Followers

Saturday, January 8, 2011

SELURUH RAKYAT MEMANG NAK KEKALKAN KEMENANGAN..


KITA NAK TERUSKAN KHIDMAT KEPADA RAKYAT

Ringkas, bersahaja dan padat. Jika wartawan yang bertanya berniat untuk ' mengusik' DS Najib maka usikan wartawan itu tidak menjadi.

Najib sangat objektif. Memang PRU 13 dah dekat. UMNO/BN mahu mendapat mandat baru kerana hanya UMNO/BN sahaja mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Nafikanlah. Buatlah ibarat dan andaian. Tetapi hakikatnya semua pimpinan parti pembangkang termasuk yang cenderung kepada komunis, mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang UMNO/BN berikan.

Sejak dari dalam kandungan ibu hinggalah ke liang lahat, UMNO/BN ada perkhidmatan yang mahu diberikan.

Perkhidmatan terbesar yang UMNO/BN sumbangkan ialah suasana aman , tenteram dan makmur. Semua, ya semua rakyat menikmatinya termasuk yang saban hari ' mengutuk, memfitnah,memperlekeh dan cuba menjatuhkan UMNO/BN.

Bandingkan suasana ini dengan Indonesia, Thailand atau Singapura. Jika kita buat perbandingan dengan fikiran terbuka, maka akuilah tanahair ini adalah syurga bagi kita jika kita berusaha .

Maka wajarlah DS Najib sekali lagi memohon mandat daripada rakyat. DS Najib dan rakan rakannya menawarkan track record pencapaian lalu sebagai petanda bahawa UMNO/BN memang mampu menjaga negara.

Lihat Pulau Pinang di bawah DAP ( Sebagai contoh ). Yang giat dilaksanakan ialah pembersihan etnik. Orang Melayu dan India sedang dihalau keluar. Rakyat tidak bahagia.

Lihat pula Kelantan di bawah PAS. Selepas hampir 20 tahun Kerajaan PAS tidak mampu/tidak mahu mengusahakan bekalan air bersih untuk rakyatnya.

Yang mahu saya paparkan ialah bukan semua kerajaan sama.Ada kerajaan bekerja untuk rakyat, ada pula kerajaan bekerja untuk diri sendiri dan kaum kerabat.

Mari kita sertai DS Najib. Berfikir, bercakap dan bertindak seolah olah PRU 13 sudah sangat hampir. Kerana itu nanti, kita akan berada pada kedudukan sentiasa bersedia.




Friday, January 7, 2011

PAKATAN BERDEPAN KRISIS BESAR!!!

" INILAH HAKIKAT HUBUNGAN MEREKA "


SIDANG PARLIMEN TERAKHIR MEREKA BERPAKAT

Sidang Parlimen yang baru lalu, yang menyaksikan Anwar Ibrahim dan rakan rakannya digantung adalah sidang Parlimen terakhir Pakatan Pembangkang berpakat.

Pada sidang Parlimen akan datang yang dijangka bermula pada 7 Mac kita akan dapat menyaksikan pergeseran antara mereka yang akhirnya akan menamatkan 'perhubungan' mereka selama ini.

Kekosongan kerusi Ketua Pembangkang terpaksa diisi oleh pemangku dari kalangan pimpinan utama mereka. Telah kedengaran bisik bisik dalam parti DAP dan PAS bahawa PAS akan menolak jika Lim Kit Siang dilantik manakala DAP akan menolak jika Haji Hadi diketengahkan.

Mungkin umum tidak mengetahui betapa Hadi dan Kit Siang sebenarnya saling tidak ' menghormati ' antara satu sama lain. Bahkan hakikatnya mereka tidak pernah mencapai kata sepakat.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, kemelut yang akan melanda ini akan membawa kepada pembubaran Pakatan kerana mereka memang sentiasa berada dalam keadaan saling tidak percaya.

