLAH MENUNGGU GURUH DAN MENGHARAPKAN HUJAN. BERUSAHALAH SENDIRI. BEKERJALAH SEDAYA UPAYA. MENANG KALAH KITA KITA YANG MENENTUKAN, BUKAN ORANG LAIN.

Friday, October 29, 2010

INDAHNYA NEGERIKU

PERJALANAN PANJANG YANG INDAH, MENYAKSIKAN ISLAM TEGAK DI MANA MANA

Semalam saya tidak menulis. Sepanjang hari semalam saya memandu melalui lebuhraya Utara Selatan. Benar benar dari Utara sehingga sampai benar benar di Selatan.

Saya dan keluarga singgah di hampir semua R&R. Berehat, minum sambil memerhati gelagat orang ramai. Kereta tidak banyak tetapi tidak putus putus. Saya dapati kebanyakan kereta jauh lebih baik daripada kereta saya sendiri.

Satu perkara yang pasti , saya boleh sahkan bahawa ' RAJA DI LEBUHRAYA ' adalah kereta keluaran Malaysia. Bukan lajunya tetapi bilangannya.

Inilah projek yang satu masa dahulu amat ditentang oleh PAS dan DAP. Kereta Nasional. Projek Lebuhraya juga pernah menjadi bahan kempen pembangkang untuk meruntuhkan UMNO / BN.

Sepanjang masa saya memandu, saya sentiasa berfikir apa sebenarnya yang pembangkang mahukan sehingga semua perkara menjadi tidak betul kepada mereka.

Akhirnya saya sampai kepada kesimpulan bahawa sebenarnya pembangkang amat takut rakyat hidup bahagia. Pembangkang tak mahu rakyat hidup selesa dan gembira.

Seperti KOMUNIS, pembangkang kita percaya bahawa mereka akan gagal mencapai matlamat jika rakyat hidup seperti sekarang.
DAP, PAS dan PKR berkongsi cita cita yang sama. Porak purandakan rakyat semaksima mungkin.

Mereka tahu mereka tidak mungkin berjaya menumbangkan UMNO/BN jika mereka bercakap benar. Jadi mereka berbohong. Mereka tahu mereka akan kecewa jika bercakap tentang kasih, jadi mereka suburkan kebencian.

Saya ingin menyeru rakyat khasnya yang menyokong pakatan jahat pembangkang. Sesekali memandulah di lebuh raya kita secara tenang. Nikmati keselesaannya. Singgahlah di R&R. Kita tak payah bercakap tentang Islam berdegar degar tetapi lihatlah surau yang disediakan.

Lihatlah bagaimana UMNO/BN tegakkan DAULAH ISLAM dalam setiap diri kita di mana mana sahaja kita berada. Singgahlah bersembahyang. Selain daripada memenuhi FARDHU kita juga berdakwah sambil berehat menghilangkan lelah.

Sampai sekarang saya terfikir, patutlah DAP BENAR BENAR BENCI KEPADA UMNO. RUPANYA UMNO TELAH BERJAYA TEGAKKAN ISLAM DALAM SETIAP PROJEK YANG DIJALANKAN, TANPA BANYAK BICARA.

Alhamdulillah, jika kita benarkan diri kita untuk duduk dan berfikir, insyaallah UMNO akan terus berkuasa untuk menegakkan agama, bangsa dan negara.

Thursday, October 28, 2010

PENIAGA CINA MULA SERANG KERAJAAN


GERAKAN MEMPASTIKAN KERAJAAN ISLAM PALING BERJAYA DI DUNIA RUNTUH TELAH BERMULA.

Hakikat bahawa Kerajaan Malaysia ialah sebuah Kerajaan Islam diterima umum masyarakat dunia khasnya dunia Islam sehingga kita menjadi rujukan banyak negara .

