" RAKYAT BAHAGIA BERSAMANYA "
Saya diberitahu bahawa salah satu bahan kempen yang sedang hangat disebar dalam kalangan penganut agama Kristian di Sarawak ialah isu bible.
1. Kitab suci orang Kristian ditahan pengedarannya
2. Kerajaan BN telah melambat lambatkan ' pembebasan bible'
3. Kerajaan BN pandang rendah bible
4. Kerajaan BN halang kebebasan beragama.
Saya sudah menjangka bahawa percetakan bible Bahasa Melayu
tidak dilakukan dengan tujuan yang baik. Tambahan pula ia beberapa kali menggunakan kalimah ALLAH.
Dunia mengetahui begitu juga rakyat Malaysia seluruhnya bahawa
kebebasan beragama di Malaysia adalah sesuatu yang mutlak. Ia
dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Selama lamanya, inilah fahaman kita, amalan kita. Bila isu bible ini
dimainkan maka nampaknya pembangkang cuba melagakan
rakyat yang selama ini hidup aman damai di Sarawak.
Pembangkang yang datang sesekali dari Semenanjung nyata tidak
memahami keadaan di Sarawak. Sarawak antara negeri yang paling banyak pecahan kaum di Malaysia.
Ironinya kita tidak pernah mendengar ada pergaduhan antara kaum yang berlaku. Bahkan saya mendapat tahu ada penjawat
awam dari Semenanjung yang membuat keputusan untuk tinggal tetap di Sarawak.
Saya juga diberitahu bahawa di Sarawak, apa jua perayaan disambut oleh semua rakyat tanpa mengira agama. Hari Raya disambut selama sebulan penuh kerana kemeriahannya dan tetamu yang meraikannya begitu ramai.
Hakikatnya mereka hidup bahagia tidak kira latarbelakang mereka.
Esok DUN akan bubar. Rakyat Sarawak berpeluang menyatakan pendirian. Mari kita pertahankan apa yang ada. Kita tolak
gerombolan pembangkang yang datang melagakan kita dan kemudian mereka hilang entah ke mana..