Dipercayai juga DAP didapati telah melakukan sabotaj kepada PAS di Galas dan sehingga kini masih tidak menunjukkan sebarang sikap ' membantu ' di Tenang.

Sikap Lim Guan Eng terhadap Wakil Rakyat PAS di Pulau Pinang juga dikatakan menjadi faktor menyemarakkan rasa tidak puas hati Hadi terhadap DAP. Dikatakan perkara ini pernah cuba ditimbulkan dalam perbincangan mereka tetapi tidak mendapat reaksi DAP.

Apapun kita tunggulah perkembangan lanjut. Saya percaya sesuatu yang terbina atas asas benci dan dengki pastinya akan runtuh jua satu masa.


SELEPAS INI ANGGOTA SURUHANJAYA PULA DIPERTIKAI

" MASA DEPAN MEREKA TANGGUNGJAWAB KITA "


MEREKA TAK AKAN BERHENTI KERANA BUKAN
KEBENARAN YANG MEREKA MAHUKAN

Hari ini DS Najib umumkan penubuhan Suruhajaya Di Raja bagi menjawab pelbagai kekeliruan kematian Teoh Beng Hock.

DS Najib menjelaskan penubuhan ini telah dipersetujui oleh kerajaan sejak Julai 2009 tetapi pelaksanaannya tertangguh bagi menghormati inkues yang berjalan.

Tidak timbul soal tekanan pihak pembangkang kerana SEJAK DITUBUHKAN SEMUA PARTI PEMBANGKANG TIDAK MELAKUKAN YANG LAIN SELAIN MENEKAN.

Saya menjangkakan bahawa mulai sekarang Pakatan telah menyediakan DALIL, SEBAB DAN ALASAN MENGAPA SURUHANJAYA INI PATUT DITOLAK. MEREKA AKAN MENENTANG SIAPA SAHAJA YANG DILANTIK MENGANGGOTAI SURUHANJAYA.

MATLAMAT MEREKA BUKAN KEADILAN. MATLAMAT MEREKA BUKAN KEBENARAN. MATLAMAT MEREKA IALAH ' SEMAKSIMA MANA KEBENCIAN TERHADAP KERAJAAN DAPAT DICETUSKAN'.

MATLAMAT MEREKA IALAH JIKA BOLEH RAKYAT BANGKIT MENCETUS KEKACAUAN. MATLAMAT MEREKA IALAH KEADAAN AKAN JADI HURU HARA. MATLAMAT MEREKA IALAH KERAJAAN UMNO/BN TUMBANG MENYEMBAH BUMI.

SEBAB ITU SAYA KONSISTEN DALAM PENDIRIAN SAYA BETAPA PENDEKATAN PAKATAN INI ADALAH PENDEKATAN YANG PERNAH DIGUNAKAN OLEH KOMUNIS SATU MASA DAHULU.

OLEH YANG DEMIKIAN, MARI KITA KUATKAN AZAM DAN ILTIZAM KITA, KITA TIDAK MENOLAK MEREKA KERANA MEREKA PEMBANGKANG TETAPI KITA MENOLAK MEREKA KERANA
'KOMUNISME' YANG TELAH MERESAPI MEREKA.

Thursday, January 6, 2011

ROCKY'S BRU NAK APA SEBENARNYA?

" YANG KITA PERTAHANKAN BUKAN RAIS TETAPI KEBENARAN "


TAK HABIS LAGI MENYERANG RAIS YATIM

Saya tidak mengenali Rais Yatim atau Rocky's Bru secara peribadi.Hakikatnya saya tidak mempunyai keperluan untuk mengenali mereka berdua.

Tetapi situasi semasa yang berlaku di antara dua tokoh berbeda wadah ini merimaskan saya yang sedang melihat momentum sokongan kepada UMNO khasnya sedang meningkat naik.

Rais telah difitnah merogol ( selagi tiada sesiapa mendakwanya di mahkamah). Rocky telah turut ' meminta ' Rais memberikan penjelasan.

