Followers

Thursday, January 6, 2011

IDRIS AHMAD UGUT RAJA ?

" DEMI DAP IDRIS SANGGUP DERHAKA "


KENYATAAN PAS KETERLALUAN

Setelah Kerajaan DAP Selangor mengeluarkan pelbagai kenyataan melampau , angkuh dan derhaka. Setelah umat Melayu bangkit dengan pelbagai puluhan laporan polis, PAS meneruskan agenda DAP dengan kenyataan terbaru yang dibuat oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad.

Artikel yang disiarkan oleh Harakahdaily, bertajuk PERLANTIKAN KHUSRIN KE ARAH MALAYAN UNION.

Gagasan Malayan Union ialah gagasan yang diperkenalkan oleh penjajah Inggeris bagi menghakis dan menghapuskan sama sekali kuasa Raja Raja Melayu.

Gagasan inilah yang kemudiannya menyatukan orang Melayu seluruh Tanah Melayu dan akhirnya membentuk UMNO.

Dari sudut sejarah, orang Melayu terkenal dengan budi bahasa, sikap menghormati dan kesanggupan bertolak ansur. Namun begitu orang Melayu akan bangkit jika ISLAM dicabar atau dicemari dan RAJA RAJA MELAYU digugat.

Malangnya situasi agak berbeza sekarang bilamana orang Melayu sendiri melakukan pencabulan terhadap ISLAM dan INSTITUSI RAJA.

Kenyataan terbaru Idris Ahmad dengan jelas merupakan amaran kepada RAJA RAJA MELAYU, BETAPA PADA BILA BILA MASA SAHAJA INSTITUSI RAJA BOLEH DIHAPUSKAN.

Kepada seluruh umat Melayu, buatlah penilaian, mari kita bangkit dan tolak apa sahaja unsur yang cuba menggugat Perlembagaan negara walaupun ' unsur itu' bertopengkan agama.


Wednesday, January 5, 2011

Tugas Khas Pas Dalam Pakatan: Mengislamkan Komunis Atau Mengkomuniskan Islam

BIBIT, PETANDA SEMAKIN JELAS

Saya diberitahu oleh seorang veteran UMNO yang kini berusia lewat 80 an bahawa Parti Komunis Malaya sebenarnya tidak pernah bubar. Yang dibubarkan ialah gerakan bersenjata mereka.

Menurut beliau, komunis amat membenci orang Melayu. Pada masa Bintang Tiga menguasai negara, sikap sebenar mereka mula tergambar.

Mereka yang berniaga di pasar, berniaga di kedai runcit, sangat rapat dengan orang Melayu tiba tiba menjadi ganas. Membunuh orang Melayu yang sebelumnya menjadi rakan, merogol dan menyeksa wanita dan gadis Melayu.

Kemudian mereka meletakkan senjata. Jangkaan kita komunis telah berkubur. Hakikatnya tidak begitu. Simpati, kasih dan barangkali ikatan darah menyebabkan ada pimpinan DAP ingin membawa Chin Peng pulang.

Pemberian hak milik tanah 999 tahun khas kepada penduduk kampung baru di Perak dilihat sebagai tanah kasih DAP kepada keturunan pengganas komunis yang berada di kampung baru.

Kasih dan simpati kepada komunis bergabung dengan kebencian terhadap orang Melayu sebenarnya telah menghasilkan beberapa peristiwa dalam negara kita.

1. Pencabulan terhadap Islam ( CEROBOH MASJID )

2. Cabaran dan penghinaan terhadap Institusi Raja

3. Pembersihan etnik di Pulau Pinang.

Oleh yang demikian, saya percaya orang Melayu di satu pihak dan kerajaan di pihak yang lain, harus bersatu secara jelas dan tegas mencegah dan menentang apa jua percubaan untuk menghidupkan semula semangat komunis di negara kita.


Tuesday, January 4, 2011

TULISAN SUBKY LATIF MENGINSAFKAN

MEMBUKTIKAN KITA KECIL DI SISI ALLAH

Saya membaca tulisan Subky Latif sejak masih di bangku sekolah rendah. Ketika itu beliau menulis di Akhbar Watan. Saya pada ketika itu suka membaca tulisannya.

