Followers

Friday, February 25, 2011

MERLIMAU DAN KERDAU, SANGAT SIGNIFIKAN DAN BERHARGA.

" TERUJI "


MEMPUNYAI MAKNA TERSENDIRI.

UMNO/BN dikatakan mempunyai laluan mudah di PRK Kerdau dan Merlimau. Pimpinan dan ahli parti seluruh negara mempunyai kepercayaan yang sama iaitu kita akan menang di kedua dua kerusi berkenaan.

Dalam masa yang sama, PAS yang terpaksa bertanding di kerusi ini telah menyebarkan berita bahawa mereka turun sebagai menguji ketelusan BN khasnya dalam menggunakan jentera kerajaan.

Saya berpandangan bahawa kedua dua kerusi ini sangat penting bahkan lebih penting daripada kerusi yang kita tandingi sebelum ini.

1. Melaka dan Pahang hampir tidak terkesan dengan tsunami politik 2008. Boleh dikatakan sokongan terhadap UMNO/BN kekal utuh ketika itu.

2. PRK ini semakin hampir dengan PRU 13. Lobi melobi walaupun selalu disebut supaya tidak dilakukan tetap juga berlaku. Ini boleh sahaja memberi kesan terhadap kesepaduan parti.

3. PRK ini berlangsung dalam suasana dunia yang panas dengan pemberontakan dan kebangkitan rakyat. Di Malaysia ada pihak sedang menggunakan pemberontakan itu untuk menyemai kemarahan rakyat.

Atas asas ini maka saya berpandangan bahawa UMNO/BN wajib menang lebih besar dalam PRK di Kerdau dan Merlimau. Kemenangan akan memberikan lebih keyakinan kepada kita untuk menghadapi PRU 13.

Jentera harus disusun dengan teliti dan dipastikan keberkesanannya. Kelemahan di PRK sebelum ini wajar menjadi
pengajaran dan panduan.

UMNO/BN akan mencapai matlamat sekiranya jentera benar benar solid dan kepentingan parti diletakkan di atas segala kepentingan peribadi.


MUSIM MENYEGAR DIRI..

" GANDINGAN HEBAT, INSYAALLAH "


UMNO TAK KAN TUMBANG SELAGI MEMEGANG JANJI

Sangat bahaya bagi mana mana individu atau organisasi untuk berasa diri hebat dan tak boleh digugat. Dalam masa yang sama UMNO wajib bersyukur kerana mampu bertahan dalam jangkamasa yang lama dan memegang sejarah dunia.

Saya mempunyai keyakinan bahawa UMNO akan terus dominan selagi kita berpegang dan menghayati sebab dan tujuan UMNO ditubuhkan.

Sekarang ini ialah musim UMNO bermesyuarat. UMNO seluruh negara akan bersidang di peringkat cawangan, bahagian dan akan bersidang di peringkat kebangsaan.

Sebagai peringatan mari sekali lagi kita melihat apakah asas dan tujuan UMNO ditubuhkan.

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

1. Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara

2. Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri dan Raja Berpelembagaan

3. Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama.

4. Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berpalimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

5. Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan( Bahasa Melayu ) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu

6. Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu padu berasaskan kepada hak hak asasi manusia dan hak hak istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

Sesekali ahli UMNO kena diperingatkan tentang asas dan tujuan penubuhan parti keramat ini. Semoga dengannya ahli UMNO tidak akan tersasar dari landasan perjuangan.


Thursday, February 24, 2011

SAIFUDDIN ABDULLAH MELATAH..

" MUNGKIN MAHU DILIHAT BUDIMAN "



MENYUKAT KEMATANGAN DARI PERSPEKTIF PEMBANGKANG

Kita sedang mengikuti perkembangan menarik pilihanraya kampus yang menyaksikan kumpulan Pro Aspirasi mengekalkan penguasaan di kebanyakan IPTA manakala kumpulan Pro M mendapat tempat di beberapa IPTA yang lain.

Saya sentiasa percaya bahawa universiti adalah makmal pembangunan manusia yang sangat berkesan. Selain menuntut ilmu pengetahuan, mahasiswa juga belajar makna kehidupan sebenar di universiti.

