Followers

Monday, February 28, 2011

KEBANGKITAN UMAT MELAYU!!

" SANGGUP MATI DEMI MARUAH !! "


SELEPAS HINDRAF UGUT DS NAJIB..

Selepas gagal menjayakan perarakan perkauman semalam, setelah gagal menghasut rakyat untuk mengganas, hari ini HINDRAF meningkatkan lagi kemarahan umum khasnya umat Melayu dengan mengugut Presiden UMNO, DS Najib Tun Razak.

Dengan kenyataan bahawa HINDRAF akan terus mengadakan protes selagi masalah masyarakat India miskin membawa maksud bahawa HINDRAF tidak akan berhenti menimbulkan kekacauan.

Tidak pernah berlaku di mana mana di dunia, terutama di India kemiskinan dapat diatasi secara mutlak. Masyarakat Melayu dan bumiputera yang merupakan penduduk asal di tanah bertuah ini juga ramai yang miskin.

Miskin sangat berkait rapat dengan sikap. Pemabuk, sukakan pergaduhan, malas dan berharap adalah signifikan dengan kemiskinan masyarakat India.

Dapatkah HINDRAF mengatasi masalah sikap ini? Bukankah HINDRAF sendiri amat cenderung dengan kekacauan dan huru hara. Tidakkah HINDRAF juga lebih ghairah dengan cita cita peribadi berbanding minat membantu membangunkan masyarakat?

Lebih penting daripada itu, HINDRAF WAJIB SEDAR bahawa mereka adalah masyarakat minoriti yang ' TIDAK AKAN MENJEJASKAN NEGARA' tanpa mereka.

HINDRAF WAJIB SEDAR bahawa Umat Melayu tidak sedikitpun berasa gentar dengan mereka.

HINDRAF WAJIB SEDAR bahawa Umat Melayu yang lembut ini pernah berjuang menentang Jepun, Komunis dan Inggeris.

HINDRAF WAJIB SEDAR bahawa Umat Melayu tidak akan membiarkan penghinaan melampau terhadap mana mana pemimpin Melayu yang kita tahu begitu berusaha untuk membangunkan negara.

HINDRAF WAJIB SEDAR bahawa jika mereka begitu ghairah ' berjual, Umat Melayu akan bangkit 'membeli'.

HINDRAF WAJIB SEDAR bahawa Umat Melayu sanggup mati mempertahankan maruah pemimpin selagi kita tahu pemimpin ini di jalan yang benar.

Sudahlah HINDRAF, sudah sangat KURANG AJAR KAMU SEMUA.
Umat Melayu tiada tanah lain untuk pergi meminta nyawa. Tanah sekangkang kera ini akan kami pertahankan dengan nyawa kami.

Usah melampaui batas.




Sunday, February 27, 2011

KERAJAAN TELAH GAGAL !

" PENGGANAS !! "


Keterbukaan membawa padah.

Dunia mengetahui bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang unik. Kepelbagaian bangsa, agama, adat resam mewarnai Malaysia dengan semua suku kaum menjadi diri mereka sendiri.

Dalam perbezaan ada persamaan. Dalam persamaan ada perbezaan. Inilah anugerah Tuhan kepada kita. Persefahaman yang diamalkan sebenarnya telah melalui satu proses panjang yang ada cabarannya.

Kita tak boleh berpaling dan mengubah apa yang kita ada. Sebaliknya kita perlu melangkah ke hadapan dengan berani dan berhati hati supaya kita tidak terjerumus ke dalam kancah perpecahan sama ada antara kaum atau sesama sendiri.

Dua pihak perlu memainkan peranan dengan berkesan dan bersungguh sungguh. Rakyat dan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Ada perkara boleh rakyat lakukan. Ada perkara perlukan komitmen kerajaan. Justeru itu kita menyeru dan merayu kepada kerajaan agar bertindak tegas dan penuh tanggungjawab mena
ngani isu isu keselamatan negara.

Hari ini HINDRAF sekali lagi berbuat onar. Mereka bukan mencabar undang undang semata mata. Mereka mencabar rakyat
lain yang tidak suka kepada kekacauan.

Apabila kumpulan HARAM mampu bergerak bebas, menghasut dan menimbulkan kebencian, tentunya rakyat berasa pelik. Mungkin akan ada lagi selepas ini, kumpulan lain timbul dengan matlamat yang lain pula.

