Followers

Tuesday, November 23, 2010

TUN MAHATHIR BINTANG YANG TAK PERNAH MALAP

" SESIAPAPUN YANG MENEMUINYA AKAN MENGAKU SINAR/SERI
PADA WAJAHNYA"


KETULUSANNYA SUKAR DITANDINGI


Bagi sesiapa yang memerhati dan mengkaji manusia, saya yakin ramai yang bersetuju dengan saya betapa Tun Mahathir adalah seorang yang TULUS.

Percakapan, tindakan sangat jelas untuk kebaikan rakyat walaupun akan menyebabkannya dicemuh dan dituduh dengan pelbagai tuduhan. Seingat saya pemimpin Malaysia yang paling banyak dihina ialah Tun.

Kita semua masih teringat Tun dilebel MAHAFIRAUN, TOGHUT DAN SEBAGAINYA. SAYA PERNAH MENDENGAR CERAMAH PEMIMPIN PAS ( YANG TELAH MENINGGAL DUNIA ), BETAPA DIKATAKAN MAHATHIR TIDAK AKAN BERSARA SEHINGGALAH DIA NYANYUK. MAHATHIR DAN SITI HASMAH AKAN DUDUK BERHADAPAN, SAMA SAMA MEMEGANG NAJIS DAN SALING MENYAPU KE MUKA MASING MASING.

Hakikatnya Tun bersara di waktu berada di puncak. Sehingga kini pandangannya tajam, bernas dan selalunya benar.

Saya menyaksikan bagaimana Tun Abdullah dan orang orangnya yang cuba merosakkan reputasi Tun akhirnya terpaksa berundur kerana penolakan rakyat.

Kehebatan Najib ' TIDAK MENUNJUKKAN RASA TERGANGGU DENGAN KENYATAAN TUN' MENYEBABKAN HORMAT TERHADAP BELIAU MENINGKAT.

Mengapa isu ini saya timbulkan ?

1. Pemimpin kena tulus sebab gagal berjaya kita adalah urusan ALLAH. Jika banyak tipu muslihat kita tak akan dapat pertolongan ALLAH walaupun kita ' BERKULIT/BERLAKON WARAQ '.

2. Islam agama wahyu. Percubaan berlakon dan 'buat buat baik'tidak akan mengubah apa apa pun.

3. Tak pernah ada nas samada Al Quran atau Hadis yang menghalalkan caragaya politik PAS-fitnah, cerca, keji dsb

4. Usah jual agama. Masa bersendirian kata nak tegak hudud. Dah jadi pengikut DAP kata hudud hanya 0.00001% tuntutan Islam sahaja.

5. Yakinlah jika kita jujur melakukan sesuatu ALLAH bersama kita tapi jika kita tak ikhlas tunggulah azab ALLAH yang pedih termasuk kekalahan demi kekalahan setelah kita yakin akan menang.

Saya timbulkan perkara ini sebagai pengajaran kepada diri saya. Setelah membaca komen terhadap blog saya, saya melihat pemikiran Mahathir dan Nik Aziz melalui tulisan pembaca.

Saya menyeru pembaca yang tulus dengan perjuangan terus memberi ulasan agar penyokong Nik Aziz yang keliru akan lari atau kembali bersama kita, MENGUKUHKAN TAQWA.

GERAKAN ANTI NIK AZIZ BERTERUSAN

GAMBAR HIASAN



KALI INI MELALUI PESURUHJAYA PAS PERAK

Nampaknya PAS ada masa yang sangat terbatas sebelum Nik Aziz balik dari menunaikan haji. Selepas Haji Hadi, Idris Ahmad, hari Pesuruhjaya PAS Perak pula mengeluarkan kenyataan menyindir Nik Aziz dan PAS Kelantan yang dipimpinnya.

Kenyataan itu menyebut bahawa Kerajaan Perak telah menghimpunkan semua penghulu dan memaksa penghulu ini mendengar segala bentuk kempen UMNO / BN di Cameron Highlands.