Hakikat bahawa Malaysia adalah Negara Islam juga adalah sesuatu yang diterima masyarakat dunia. Yang menolak hakikat ini ialah PAS yang sekarang sedang meruntuhkan dasar dan slogan mereka demi memenangi hati DAP yang dengan jelas anti Islam.

DAP juga menentang UMNO secara berhabis habisan kerana faktor agama ISLAM ini. Mereka masih boleh hidup aman, mereka membina kekayaan, mereka boleh melakukan apa sahaja di negara ini walaupun pemerintahan ditunjangi UMNO. Sasaran kebencian mereka ialah ISLAM yang UMNO perjuang dan pertahankan.

Mereka sebenarnya hampir berjaya. Mereka dibantu oleh PAS dan PKR. Sekarang mereka sedang menggunakan kuasa peniaga mereka. Di Perak, bekalan ikan dan sayur telah sangat sukar didapati di pasar pasar. Ini adalah keperluan harian rakyat.

Selepas Kerajaan Pakatan tumbang harga ikan dan sayur dan semua ( SEMUA )barangan keperluan seperti susu, milo, tepung, gula dan lain lain naik mendadak.

Saya percaya tidak lama lagi bekalan ikan dan sayur akan pulih seperti biasa tetapi harga pasti akan naik lebih tinggi. Saya percaya kenaikan ini sengaja dibuat supaya rakyat menjadi marah.

Kemudian Pakatan Pembangkang akan berkempen di kampung kampung menyatakan bahawa kenaikan ini adalah kerana Kerajaan Barisan Nasional ingin menggunakan wang yang banyak untuk membayar hutang.

Kerajaan akan digambarkan sebagai zalim, kejam kepada rakyat.
Maka harapan mereka kebencian rakyat akan memuncak dan kerajaan dapat ditumbangkan melalui PRU 13.

Saya tidak nampak ada usaha Kementerian dan Jabatan berkaitan menangani masalah ini. Menteri akan menafikan kenaikan kerana kenaikan harga tidak pernah diwartakan.

Sekiranya kita gagal mencari penyelesaian , saya bimbang akhirnya kita berasa seperti berada di zon selamat sedangkan hakikatnya kita sedang menuju keruntuhan.

Tuesday, October 26, 2010

PAKATAN PEMBANGKANG GUNA PENDEKATAN PERKAUMAN

" MACAMANA NI..PENING AKU ?"

PERTEMBUNGAN SEBENAR IALAH SATU LAWAN SATU SATU

Calon BN , Linda Tsen Thau Lin sebenarnya tidak berhadapan dengan dua orang lawan. Beliau hanya ditentang oleh dua orang calon Pakatan Pembangkang yang hakikatnya bergabung.

Yong Teck Lee adalah alat DS Anwar Ibrahim. Beliau bertanding atas arahan Anwar. Merujuk kepada taburan pengundi, 59 % adalah pengundi Melayu dan Bumiputera Islam. Manakala hampir 40% adalah pengundi Cina.

Anwar menjangkakan dengan meletakkan Ansari Abdullah yang mempunyai
' penampilan Islam' mereka akan dapat sekurang kurangnya 50% undi pengundi Islam. Di sinilah Yong Teck Lee berperanan untuk memecahkan undi pengundi Cina.

Saya difahamkan ' kempen senyap' pembangkang ialah penyebaran fatwa orang Islam wajib memilih pemimpin daripada kalangan orang Islam juga. Haram hukumnya bagi orang Islam mengundi calon bukan Islam.

Inilah ' WAJAH SEBENAR ' orang yang mengaku anti rasis, anti perkauman. Hakikatnya apa sahaja yang dibuat adalah berdasarkan kepentingan sendiri manakala kepentingan negara diabaikan.

Bagaimanapun, sumber yang boleh dipercayai melaporkan bahawa pendekatan
' mesra rakyat' selama ini khasnya pada era DS Najib telah membolehkan rakyat membuat pilihan yang tepat demi negara tercinta amnya dan pembangunan Sabah khasnya.