Di universiti sama juga di mana mana dalam kehidupan kita, kita berpeluang membentuk diri. Pemikiran, perasaan serta perlakuan dominan kita sebahagiannya terbentuk di universiti. Universiti ialah tapak mula kebanyakan individu mulakan ' hidup dewasanya'.

Berbelanja sendiri, bergaul sendiri tanpa kawalan ibu bapa. Walaupun begitu saya berkongsi pandangan dengan Tun Mahathir bahawa tanggungjawab utama mahasiswa ialah mencapai kecemerlangan dalam akademik. Tun menyebut bahawa dengan ilmu pengetahuan kita akan mencapai kehidupan yang lebih baik.

Sehubungan dengan itu saya tidak cenderung untuk bersetuju dengan tindakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi , Datuk Saifuddin Abdullah untuk mencampuri ' pengurusan Universiti Putra Malaysia ' dalam menangani kontroversi Pilihanraya mereka.

Saya percaya ' adalah tidak munasabah untuk para mahasiswa berpolitik hingga ke tahap meruntuhkan pintu pejabat'. Adalah di luar keperluan untuk mana mana mahasiswa sehingga sampai berdemonstrasi untuk menyatakan bahawa mereka mempunyai hak.

Apabila Datuk Saifuddin mencampuri urusan pihak universiti dan mencadangkan ' apa yang patut dilakukan' saya berpandangan bahawa Datuk Saifuddin telah menghalalkan ' keluarbiasaan' berlaku di universiti.

Umum menyedari betapa sangat kuat pengaruh PAS di universiti. Mereka sentiasa bersama mahasiswa , memberi dorongan dan nasihat. Mereka melanggar AUKU yang sangat dipatuhi UMNO.

Tidak bijak untuk Saifuddn menyatakan bahawa pilihanraya kampus adalah tempat melatih politik matang kerana yang menjadi jurulatihnya tidak berpolitik dengan matang.

Kecuali Saifuddin mempunyai pemikiran bahawa memang PAS wajar dan layak bercakap tentang kematangan ini. Yang sepatutnya Saifuddin lakukan ialah mengingatkan anak anak ini bahawa kewajipan mutlak mereka ialah mencapai kecemerlangan.

Dalam masa yang sama berpolitiklah tapi jangan sampai mengganggu masa belajar. Jika ini gagal kita laksanakan maka bersedialah kita untuk berdepan dengan sekumpulan ' bijak pandai' yang berpolitiking sepanjang masa.



Wednesday, February 23, 2011

ANWAR PERLUKAN REVOLUSI UNTUK MEMERINTAH

" DESPRADO !!!"


MELALUI DEMOKRASI ANWAR AKAN GAGAL

Dalam beberapa siri ceramah mutakhir, Anwar Ibrahim telah mengajak audiens untuk melihat kebangkitan yang telah dan sedang berlaku di beberapa negara Islam.

Anwar merangsang pendengar bahawa kebangkitan juga boleh berlaku di Malaysia kerana kezaliman pemerintah dan penderitaan rakyat.

Anwar memberikan banyak contoh kezaliman dan salah guna kuasa yang kerajaan lakukan termasuk menaikkan harga minyak, menyalahgunakan peruntukan Kementerian Pertahanan dan lain lain lagi.

Saya pada mulanya menyangka bahawa amat sukar kebangkitan serupa akan berlaku kerana hakikatnya rakyat kita hidup jauh lebih selesa berbanding negara negara yang sedang bergelora itu.

Namun begitu, beberapa perkara elok diberi perhatian agar kita tidak memandang ringan kemungkinan ini.

1. Perkembangan Pilihanraya di universiti tempatan. Sejak sekian lama pilihanraya Universiti umumnya berlangsung dalam suasana aman. Terkini kelihatan anak anak kita di universiti mula menampakkan sikap kasar, ganas, menentang yang agak luar biasa.

Bahasa mereka, cara dan pendekatan mereka, strategi dan semangat mereka benar benar sama dengan apa yang diamalkan oleh Pakatan Pembangkang.

2. Kecenderungan dan keberanian pertubuhan haram Hindraf menyebarkan pelbagai hasutan dan kemungkinan mereka berhimpun juga perlu diberi perhatian. Setakat ini saya tidak nampak Kerajaan berjaya menghalang mereka. Mereka juga disokong oleh Pakatan Pembangkang.