Kenyataan ini sebenarnya adalah merujuk kepada Kerajaan Kelantan yang sejak awal pemerintahannya sentiasa mengumpulkan para pegawai negeri termasuk penghulu untuk diberi kursus yang sebenarnya kursus politik.

Apabila Pesuruhjaya PAS mengatakan BN Perak terdesak, beliau sebenarnya bermaksud bahawa Kerajaan Pimpinan Nik Aziz yang terdesak dan berada dalam keadaan bahaya.

Saya percaya jika keadaan berterusan kemungkinan Nik Aziz akhirnya terpaksa berundur akibat tekanan dalaman yang dialaminya.

Sunday, November 21, 2010

ROSMAH MANGSA DENGKI KHIANAT 2

' AL QURAN DITURUNKAN SEBAGAI RAHMAT, BUKAN ALAT MENGHINA
SESAMA ISLAM'


DAP BUTAKAN MATA HATI PENYOKONG PAS

Saya memang menjangka bahawa akan ada pembaca yang respons kepada artikel saya berkaitan Rosmah Mansor. Saya merasakan bahawa pembaca ini adalah penyokong PAS kerana ' BAHASA KASIHNYA KEPADA AGAMA KELIHATAN DIBUAT BUAT DAN PERCUBAAN MENYIMPANG DARIPADA ISU SEBENAR'.

1. Saya tidak sama sekali mengatakan bahawa Rosmah sama dengan mana mana isteri Nabi. Bahkan artikel saya menjawab tulisan Drs Khalil Idham Lim yang menuduh Rosmah sebagai PENGACAU.

2. Fokus saya ialah peranan Rosmah sebagai isteri Perdana Menteri tidak boleh dianggap PENGACAU kerana sirah Nabi menggambarkan betapa Khadijah dan Aisyah juga ' berperanan'dalam membantu Nabi pada zamannya.

3. Saya menutup artikel saya dengan mengatakan bahawa Rosmah tidak sempurna, tetapi 'ketidaksempurnaan' itu tidak bermaksud perkara baik yang beliau lakukan harus dilihat jahat.

4. Seperti pengulas saya juga konsisten mengatakan betapa menutup aurat adalah wajib dan barangsiapa menukar hukumnya boleh menjadi 'tergelincir '.

5. Sehubungan itu juga saya ingin menasihatkan saudara MENGUMPAT, MEMFITNAH, MENGATA ORANG HUKUMNYA HARAM WALAUPUN TOK GURU PAS PERNAH MENGHALALKANNYA.ELAKKAN DIRI DARIPADA ' TERGELINCIR '.

6. Islam membenarkan 'perbahasan mengenai perbuatan dan tingkahlaku manusia ' tetapi menghalang kita daripada mengumpat dan mencerca.

Akhirnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara tetapi tidak berhajat mengulas ' tuduhan bahawa Rosmah botox, takut suami dirampas dsb' . Cuma perbuatan menuduh dengan niat menjatuhkan orang lain adalah PERBUATAN ORANG YANG FASIQ.

Mari kita sama sama membuka Al Quran, mudah mudahan mukjizat Nabi yang dipersenda oleh DAP ( dengan izin PAS ini )akan membantu kita menjadi mukmin sejati, insyaallah.

ROSMAH MANGSA DENGKI KHIANAT

" KEKUATAN SUAMI SEBAHAGIANNYA KERANA ISTERI YANG MEMAHAMI"


KERANA BERPERANAN DENGAN BERKESAN

Tidak dinafikan betapa Rosmah Mansor, isteri kepada DS Najib Tun Razak adalah di antara bahan kritikan dan politik murahan pembangkang terutama PAS dan PKR.

Setiap pergerakan dan ucapan dianalisis untuk dicari kesilapan dan kekurangan. Kalau tiada kesilapan dibuat maka kesilapan akan diada adakan bagi memuaskan nafsu dengki dan dendam mereka.