Monday, October 25, 2010

HUJAH KOMUNIS BERGEMA DI PULAU PINANG

" LIHATLAH BETAPA BANGGANYA GUAN ENG MENDENGAR ANWAR DAN HAJI HADI MEMPERLEKEH NAJIB YANG KINI MERUPAKAN IKON ORANG MELAYU SELAIN TUN MAHATHIR "


ANWAR IBRAHIM BERCAKAP BAGI PIHAK KOMUNIS DI PULAU MUTIARA - DENGAN SAMBUTAN PENUH MERIAH DAP
( HISHAMUDDIN KENA BERI PERHATIAN SERIUS SESUAI DENGAN JANJI BELIAU DI PERSIDANGAN UMNO )

Butterworth - 25 OKT : Pakatan Rakyat ( Disebut Pakatan Pembangkang ) tidak akan mengubah apa apa peruntukan Perlembagaan. Perkara 152 dan 153 dalam Perlembagaan memang tidak boleh diubah samada oleh UMNO/BN atau Pakatan Rakyat ( Disebut Pakatan Pembangkang ).

Kenyataan ini adalah lahir daripada Anwar Ibrahim sewaktu ceramah politik di Pulau Pinang yang dianjurkan dan dijayakan dengan jayanya oleh DAP di bawah pimpinan Al Fadzil Ustaz Lim Guan Eng.

Sejak UMNO bersidang dan DS Najib menyampaikan Ucapan Dasar hinggalah tamat persidangan dengan Ucapan Penggulungan DS Najib, jelas Pakatan Pembangkang amat cemas, gementar dan takut. Pelbagai program diatur dengan segera bagi ' memutar belitkan secara ekstem ucapan perwakilan dan pemimpin UMNO '.

Bahkan ada ahli PAS mengugut salah seorang jurucakap UMNO yang mengkritik Nik Aziz dengan kenyataan " Tidakkah beliau tahu betapa rapatnya Nik Aziz dengan Tuanku Sultan ?"
Saya ingin mengajak pembaca meneliti intipati ucapan Anwar yang pada pandangan saya mempunyai ' PENGARUH KOMUNISME MENEBAL 'yang amat bahaya dan perlu diberikan perhatian serius oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri ( KDN ) yang berikrar akan mempertahankan PUTRAJAYA.

1. Anwar banyak kali secara jelas mengungkapkan ' KUASA RAKYAT '.
Inilah modal yang digunakan oleh Parti Komunis sewaktu meruntuhkan Sistem Beraja di China dan inilah juga bahan yang digunakan oleh Bintang Tiga di Tanah Melayu.
UMNO juga ada menggunakan perkataan yang sama tetapi dengan jelas bagi kegunaan menolak politik fitnah dan kebencian. Manakala Anwar menungkapkannya selepas ' mengulas isu perlembagaan' yang sebelum ini banyak kali dipersoalkan termasuk oleh Nurul Izzah, anak beliau yang juga pesaing Azmin Ali.

2. Anwar juga menyebut tentang dana memperbaiki rumah PM yang dikatakan sepatutnya digunakan bagi membantu rakyat. Ini jelas ' menyemai kebencian rakyat miskin terhadap pemerintah'. Juga antara kaedah utama yang digunakan oleh Komunis.

3. Anwar turut menyentuh pelan pembangunan tanah perkuburan berhampiran Tugu Negara yang saya tahu Anwar bimbang akan sentiasa mengingatkan rakyat khasnya kepada perjuangan menentang Komunis, yang banyak mengorbankan pejuang pejuang Askar Melayu.

Inilah fokus pidato Anwar yang sentiasa diiringi tepukan gemuruh pemimpin dan ahli DAP. Barangkali tercapailah niat mereka, menjadikan TOKOH MELAYU sebagai agen penyebar dakyah mereka.