3. PAS yang semakin merosot pengaruh mereka mungkin melakukan apa sahaja untuk mengembalikan sokongan. Keupayaan mereka mengumpulkan ribuan pemuda baru baru ini mungkin memberi mereka ilham untuk bertindak lebih daripada itu.

4. PAS pada 26 Feb ini akan mengadakan perhimpunan orang orang yang gagal membayar hutang PTPTN dan MARA. Mereka mungkin tak mampu atau tidak mahu membayar hutang mereka.
PAS barangkali akan menawarkan mereka pelepasan jika Pakatan memerintah.

Inilah senarionya. Pakatan khasnya Anwar hakikatnya berada dalam keadaan terdesak. Anwar berdepan dengan kemungkinan dipenjara kerana meliwat.

Anwar mungkin akan terlepas sekiranya dapat menguasai negara dan pemerintahan.

Secara peribadi saya melihat Kerajaan amat perlahan dalam menangani isu isu keselamatan. Langkah pencegahan tidak berlaku. Dan saya percaya bahawa akan ada kemungkinan keadaan menjadi bertambah serius dan kerajaan hilang upaya untuk bertindak.


Tuesday, February 22, 2011

RAM KARPAL SINGH TERKEDU

" BAKAL TERSUNGKUR "


SAKSI TIDAK TERPERANGKAP SOALAN POLITIK

Perbicaraan Anwar Ibrahim meliwat Saiful yang diteruskan lagi hari ini dengan jelas menampakkan percubaan peguambela tertuduh , Ram Karpal Singh untuk membina persepsi rakyat bahawa sekali lagi Anwar menjadi mangsa konspirasi.

Soalan yang dikemukakan sebenarnya menuju ke arah membuktikan bahawa

1. Saiful adalah orang yang bersalah, mempunyai ' hubungan ' dengan ramai lelaki dan kelihatan berpotensi untuk dipergunakan.
Contohnya apabila peguambela menyoal kemungkinan Saiful berhubungan dengan 10 lelaki.

2. Saksi adalah seorang yang tidak cukup kelayakan untuk melakukan ujian ke atas Saiful.
Contohnya ialah bilamana peguambela cuba membuktikan ujian DNA yang dibuat tidak mengikut prosedur antarabangsa.

Bagaimanapun sesuatu yang dapat dipastikan ialah Dr Seah Ley Hong adalah seorang profesioanal yang melaksanakan ujian berasaskan kepakarannya tanpa sebarang kepentingan lain.

Keghairahan melampau Ram Karpal Singh akhirnya mengundang padah dan malu yang amat tinggi apabila menyangka bahawa DNA itu semestinya berasaskan air mani.

Ada penulis sedang asyik bertanya bagaimana air mani Saiful boleh masuk ke dalam duburnya sendiri. Ada pula yang menghukum bahawa Saiful telah menakung air maninya dan menyuntiknya ke dalam dubur sendiri.

Demikianlah sebenarnya matlamat barisan peguambela yang diketuai oleh Karpal Singh. Mereka tidak akan membela Anwar kerana mereka tahu Anwar seorang peliwat.

Karpal Singh adalah orang terawal membuat pendedahan ini. Karpal kini sedang berusaha membuktikan bahawa dirinya adalah penipu paling hebat dalam negara kita.

Dalam keghairahan mereka cuba membuktikan teori konspirasi, hari ini Ram Karpal Singh mendapat pengajaran bahawa mereka sebenarnya tidak lagi memiliki aura yang digeruni.




Sunday, February 20, 2011

PAS TERSASUL, IKTIRAF PERJUANGAN UMNO

KONVENSYEN MENGEJUT MENAMBAH CALAR

Setelah tewas secara berturut turut dalam tiga pilihanraya kecil ,
PAS sebenarnya menjadi amat tertekan dan mengalami sindrom rendah diri yang amat melampau.

Malu, keliru mencetuskan panik dalam kalangan pimpinan PAS. Seperti kata DS Najib semalam, dalam keadaan tidak tenang pasti kita tidak mampu berfikir secara rasional dan keputusan yang dibuat biasanya akan mendatangkan kesan yang tidak baik.