Rosmah pada satu ketika pernah menyeru kepada anak anak supaya menjaga sendiri ibu bapa yang tua dan uzur. Elakkan daripada menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan.

Rosmah sangat kerap menyeru ibu bapa agar memberi perhatian khusus kepada anak anak yang sedang membesar agar potensi dan kebolehan anak anak dapat digilap semaksima mungkin.

Hari ini pula Rosmah menyarankan agar semua golongan termasuk yang masih bujang agar mempelajari dan menguasai pendidikan keibubapaan. Ini menurutnya kan memudahkan pasangan yang akan berumah tangga.

Semua contoh di atas tidak pernah mendapat ulasan PAS atau PKR. Mereka suka mencari keburukan dengan niat supaya reputasi Najib selaku PM turut terjejas.

Hari ini Harakahdaily memetik kenyataan Drs Khalil Idham Lim yang mengatakan bahawa Rosmah adalah pengacau kepada kerajan.

Drs Khalil adalah saudara baru. PAS gagal mentarbiahnya tentang sejarah Rasullullah. PAS hanya mentarbiah YB ini cara mencari kelemahan, mengkritik dan memburuk burukkan orang lain.

Jika YB Khalil terdidik tentu beliau maklum bahawa penyokong Rasullullah yang paling kuat adalah isteri isterinya. Sewaktu Nabi keliru, gementar dan cemas apabila menerima wahyu pertama, Siti Khadijahlah tempat Rasullullah bergantung.

Persoalannya :

1. ADAKAH SITI KHADIJAH BOLEH DIANGGAP PENGACAU APABILA MERUJUKKAN PERKARA INI KEPADA WARAQAH BIN NAUFAL UNTUK MENDAPATKAN PANDANGAN ?

2. ADAKAH SITI AISYAH JUGA PENGACAU APABILA MERIWAYATKAN HADIS, MENASIHATI SAHABAT DALAM BANYAK PERKARA ?

Atau Khalil sama seperti pemimpin PAS lain yang ingin menutup ruang kosong yang ditinggalkan oleh isteri masing masing ?

Haji Nik Aziz Nik Mat- Sekarang ini isterinya agak tua dan uzur. Tak upaya lagi bersama Nik Aziz melaksanakan tugas rasmi.Sewaktu Nik Aziz mula menjadi MB, isterinya bergelut menjaga 11 orang anak yang ketika itu meningkat remaja. Dia memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa


Haji Hadi Awang- Beliau mempunyai lebih daripada seorang isteri. Demi menjaga hati isteri isterinya dan barangkali ingin dilihat adil, maka Haji Hadi lebih selesa meninggalkan ke dua duanya sekali.

Anwar Ibrahim- Isteri beliau adalah Presiden parti yang tidak berkuasa. Sangat jarang mengeluarkan kenyataan melainkan dengan arahan dan perintah Anwar. Dikatakan agak sukar untuk menghadirkan Wan Azizah dan Azmin Ali dalam majlis yang sama.Wan Azizah selalunya gagal mengawal air muka pada masa masa begini.

Najib dan Rosmah sejak awal dikatakan belangkas. Jarang mereka tidak bersama. Rosmah berkesan sebagai isteri kerana Najib menghargainya.

Rosmah tidak sempurna. Sama seperti kita tetapi ia lebih bernasib baik berbanding isteri isteri tiga tokoh yang saya sebutkan tadi.Belajarlah menghargai.

Saturday, November 20, 2010

ANWAR BUKTIKAN CINTA KASIH

" GAMBAR YANG MENYINGGUNG PERASAAN AZMIN "


AZMIN BERTANDING DALAM BAHAGIA

Walaupun Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) adalah milik peribadi Anwar Ibrahim tetapi ia terpaksa dihidupkan seakan akan ia milik rakyat. Supaya ia kelihatan seperti parti parti yang lain maka keahlian dibuka kepada semua, kepimpinan pula dipilih oleh ahli.