Saya beranggapan kerajaan telah gagal apabila ada perhimpunan berlaku walaupun melibatkan jumlah yang sedikit. Kerajaan telah gagal apabila terpaksa menangkap ketua kumpulan haram pada hari perhimpunan diadakan.

Saya yakin ramai rakyat percaya kerajaan telah memberi muka kepada kumpulan haram ini untuk beroperasi. Mereka sedang
' menguji ' keberanian kerajaan bertindak. Dan mereka berpandangan kerajaan tidak cukup berani.

Saya bimbang akhirnya akan timbul ' pemikiran' bahawa kerajaan
gagal menjamin keselamatan rakyat terbanyak. Saya bimbang nantinya rakyat akan berasa bahawa kerajaan ini terlalu bertolak ansur dengan kumpulan haram dan bertegas dengan yang halal.

Usah menyesal sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal, kerajaan hilang wibawa dan kesejahteraan yang kita banggakan tidak lagi berada bersama kita.


Friday, February 25, 2011

MERLIMAU DAN KERDAU, SANGAT SIGNIFIKAN DAN BERHARGA.

" TERUJI "


MEMPUNYAI MAKNA TERSENDIRI.

UMNO/BN dikatakan mempunyai laluan mudah di PRK Kerdau dan Merlimau. Pimpinan dan ahli parti seluruh negara mempunyai kepercayaan yang sama iaitu kita akan menang di kedua dua kerusi berkenaan.

Dalam masa yang sama, PAS yang terpaksa bertanding di kerusi ini telah menyebarkan berita bahawa mereka turun sebagai menguji ketelusan BN khasnya dalam menggunakan jentera kerajaan.

Saya berpandangan bahawa kedua dua kerusi ini sangat penting bahkan lebih penting daripada kerusi yang kita tandingi sebelum ini.

1. Melaka dan Pahang hampir tidak terkesan dengan tsunami politik 2008. Boleh dikatakan sokongan terhadap UMNO/BN kekal utuh ketika itu.

2. PRK ini semakin hampir dengan PRU 13. Lobi melobi walaupun selalu disebut supaya tidak dilakukan tetap juga berlaku. Ini boleh sahaja memberi kesan terhadap kesepaduan parti.

3. PRK ini berlangsung dalam suasana dunia yang panas dengan pemberontakan dan kebangkitan rakyat. Di Malaysia ada pihak sedang menggunakan pemberontakan itu untuk menyemai kemarahan rakyat.

Atas asas ini maka saya berpandangan bahawa UMNO/BN wajib menang lebih besar dalam PRK di Kerdau dan Merlimau. Kemenangan akan memberikan lebih keyakinan kepada kita untuk menghadapi PRU 13.

Jentera harus disusun dengan teliti dan dipastikan keberkesanannya. Kelemahan di PRK sebelum ini wajar menjadi
pengajaran dan panduan.

UMNO/BN akan mencapai matlamat sekiranya jentera benar benar solid dan kepentingan parti diletakkan di atas segala kepentingan peribadi.


MUSIM MENYEGAR DIRI..

" GANDINGAN HEBAT, INSYAALLAH "


UMNO TAK KAN TUMBANG SELAGI MEMEGANG JANJI

Sangat bahaya bagi mana mana individu atau organisasi untuk berasa diri hebat dan tak boleh digugat. Dalam masa yang sama UMNO wajib bersyukur kerana mampu bertahan dalam jangkamasa yang lama dan memegang sejarah dunia.

Saya mempunyai keyakinan bahawa UMNO akan terus dominan selagi kita berpegang dan menghayati sebab dan tujuan UMNO ditubuhkan.

Sekarang ini ialah musim UMNO bermesyuarat. UMNO seluruh negara akan bersidang di peringkat cawangan, bahagian dan akan bersidang di peringkat kebangsaan.

Sebagai peringatan mari sekali lagi kita melihat apakah asas dan tujuan UMNO ditubuhkan.

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

1. Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara

2. Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri dan Raja Berpelembagaan

3. Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama.

4. Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berpalimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

5. Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan( Bahasa Melayu ) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu

6. Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu padu berasaskan kepada hak hak asasi manusia dan hak hak istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

Sesekali ahli UMNO kena diperingatkan tentang asas dan tujuan penubuhan parti keramat ini. Semoga dengannya ahli UMNO tidak akan tersasar dari landasan perjuangan.