Apabila mula bersekolah menengah saya mula mengesan kebijaksanaan dalam tulisannya kerana ia berbeza dengan kebanyakan penulis berbeza.

Saya kemudiannya mengabaikan Subky apabila beliau menjadi salah seorang pimpinan PAS yang aktif kerana saya tidak lagi percaya bahawa beliau akan menulis dengan jujur.

Bagaimanapun semalam saya membaca artikel tulisan Subky dalam Harakahdaily yang bertajuk Anwar bertambah hebat bila digantung.

Saya begitu terperanjat membaca tulisan Subky yang sebenarnya tiada pemikiran, tiada fokus dan amat mengelirukan. Saya sehingga ke akhir artikel tidak dapat mengesan apa yang mahu disampaikan.

Inilah petanda kuasa ALLAH dalam mengaturkan sesutu. Subky amat menghina, betah memutar belit kenyataan, menggunakan keupayaan menulis untuk menghasut.

ALLAH tarik kebolehannya sehingga kelihatan tulisannya seperti tulisan pelajar sekolah rendah.

Bandingkan pemikiran Subky dengan Tun Mahathir yang jauh berbeza. Tun walaupun lebih berumur, namun pemikiran dan cara bagaimana pemikirannya dilahirkan tetap jelas, segar dan sentiasa membina.

Demikianlah ALLAH membuktikan KUASANYA. Subky menjadi pengajaran kepada kita. " JIKA KITA BERSYUKUR ALLAH TAMBAH NIKMAT BAGI KITA, JIKA KITA KUFUR TUNGGULAH AZAB ALLAH YANG PEDIH. ". Subky barangkali menerima azab ' dangkal dan lemah pemikiran"

Marilah kita mengambil pengajaran.



BERUBAH ATAU GAGAL PERLEMBAGAAN DIUBAH?

" INILAH TARUHANNYA "


MAKNANYA TETAP SAMA

LAPORAN DEMI LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT. MEDIA KHASNYA TELAH BERUSAHA SEDAYA UPAYA MEMBERIKAN MAKLUMAT.KHUSRIN TETAP MASUK KE PEJABAT SUK MENGIKUT JADUAL.

PIMPINAN TERTINGGI PAS,PKR DAN DAP TETAP TIDAK MEMBERIKAN REAKSI JELAS TERHADAP APA YANG BERLAKU.

SAYA MELIHAT SEGALA YANG BERLAKU INI MEMPUNYAI MAKNA YANG AMAT BAHAYA TERHADAP NASIB MASA DEPAN UMAT MELAYU ISLAM.

SUATU KETIKA KITA PERNAH DIYAKINKAN OLEH PARA PIMPINAN KITA BAHAWA AKAN TIBA MASA UMAT MELAYU AKAN BERSATU TANPA MENGIRA KEDUDUKAN, IDEOLOGI POLITIK DAN SEBAGAINYA.

BARANGKALI SEBAHAGIAN DARIPADA KITA MASIH BERHARAP ORANG MELAYU BERSATU SEPERTI SEWAKTU GAGASAN MALAYAN UNION MAHU DILAKSANAKAN.

TERNYATA IA TIDAK BERLAKU. CABARANNYA LEBIH HEBAT DAN LEBIH MENCEMASKAN TETAPI REAKSI ORANG MELAYU JAUH LEBIH KENDUR DAN TIDAK BERDAYA.

SEWAKTU MALAYAN UNION MAHU DILAKSANAKAN KETIKA ITU DI ATAS KERTAS HANYA INSTITUSI RAJA TERGUGAT. TETAPI SEKARANG IA TELAH PUN BERLAKU.

SERENTAK, INSTITUSI RAJA DAN ISLAM TELAH DIPERLEKEH DAN DIHINA. UMAT MELAYU ISLAM BUKAN SAHAJA TIDAK BANGKIT BERSATU BAHKAN TAMBAH BERPECAH BELAH.

INILAH BARANGKALI MASANYA. KITA TIADA MASA LAGI. JIKA KITA TERLEPAS PELUANG INI, NESCAYA KITA TIDAK AKAN MEMPUNYAI PELUANG DI MASA DEPAN.

INILAH KETIKA PALING TEPAT BAGI KERAJAAN UMNO/BN MENGGUNAKAN SISA KUASA YANG ADA UNTUK MENGHALANG BARAH DAN NANAH YANG JELAS KELIHATAN DARIPADA MEMBUNUH KITA.