Sama seperti DAP, PKR sebenarnya adalah ' wayangan demokrasi' yang diketahui umum. Tanpa Lim Kit Siang, Karpal Singh dan kaum keluarga mereka DAP adalah parti yang tiada makna.

Begitu juga PKR. Anwar dan Wan Azizah serta Nurul Izzah adalah 'tuan punya'kepada PKR. Ada seorang tokoh juga berkongsi PKR dengan sebab sebab yang luar biasa tentunya.

Saya tidak berniat untuk mengulas betapa luar biasanya Azmin. Saya hanya ingin mengulas betapa Anwar tidak dapat membenarkan sesiapapun daripada mengkritik Azmin walau apapun alasannya.

Anwar yang gagal mengawal diri akhirnya menyatakan sokongan terbuka kepada Azmin di hadapan kira kira 1500 orang penyokong parti itu semalam di Shah Alam.

Walaupun Anwar mengatakan dirinya neutral tetapi kenyataan sokongannya amat melegakan Azmin.

" SUDAH TENTU SAYA TIDAK DAPAT MENERIMA SESEORANG YANG MENGGUNAKAN MEDIA UMNO UNTUK MENGKRITIK PARTI "

Bagi calon Timbalan Presiden, selain Azmin ialah Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub. Kedua duanya menggunakan media arus perdana (bukan media UMNO) untuk mengkritik caragaya pemilihan dibuat.

Yang tidak mengeluarkan rasa tidak puas hati tentulah Azmin yang menjadi pemangsa dalam konteks ini.

Maka berbahagialah Azmin. Siapa lagi yang dapat berbuat apa apa. Saya jangka akhirnya Azmin akan menjadi Timbalan Presiden. Timbalan yang jauh lebih berkuasa berbanding Presiden Parti dan hakikatnya telahpun menguasai Anwar, pemilik PKR.

Tahniah Azmin.

Friday, November 19, 2010

KEJUTAN DARIPADA PERISTIWA MEMALI!

- HAJI HADI SEDANG MENGHASUT PENGIKUT AGAR BANGKIT MEMBERONTAK


HAJI HADI MEMBOCORKAN RAHSIA YANG SELAMA INI TERSIMPAN

Baling 20 Nov - Presiden PAS yang sekarang sedang menjadi raja kerana ketiadaan Nik Aziz telah membuat pengakuan dan pendedahan yang memeranjatkan bukan sahaja penyokong PAS tetapi seluruh rakyat Malaysia.

Hadi memberitahu bahawa pihak kerajaan telah meminta PAS memujuk Ibrahim Libya untuk menyerah diri tetapi PAS membantah.PAS tidak bersetuju Ibrahim Libya untuk tunduk kepada desakan kerajaan.

Ini membawa maksud yang sangat besar:-

1. PAS adalah punca Ibrahim Libya memberontak dan terbunuh dalam usaha pihak keselamatan mempertahankan diri.

2. PAS telah menjadikan Ibrahim Libya dan penyokongnya alat untuk menunjukkan betapa zalimnya kerajaan

3. PAS telah menghasut Ibrahim Libya dan pengikutnya agar bangkit memberontak atas nama jihad yang PAS sendiri tidak meyakininya.

4. PAS telah lama menggunakan pendekatan komunis dan sekarang hanya menggabungkannya dengan DAP

5. Tragedi Memali sebenarnya tidak berlaku kerana Kerajaan UMNO/BN sebaliknya akibat tuba yang disiram oleh PAS

6. Ibrahim Libya dan pengikutnya adalah mangsa ' penipuan, manipulasi dan eksploitasi PAS yang zalim '.

Panjangkanlah dengan segera berita ini supaya tidak ada lagi yang menjadi mangsa nafsu jahat PAS dan konco konconya.