Thursday, February 24, 2011

SAIFUDDIN ABDULLAH MELATAH..

" MUNGKIN MAHU DILIHAT BUDIMAN "



MENYUKAT KEMATANGAN DARI PERSPEKTIF PEMBANGKANG

Kita sedang mengikuti perkembangan menarik pilihanraya kampus yang menyaksikan kumpulan Pro Aspirasi mengekalkan penguasaan di kebanyakan IPTA manakala kumpulan Pro M mendapat tempat di beberapa IPTA yang lain.

Saya sentiasa percaya bahawa universiti adalah makmal pembangunan manusia yang sangat berkesan. Selain menuntut ilmu pengetahuan, mahasiswa juga belajar makna kehidupan sebenar di universiti.

Di universiti sama juga di mana mana dalam kehidupan kita, kita berpeluang membentuk diri. Pemikiran, perasaan serta perlakuan dominan kita sebahagiannya terbentuk di universiti. Universiti ialah tapak mula kebanyakan individu mulakan ' hidup dewasanya'.

Berbelanja sendiri, bergaul sendiri tanpa kawalan ibu bapa. Walaupun begitu saya berkongsi pandangan dengan Tun Mahathir bahawa tanggungjawab utama mahasiswa ialah mencapai kecemerlangan dalam akademik. Tun menyebut bahawa dengan ilmu pengetahuan kita akan mencapai kehidupan yang lebih baik.

Sehubungan dengan itu saya tidak cenderung untuk bersetuju dengan tindakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi , Datuk Saifuddin Abdullah untuk mencampuri ' pengurusan Universiti Putra Malaysia ' dalam menangani kontroversi Pilihanraya mereka.

Saya percaya ' adalah tidak munasabah untuk para mahasiswa berpolitik hingga ke tahap meruntuhkan pintu pejabat'. Adalah di luar keperluan untuk mana mana mahasiswa sehingga sampai berdemonstrasi untuk menyatakan bahawa mereka mempunyai hak.

Apabila Datuk Saifuddin mencampuri urusan pihak universiti dan mencadangkan ' apa yang patut dilakukan' saya berpandangan bahawa Datuk Saifuddin telah menghalalkan ' keluarbiasaan' berlaku di universiti.

Umum menyedari betapa sangat kuat pengaruh PAS di universiti. Mereka sentiasa bersama mahasiswa , memberi dorongan dan nasihat. Mereka melanggar AUKU yang sangat dipatuhi UMNO.

Tidak bijak untuk Saifuddn menyatakan bahawa pilihanraya kampus adalah tempat melatih politik matang kerana yang menjadi jurulatihnya tidak berpolitik dengan matang.

Kecuali Saifuddin mempunyai pemikiran bahawa memang PAS wajar dan layak bercakap tentang kematangan ini. Yang sepatutnya Saifuddin lakukan ialah mengingatkan anak anak ini bahawa kewajipan mutlak mereka ialah mencapai kecemerlangan.

Dalam masa yang sama berpolitiklah tapi jangan sampai mengganggu masa belajar. Jika ini gagal kita laksanakan maka bersedialah kita untuk berdepan dengan sekumpulan ' bijak pandai' yang berpolitiking sepanjang masa.



Wednesday, February 23, 2011

ANWAR PERLUKAN REVOLUSI UNTUK MEMERINTAH

" DESPRADO !!!"


MELALUI DEMOKRASI ANWAR AKAN GAGAL

Dalam beberapa siri ceramah mutakhir, Anwar Ibrahim telah mengajak audiens untuk melihat kebangkitan yang telah dan sedang berlaku di beberapa negara Islam.

Anwar merangsang pendengar bahawa kebangkitan juga boleh berlaku di Malaysia kerana kezaliman pemerintah dan penderitaan rakyat.

Anwar memberikan banyak contoh kezaliman dan salah guna kuasa yang kerajaan lakukan termasuk menaikkan harga minyak, menyalahgunakan peruntukan Kementerian Pertahanan dan lain lain lagi.

Saya pada mulanya menyangka bahawa amat sukar kebangkitan serupa akan berlaku kerana hakikatnya rakyat kita hidup jauh lebih selesa berbanding negara negara yang sedang bergelora itu.