Monday, January 3, 2011

SAH!!! PERLEMBAGAAN AKAN DIUBAH

' KERIS HISHAMUDIN MENUSUK JANTUNG UMAT MELAYU '


SELANGOR AKAN JAYAKAN KEHENDAK DAP

SATU KETIKA PAKATAN PEMBANGKANG MELALUI JURUCAKAP MEREKA PAS MENAFIKAN SEKERAS KERASNYA ANDAIAN BAHAWA MEREKA AKAN MENGUBAH PERLEMBAGAAN.

DALAM MASA YANG SAMA MEREKA SENTIASA MELAKUKAN PERKARA YANG BERTENTANGAN DENGAN SEMANGAT PERLEMBAGAAN KITA.

MEREKA MELANGGAR DAN MENCABAR TITAH SULTAN DI SELANGOR DAN DI PERAK. MEREKA TUNJUKKAN PENDERHAKAAN SECARA TERANG TERANGAN.

MEREKA MENCABAR DAN MENGHINA ISLAM YANG MENJADI AGAMA RASMI PERSEKUTUAN. MEREKA MENCEROBOH KAWASAN MASJID TERMASUK DI DALAM MASJID.

MEREKA BERKONVENSYEN DAN MENGELUARKAN KENYATAAN BERSAMA BETAPA MEREKA AKAN PERTAHANKAN PERLEMBAGAAN.

MAKA UMNO DAN ORANG MELAYU PUN LEGA. PIMPINAN UMNO TIDUR LENA DAN MENERUSKAN KEHIDUPAN DENGAN SELESA.

MAKA PADAM LENYAPLAH SEGALA KERISAUAN PIMPINAN UMNO.MENTERI DALAM NEGERI SEJAK SEKIAN LAMA TIDAK BERTUGAS SELAIN MEMECAT DAN MELANTIK PEGAWAI BARU IMEGRESEN DAN SESEKALI BERCAKAP TENTANG PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO.

NGO BERSORAK SORAI MEWAKILI ORANG MELAYU. DI NEGERI PERAK DUAPULUH/TIGA PULUH ORANG. DI SELANGOR LIMA BELAS ORANG. DI KEDAH DUA BELAS ORANG.

UMUMNYA ORANG MELAYU TELAH BEGITU KEHILANGAN ' ROH '. MELAYU INI TIADA APA APA SEBENARNYA.

PETANG TADI DENGAN YAKIN, BERANI DAN LANTANG MENTERI BESAR SELANGOR MENGUMUMKAN BAHAWA SIDANG DUN SELANGOR AKAN DIADAKAN BAGI MEMINDA PERLEMBAGAAN.

SEGALA IKRAR DAN JANJI MEREKA DENGAN SENDIRINYA TELAH TERPADAM. MAKA UMAT MELAYU ISLAM SELURUHNYA ,
TUNGGULAH MASA KETIKANYA, KETUANAN TELAH RUNTUH DI CHINA, KETUANAN TELAH ROBOH DI INDIA, BARANGKALI BENARLAH KATA SUHAIMI SHAFIE ' AKAN RUNTUH PUNAH RANAH KETUANAN DI TANAH TERCINTA INI '.


UMNO TAKKAN MENANG KERANA PEMBANGKANG BERMASALAH

" PAHIT TETAPI KENYATAANNYA, ISMAIL TELAH GAGAL "


UMNO MENANG KERANA KESUNGGUHAN

Akhir akhir ini kita membaca atau mendengar pelbagai berita berkaitan parti pembangkang dan pimpinan mereka. Semua parti pembangkang kedengaran bermasalah.

Kebimbangan saya ialah terdapat kecenderungan dalam kalangan pimpinan dan ahli UMNO/BN untuk berharap bahawa kerana masalah parti pembangkang ini UMNO/BN akan mencapai kemenangan samada dalam Pilihanraya Kecil atau PRU 13.

Ini adalah anggapan yang amat merbahaya. Sebelum PRU 12, Anwar Ibrahim telah diketahui seorang peliwat. Anwar kita ketahui sebagai petualang negara apabila menjalin hubungan dengan kuasa luar khasnya IMF dan pimpinan Yahudi.