Inilah yang berlaku kepada PAS. Apabila sokongan pengundi Melayu semakin merosot dan pengundi India dan Cina mula kembali kepada UMNO/BN PAS semacam hilang rentak.

Lantas tanpa berfikir panjang PAS menganjurkan Konvensyen yang dikatakan bagi manambahkan keupayaan Umat Melayu.

Tanpa sebarang kajian PAS akhirnya membentangkan 12 perkara yang dikatakan jaminan kepada Umat Melayu. Dengan harapan agar Umat Melayu memberikan undi kepada mereka, PAS terlupa bahawa apa yang mereka sebut sebagai jaminan ialah apa yang selama ini dilakukan oleh UMNO.

PAS hanya menyebut bahawa Islam dijadikan teras dalam mencapai kesemua 12 perkara tersebut. Saya telah mengkaji dan meneliti bahawa apa yang baru PAS tawarkan telah UMNO lakukan sehingga Umat Melayu berada pada tahap sekarang.

Sejak awal penubuhan hingga kini, UMNO tidak pernah memisahkan antara Melayu dan Islam. Bahkan salah satu syarat menjadi Melayu ialah seseorang itu mesti beragama Islam.

Selain daripada tidak akan termakan dengan umpan baru PAS saya sangat yakin lebih ramai ahli PAS sendiri akan pergi meninggalkan PAS kesan konvensyen ini kerana saya dimaklumkan bahawa sepanjang program ini berlangsung, DAP telah melakukan pemantauan yang amat rapi.

Demikianlah akhirnya. Bilamana sesuatu dilakukan tanpa rasa ikhlas untuk agama, bangsa dan tanahair, PAS akan berkubur jua.

Sekali lagi mari kita syukuri nikamat yang ALLAH berikan kepada umat Melayu Islam. Barangkali tidak sempurna tetapi tidak mungkin terpedaya.

KEYAKINAN NAJIB BERASAS

" ANALISISNYA MEYAKINKAN UMNO/BN "


MESIR DAN MALAYSIA AMAT BERBEZA

Sewaktu pimpinan pembangkang sedang ghairah meraikan kebangkitan rakyat di Mesir, Tunisia , Libya dan Bahrain dan mengharapkan kebangkitan yang sama berlaku di Malaysia DS Najib mempunyai keyakinan yang tinggi betapa kebangkitan yang sama tidak akan berlaku di Malaysia.

Sebagai perbandingan mari kita melihat faktor kebangkitan di Mesir berasaskan sudut pandangan Dr Syed Azman Syed Ahmad, salah seorang pimpinan PAS.

1. Hak serta kebebasan bersuara rakyat telah dinafikan selama lebih 30 tahun.
2. Pilihanraya hanya menjadi' rubber stamp' dan dijalankan setiap lima tahun secara penipuan dengan manipulasi undi serta menyekat hak demokrasi.

3. Kadar rasuah dan penyalahguaan kuasa amat ketara terutama di kalangan kerabat dan ahli keluarga Mubarak dan sekumpulan kecil elit kecil yang menyokong Mubarak

4. Kekayaan negara berputar di sekeliling Mubarak dan kaum keluarga dan parti NDP serta kumpulan kecil yang menyokong mereka.

5. Kadar kemiskinan kebanyakan rakyat mencecah 70 % dan pendapatan purata ialah di bawah 4 ringgit sehari.

6. Kos kehidupan amat tinggi. Rakyat dibebani dengan harga barangan harian seperti gandum, gula dan beras yang melambung.

7. Kadar pengangguran mencapai 60% dan kebanyakan anak muda tidak mempunyai pekerjaan.

Tujuh faktor yang dinyatakan adalah hasil analisis tokoh PAS yang tentunya tidak mempunyai unsur berat sebelah kepada UMNO/BN.

Jika kita mengambil kira 7 aspek berkenaan dan melakukan perbandingan dengan keadaan di Malaysia maka tentulah kita amat bersyukur.

Tentu rakyat dapat merasakan betapa bertuahnya kita di Malaysia.
Tanpa sebarang keinginan untuk berasa selesa, kita tentunya yakin bahawa DS Najib mempunyai sebab yang kukuh untuk meyakini bahawa tidak mungkin rakyat akan bangkit memberontak dalam keadaan rakyat bahagia dan hidup sejahtera.