Followers

Monday, March 28, 2011

MENGAPA SOLAT HAJAT ?

" BENARKAH MEREKA MENYERAH ?"


MEMBUKTIKAN KERENDAHAN DIRI.

Kita Umat Islam selalu diperingatkan bahawa pada bila bila masa kita adalah hamba ALLAH yang tidak berdaya. Pada bila bila masa kita perlu merendah diri dan menyerah kepadanya.

Tujuan Solat Hajat antara lain ialah apabila kita mahukan sesuatu yang amat kita ingini atau kita mahu menolak sesuatu yang kita bimbangi. Dan lebih penting daripada itu ialah kita wajib melatih diri melakukan penyerahan mutlak kepada ALLAH SWT.

Salah satu adab hamba kepada PENCIPTANYA ialah selepas melakukan
penyerahan, maka redha dan yakinlah akan pertolonganNYA. Apa jua yang berlaku selepas itu, mesti mempunyai hikmah yang tersendiri.

Inilah kerisauan saya. Malam tadi 10 ribu orang diberitakan hadir Majlis Solat Hajat Perdana Anjuran Pakatan Pembangkang di Stadium Malawati termasuk Lim Kit Siang.

Malangnya selepas Solat Hajat, pemimpin Pakatan Pembangkang telah menyampaikan ceramah yang provokatif dan mengandungi unsur menyubur
kebencian yang sangat tinggi.

Unsur penyerahan yang sepatutnya berlaku sebenarnya tidak berlaku. Solat
Hajat hanya perlakuan palsu yang dibuat sebagai membuktikan Anwar tidak
bersalah.

Jika dakwah dikatakan asas ' hubungan dengan DAP', maka saya berpandangan bahawa dakwah ini telah gagal sama sekali. Bahkan saya
berasa bimbang apa yang berlaku menyebabkan orang semakin jauh daripada Islam.


PARIA BUKAN MASALAHNYA..




" API MULA BERNYALA DI SINI "


MASALAHNYA MELAYU..

Barangkali inilah pertama kali sasterawan menerima tamparan paling hebat. Sementelahan pula, sasterawan ini terkenal halus, santun dan sangat berwibawa.


Abdullah Hussein ialah Sasterawan Negara yang menjadi ikutan ramai sasterawan muda. Shahnon Ahmad yang lucah dan kotor tidak menerima tekanan melalui SHIT nya.


Demikianlah Interlok. Api perkauman dan dendam politik menjadikannya hasil seni terpalit noda. Melayu berkubur kerana

dendam golongan minoriti.


Saya percaya apabila Tan Seri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan segalanya telah selesai, beliau memang yakin dan percaya penyelesaian telah berlaku.


Tetapi apabila diberitakan bahawa ada pihak mengedarkan CD kepada pelajar di Kuala Lumpur yang mengandungi hasutan kepada pelajar India, maka saya percaya ia jauh daripada selesai.


Kemudiannya diberitakan pula dua kejadian mencurah asid kepada dua orang guru Melayu oleh remaja India, maka saya per

caya bahawa isu interlok sudah menjadi isu keselamatan yang perlu ditangani.


Selama ini kita orang Melayu selalu diberi amaran agar tidak rasis dan menghormati kepelbagaian, sehingga jiwa orang Melayu men

jadi kecil dan takut maka masanya telah sampai untuk kita merangsang umat Melayu untuk bangkit nyatakan pendirian.


Isu Interlok bukan isu masyarakat India. Ia adalah senjata pertubuhan haram Hindraf yang didukung oleh Pakatan Pembangkang.


Ia tidak boleh ditangani secara politik kerana ia isu keselamatan.

Saya mula melihat ada ancaman terhadap guru Melayu apabila pelajar India dihasut untuk bertindak ganas.


Ini sesuatu yang luar biasa apabila di sekolah benih benci disemai dan disuburkan. Jabatan Pelajaran WP Kuala Lumpur harus bertindak tegas.


Ia belum menjadi bahan berita akibat ' jiwa kecil ' yang saya sebutkan tadi. Kementerian Dalam Negeri, saya yakin akan memberi amaran. Inilah tugas mereka.


Perkara ini tidak akan berhenti di sini. Api sudah mula dinyalakan.Akan sampai satu ketika orang Melayu tidak akan

lagi dapat menahan diri jika asyik diminta beralah dan bersabar.