Rais telahpun berbuat demikian. Rais telah menjawab cabaran Rocky. Sepatutnya segalanya telah selesai.

Rais bukan sekadar seorang pemimpin UMNO tetapi beliau juga seorang Menteri. Mengajak Rais ' berpolemik' seakan mengajak Najib ikut serta berpencak di gelanggang yang ' membazirkan masa'.

Rocky perlu mengelak daripada berfikir seperti pimpinan PAS. Mereka menyerang peribadi untuk meruntuhkan UMNO. Runtuh UMNO , runtuhlah kerajaan.

Ini kerja PAS yang diarahkan oleh DAP. Kerja orang berjiwa kecil yang setakat ini tidak pernah membuktikan apa apa.

Saya tidak pula berasa diri saya terlalu kecil untuk menegur sesiapa saja termasuk Perdana Menteri, para Menteri .Tetapi tentunya saya akan dianggap dangkal jika memanjangkan sesuatu yang saya sendiri tidak pasti ' benar palsunya '.

Yang benar sekarang ialah PAS,PKR sedang bekerja untuk DAP bagi menghidupkan semula komunisme. Yang benar ialah UMNO perlu dimenangkan demi agama, bangsa dan tanahair.

Mari kita tumpukan perjuangan kita bagi memenangkan kebenaran ini. Kita tentunya tidak akan berdiam diri jika kita dapati UMNO juga telah tergelincir dari landasan.

Sehingga itu berlaku, kita dapati DS Najib sedang berusaha sedaya upaya memakmurkan negara, mari kita cuba kalaupun tidak menyokong dan menolong, janganlah pula kita yang menjadi faktor penghalang usaha tersebut dibuat.





Cinta Sejati Datuk Siti Norhaliza

" BINTANG BERTEMU BINTANG "


IKON BERTEMU IKON

TUN MAHATHIR MASIH MENJADI BURUAN. BUKAN SEKADAR ORANG POLITIK BAHKAN ANAK SENI YANG SEDANG MEMULAKAN PERNIAGAAN.

SITI NORHALIZA BARU MENERBITKAN RANCANGAN SITI...HIBURAN DAN INSPIRASI YANG AKAN MENEMUKAN SITI DENGAN TOKOH TOKOH UNDANGAN DALAM PELBAGAI BIDANG.

SITI BIJAK BERNIAGA KERANA MENJADIKAN TUN M SEBAGAI TETAMU PERTAMA RANCANGANNYA. DENGAR BAGAIMANA TUN MENYEMARAKKAN SEMANGAT JUANG SITI

" SAYA PADA MULANYA AGAK KEKOK KERANA SELAMA INI HANYA MELIHAT SITI BUAT PERSEMBAHAN. TETAPI BELIAU MEMPUNYAI KEBOLEHAN DALAM MEWAWANCARA SAYA ".

BAYANGKAN BAGAIMANA BERMAKNANYA UNGKAPAN TERSEBUT KEPADA SEORANG USAHAWAN MUDA SEPERTI SITI.

APA PULA KATA SITI TENTANG TUN M

" TUN ADALAH IDOLA SAYA SEJAK DULU LAGI ".

MENGAPA ISU INI SAYA TIMBULKAN. SAYA INGIN MENGGAMBARKAN BETAPA ' SANGAT TIDAK BENAR JIKA KITA BERANDAIAN BAHAWA ANAK MUDA TELAH LARI DARIPADA PER
JUANGAN UMNO. SITI ADALAH SALAH SEORANG DARIPADA CONTOHNYA.

SITI TIDAK PERNAH MENGAKU MENYOKONG UMNO. TETAPI APABILA SITI MEMILIH TUN M SEBAGAI TETAMU, MAKA KITA DAPAT MEMBACA APA YANG BERADA DALAM HATINYA.