UMNO AKAN MENANG BESAR DI PERAK

" NIZAR JAMALUDDIN MEMPUNYAI MASALAH PSIKOLOGI YANG SERIUS KERANA MENAFIKAN AYAT AYAT ALLAH "



BERGANTUNG KEPADA SIKAP PIMPINAN UMNO SENDIRI

" FIRMAN ALLAH : KATAKANLAH, WAHAI TUHAN YANG MEMPUNYAI KERAJAAN, ENGKAU ( ALLAH ) BERIKAN KERAJAAN KEPADA SESIAPA YANG ENGKAU KEHENDAKI DAN ENGKAU AKAN CABUTKAN KERAJAAN DARIPADA TANGAN ORANG YANG ENGKAU KEHENDAKI .." Ali Imran- 26

Inilah ayat yang Nizar Jamaluddin bacakah dalam DUN Perak sewaktu mula menjadi kerajaan. Memang benar. Tiada satupun yang disebut di dalam Al Quran tidak benar atau tersasar.

Takbur, ri'a, dan mempersendakan Al Quran dengan sokongan dan pertolongan DAP telah menyaksikan Kerajaan Pakatan tumbang dalam keadaan yang amat hina.

Kerajaan telah ALLAH kembalikan kepada UMNO/BN dengan cara yang tidak dapat diduga oleh sesiapapun. Semua orang kemudiannya membina pelbagai andaian namun hakikatnya mari kita kembali kepada peringatan yang ALLAH telah berikan.

Saya percaya dengan prestasi tinggi pimpinan Dr Zambri, UMNO/BN akan dapat mengekalkan kerajaan yang ada tetapi ada beberapa cabaran yang perlu segera diatasi.

1. UMNO mesti berfikir bahawa Kerajaan yang terbina sekarang tidak dibina dengan kekuatan UMNO sebaliknya benar benar ALLAH takdirkan melalui 3 orang ADUN yang keluar daripada Pakatan dan menjadi ADUN bebas.

2. UMNO mesti menyelesaikan masalah dalaman di setiap bahagian yang berlarutan sekian lama. Hampir tiada Bahagian benar benar aman daripada krisis kepimpinan.

3. UMNO perlu menggerakkan jentera pilihanraya seakan akan pilihanraya akan diadakan dalam masa terdekat.Daftarkan pengundi baru dan kenalpasti status pengundi lama.Pastikan pengundi UMNO sebelum ini akan kekal mengundi UMNO/BN

4. UMNO perlu ada budaya ' berpada pada '. Pimpinan UMNO di cawangan dan bahagian perlu memahami isyarat daripada akar umbi. Perubahan bermaksud, pimpinan juga harus sedia mengubah diri.

5. UMNO perlu menyedari bahawa pimpinan yang menang di bahagian bukan petanda penerimaan pengundi secara keseluruhannya. Ada pimpinan UMNO bekerja kuat untuk menang di bahagian tetapi tidak begitu ghairah membantu UMNO memenangi pilihanraya.

6. UMNO wajib mempunyai pemikiran dan sikap bahawa bukan
' aku 'orang terbaik untuk diangkat menjadi calon. Sebaliknya ada orang lain yang lebih layak.

7. UMNO wajib menerima siapa sahaja yang ' ditentukan 'oleh pucuk pimpinan dan berusaha memenangkannya dalam pilihanraya.

8. UMNO perlu 'menggerakkan 'jentera pilihanraya secara kolektif di peringkat cawangan dan bahagian. Elakkan perasaan 'bimbang' melihat kesungguhan orang lain menganjurkan pelbagai program

9. UMNO mesti melihat semua aktiviti dan program adalah aktiviti bersama. Usah ada kecenderungan untuk melaksanakan program secara berpetak. Akhirnya UMNO akan dilihat sebagai tidak solid.

10. UMNO mesti mengelakkan daripada berharap parti lawan bermasalah. Yang nyata ( sebagai contoh )masalah dalaman DAP tidak pernah menjejaskan undi terhadap mereka.

Saya yakin UMNO akan menang. Melainkan ahli dan pimpinan UMNO memang mahu melihat UMNO/BN tumbang sekali lagi.