Namun begitu, beberapa perkara elok diberi perhatian agar kita tidak memandang ringan kemungkinan ini.

1. Perkembangan Pilihanraya di universiti tempatan. Sejak sekian lama pilihanraya Universiti umumnya berlangsung dalam suasana aman. Terkini kelihatan anak anak kita di universiti mula menampakkan sikap kasar, ganas, menentang yang agak luar biasa.

Bahasa mereka, cara dan pendekatan mereka, strategi dan semangat mereka benar benar sama dengan apa yang diamalkan oleh Pakatan Pembangkang.

2. Kecenderungan dan keberanian pertubuhan haram Hindraf menyebarkan pelbagai hasutan dan kemungkinan mereka berhimpun juga perlu diberi perhatian. Setakat ini saya tidak nampak Kerajaan berjaya menghalang mereka. Mereka juga disokong oleh Pakatan Pembangkang.

3. PAS yang semakin merosot pengaruh mereka mungkin melakukan apa sahaja untuk mengembalikan sokongan. Keupayaan mereka mengumpulkan ribuan pemuda baru baru ini mungkin memberi mereka ilham untuk bertindak lebih daripada itu.

4. PAS pada 26 Feb ini akan mengadakan perhimpunan orang orang yang gagal membayar hutang PTPTN dan MARA. Mereka mungkin tak mampu atau tidak mahu membayar hutang mereka.
PAS barangkali akan menawarkan mereka pelepasan jika Pakatan memerintah.

Inilah senarionya. Pakatan khasnya Anwar hakikatnya berada dalam keadaan terdesak. Anwar berdepan dengan kemungkinan dipenjara kerana meliwat.

Anwar mungkin akan terlepas sekiranya dapat menguasai negara dan pemerintahan.

Secara peribadi saya melihat Kerajaan amat perlahan dalam menangani isu isu keselamatan. Langkah pencegahan tidak berlaku. Dan saya percaya bahawa akan ada kemungkinan keadaan menjadi bertambah serius dan kerajaan hilang upaya untuk bertindak.


Tuesday, February 22, 2011

RAM KARPAL SINGH TERKEDU

" BAKAL TERSUNGKUR "


SAKSI TIDAK TERPERANGKAP SOALAN POLITIK

Perbicaraan Anwar Ibrahim meliwat Saiful yang diteruskan lagi hari ini dengan jelas menampakkan percubaan peguambela tertuduh , Ram Karpal Singh untuk membina persepsi rakyat bahawa sekali lagi Anwar menjadi mangsa konspirasi.

Soalan yang dikemukakan sebenarnya menuju ke arah membuktikan bahawa

1. Saiful adalah orang yang bersalah, mempunyai ' hubungan ' dengan ramai lelaki dan kelihatan berpotensi untuk dipergunakan.
Contohnya apabila peguambela menyoal kemungkinan Saiful berhubungan dengan 10 lelaki.

2. Saksi adalah seorang yang tidak cukup kelayakan untuk melakukan ujian ke atas Saiful.
Contohnya ialah bilamana peguambela cuba membuktikan ujian DNA yang dibuat tidak mengikut prosedur antarabangsa.

Bagaimanapun sesuatu yang dapat dipastikan ialah Dr Seah Ley Hong adalah seorang profesioanal yang melaksanakan ujian berasaskan kepakarannya tanpa sebarang kepentingan lain.

Keghairahan melampau Ram Karpal Singh akhirnya mengundang padah dan malu yang amat tinggi apabila menyangka bahawa DNA itu semestinya berasaskan air mani.

Ada penulis sedang asyik bertanya bagaimana air mani Saiful boleh masuk ke dalam duburnya sendiri. Ada pula yang menghukum bahawa Saiful telah menakung air maninya dan menyuntiknya ke dalam dubur sendiri.

Demikianlah sebenarnya matlamat barisan peguambela yang diketuai oleh Karpal Singh. Mereka tidak akan membela Anwar kerana mereka tahu Anwar seorang peliwat.

Karpal Singh adalah orang terawal membuat pendedahan ini. Karpal kini sedang berusaha membuktikan bahawa dirinya adalah penipu paling hebat dalam negara kita.

Dalam keghairahan mereka cuba membuktikan teori konspirasi, hari ini Ram Karpal Singh mendapat pengajaran bahawa mereka sebenarnya tidak lagi memiliki aura yang digeruni.