PAS selamanya diketahui ' penipu dan penyebar fitnah'. Selama belasan tahun di Kelantan PAS hakikatnya tidak berbuat apa apa selain berpolitik.

Kita tahu DAP amat anti nasional. Mereka memusuhi Islam dan selamanya tidak pernah menghormati institusi Raja. Mereka kita tahu amat mematuhi komunisme.

Dalam keadaan itulah mereka telah mendapat lima negeri dan bertapak di seluruh negara. Hakikatnya ' pembangkang bermasalah' tidak menguntungkan UMNO/BN.

Inilah yang wajib UMNO/BN sedari dan hayati. Oleh yang demikian UMNO /BN perlu segera bertindak sebelum terlewat.
UMNO/BN saya percaya masih gagal mendaftar pengundi baru secukupnya berbanding pembangkang.

Dalam masa yang sama UMNO/BN juga gagal sebagai 'kerajaan'dalam banyak perkara. Jika kita melihat harga barangan
pengguna sebagai contoh, saya yakin Menteri berkaitan telah gagal mengawal kenaikan bahkan gagal mengetahui bahawa kenaikan telah berlaku.

Harga barangan adalah sesuatu yang sangat hampir dengan pengundi. Sekiranya isu ini tidak ditangani, yakinlah walaupun parti pembangkang runtuh UMNO/BN tetap tidak akan menang besar.

Saya hanya menyentuh satu aspek dan akan membicarakan yang lainnya selepas ini.


Saturday, January 1, 2011

Ya Allah, Telunjuk Dah Mencucuk Mata!!

" MUNGKINKAH MEREKA BERJAYA MENYERAP KE DALAM MASYARAKAT KITA ?"


PAKATAN MULAKAN KEMPEN SUBVERSIF

Alhamdulillah. ALLAH panjangkan umur usia kita untuk meneruskan perjuangan mempertahankan ALIF BA TA . Agama, bangsa dan tanahair.

Kita memang dilahirkan sebagai pejuang dan insyallah kita mohon jika ALLAH mahu mengambil kita, biarlah dalam keadaan kita sedang berjuang.

Pakatan pembangkang memulakan tahun baru 2011 dengan sesuatu yang amat merbahaya kepada keselamatan negara.

Apabila Teo Nie Ching berpakaian seksi bersenam robik dalam kawasan masjid, beliau telah melakukannya dengan niat yang amat bahaya.

Teo Ni Ching telah mencucuk mata kita!

1. Beliau telah menghina institusi agama Islam yang selama ini amat terpelihara. Masjid selamanya adalah lambang Islam yang amat signifikan. Beliau pula telah mengheret bersamanya beberapa orang pimpinan PAS dan PKR ( Lelaki ) yang selama ini dikatakan amat menjaga adab pergaulan.

Selama ini kononnya telah berjayalah KELANTAN apabila konsert tidak dibenarkan bagi mengelakkan pergaulan bebas. Sebaliknya Teo berjaya ' mencampurgaulkan PAS,PKR,DAP ( lelaki dan perempuan ) di dalam kawasan masjid. Sengaja Teo memilih ' syiar ' untuk dihina dan diperlekeh.

2. Pertikaian terhadap perlantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor juga bukan peristiwa biasa. Bukan Khusrin yang mereka tolak atau nafikan. Mereka tahu Khusrin mempunyai cukup syarat untuk menjadi SUK.

Mereka mempertikaikan dan cuba mencabar institusi Raja yang memperkenan perlantikan Khusrin. Mereka cuba meletakkan Institusi Raja dalam ' keadaan boleh dan sepatutnya' dipersoal.

Agama dan Raja adalah lambang negara. Agama dan Raja diperuntukkan oleh Perlembagaan. Agama dan Raja adalah kunci keselamatan dan perpaduan.

Tahun baru ini mereka telah mulakan dengan kempen yang amat merbahaya dan mungkin menjejaskan keselamatan negara. Mereka sedang menguji pihak berkuasa dan rakyat.

Mereka sedang menunggu reaksi dan tindakbalas. Malangnya kebanyakan orang hanya melihat segalanya sebagai peristiwa. Tidak ramai melihat makna daripada peristiwa ini. Anda bagaimana ?