INILAH PESANAN SAYA KEPADA PEMUDA DAN PUTERI UMNO. TURUNLAH BERTEMU ANAK MUDA. MEREKA SEDANG MENUNGGU KITA.



IDRIS AHMAD UGUT RAJA ?

" DEMI DAP IDRIS SANGGUP DERHAKA "


KENYATAAN PAS KETERLALUAN

Setelah Kerajaan DAP Selangor mengeluarkan pelbagai kenyataan melampau , angkuh dan derhaka. Setelah umat Melayu bangkit dengan pelbagai puluhan laporan polis, PAS meneruskan agenda DAP dengan kenyataan terbaru yang dibuat oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad.

Artikel yang disiarkan oleh Harakahdaily, bertajuk PERLANTIKAN KHUSRIN KE ARAH MALAYAN UNION.

Gagasan Malayan Union ialah gagasan yang diperkenalkan oleh penjajah Inggeris bagi menghakis dan menghapuskan sama sekali kuasa Raja Raja Melayu.

Gagasan inilah yang kemudiannya menyatukan orang Melayu seluruh Tanah Melayu dan akhirnya membentuk UMNO.

Dari sudut sejarah, orang Melayu terkenal dengan budi bahasa, sikap menghormati dan kesanggupan bertolak ansur. Namun begitu orang Melayu akan bangkit jika ISLAM dicabar atau dicemari dan RAJA RAJA MELAYU digugat.

Malangnya situasi agak berbeza sekarang bilamana orang Melayu sendiri melakukan pencabulan terhadap ISLAM dan INSTITUSI RAJA.

Kenyataan terbaru Idris Ahmad dengan jelas merupakan amaran kepada RAJA RAJA MELAYU, BETAPA PADA BILA BILA MASA SAHAJA INSTITUSI RAJA BOLEH DIHAPUSKAN.

Kepada seluruh umat Melayu, buatlah penilaian, mari kita bangkit dan tolak apa sahaja unsur yang cuba menggugat Perlembagaan negara walaupun ' unsur itu' bertopengkan agama.


Wednesday, January 5, 2011

Tugas Khas Pas Dalam Pakatan: Mengislamkan Komunis Atau Mengkomuniskan Islam

BIBIT, PETANDA SEMAKIN JELAS

Saya diberitahu oleh seorang veteran UMNO yang kini berusia lewat 80 an bahawa Parti Komunis Malaya sebenarnya tidak pernah bubar. Yang dibubarkan ialah gerakan bersenjata mereka.

Menurut beliau, komunis amat membenci orang Melayu. Pada masa Bintang Tiga menguasai negara, sikap sebenar mereka mula tergambar.

Mereka yang berniaga di pasar, berniaga di kedai runcit, sangat rapat dengan orang Melayu tiba tiba menjadi ganas. Membunuh orang Melayu yang sebelumnya menjadi rakan, merogol dan menyeksa wanita dan gadis Melayu.

Kemudian mereka meletakkan senjata. Jangkaan kita komunis telah berkubur. Hakikatnya tidak begitu. Simpati, kasih dan barangkali ikatan darah menyebabkan ada pimpinan DAP ingin membawa Chin Peng pulang.

Pemberian hak milik tanah 999 tahun khas kepada penduduk kampung baru di Perak dilihat sebagai tanah kasih DAP kepada keturunan pengganas komunis yang berada di kampung baru.

Kasih dan simpati kepada komunis bergabung dengan kebencian terhadap orang Melayu sebenarnya telah menghasilkan beberapa peristiwa dalam negara kita.

1. Pencabulan terhadap Islam ( CEROBOH MASJID )

2. Cabaran dan penghinaan terhadap Institusi Raja

3. Pembersihan etnik di Pulau Pinang.

Oleh yang demikian, saya percaya orang Melayu di satu pihak dan kerajaan di pihak yang lain, harus bersatu secara jelas dan tegas mencegah dan menentang apa jua percubaan untuk menghidupkan semula semangat komunis di negara kita.