Thursday, March 24, 2011

NAN YANG SIANG PAU PERANGKAP HADI !!

WAJAH PAS TERSERLAH...

Barangkali bahang pemilihan PAS Jun depan terlalu panas sehingga
PAS akan terburu buru melakukan tindakan. Atau terlalu banyak
' peristiwa' yang menggoncang Pakatan Pembangkang sehingga
Pakatan dilihat sebagai tidak lagi sekata.

Mesyuarat PAS Kawasan Kubang Kerian sebulat suara mencalonkan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS. Ini bermakna Husam Musa pasti tidak akan bertanding jawatan Timbalan.

Cakap cakap dalam PAS menyatakan Husam akan mencabar Haji
Hadi bagi jawatan Presiden. Husam tidak akan bertanding jawatan yang lebih rendah daripada itu kerana ' rasa hebat' yang menyelubungi dirinya.

Ini barangkali merunsingkan Haji Hadi sehingga tidak sempat berfikir bahawa tindakannya meminta Nan Yang Siang Pau memohon maaf adalah tindakan memakan diri.

Nan Yang Siang Pau melaporkan pada minggu lalu bahawa Hadi berjanji akan menghapuskan semua aktiviti perjudian jika dapat menguasai Putrajaya.

Semalam Hadi mengarahkan pegawainya agar meminta Nan Yang Siang Pau segera meminta maaf kerana Haji Hadi tidak pernah berucap demikian.

Serta merta Nan Yang Siang Pau membuat pembetulan dan implikasinya ialah rakyat telah tahu

1. PAS tidak pernah berhajat menghapuskan perjudian. Riuh rendah di Kelantan ialah usaha PAS untuk pulihkan kepercayaan pengundi Melayu sahaja.

2. PAS sangat takut kepada orang Cina. Apa sahaja tindakan PAS sebenarnya bukanlah berasaskan Al Quran dan Hadis seperti yang mereka katakan. Mereka bertindak berasaskan keperluan masyarakat Cina.

Inilah PAS. Mereka semakin kehilangan asas dalam perjuangan. Barangkali itulah sebab mengapa PAS sewajarnya bubar dan bergabung bersama PKR dan DAP..




Wednesday, March 23, 2011

SEGALANYA TELAH SELESAI

" BINTANG YANG TAK PERNAH MALAP "


DEMIKIAN KEHENDAK ALLAH.

Malam ini media menyiarkan sidang media Datuk T yang terpaksa tampil setelah isu video seks Anwar Ibrahim semakin mencetuskan
pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak pula.

Yang menarik gabungan Datuk T ini merangkumi 3 pihak yang seakan saling melengkapi.
1. Rakan baik Anwar Ibrahim
2. Aktivis NGO
3. Bekas pemimpin kerajaan

Sudah tentu akan ada polemik baru hasil pendedahan ini. Bagaimanapun saya cenderung untuk menyeru semua pihak, blogger pro kerajaan, pimpinan parti UMNO/BN, pimpinan NGO untuk menganggap bahawa segalanya telah selesai.

Isu ini bukan lagi isu utama negara sebaliknya ia adalah isu peribadi Anwar Ibrahim. Ada banyak perkara harus dikedepankan.

Perbicaraan liwat Anwar sewajibnya diselesaikan secepat mungkin kerana ia mengambil terlalu banyak masa. Rakyat sudah
bosan dan ada ibu bapa menyembunyikan akhbar kerana sukar
menjawab soalan anak kecil berkaitan LIWAT.

Buletin Utama yang selalu menjadi tontonan keluarga kini tidak lagi ditonton bersama juga kerana isu ini.

Paling penting , perhatian sewajarnya dihalakan ke Sarawak. Rakan rakan kita sedang bertungkus lumus menjayakan tuntutan
demokrasi iaitu pilihanraya negeri.

Kerajaan wajib memenuhi segala tuntutan munasabah kerana mereka juga berhak mendapat apa yang pengundi Tenang, Merlimau dan Kerdau perolehi.

Hukum ' demokrasi ' ialah pemenang merupakan mereka yang mendapat undi terbanyak. Tidak kira apa isu yang timbul, sehebat mana pemidato,ia tetap tidak bermakna jika undi yang diperolehi kurang.

Saya mempunyai gerak rasa yang selalu betul. Saya rasa saudara kita di Sarawak ingin memberikan kemenangan besar kepada BN sebagai tanda kasih kepada Taib Mahmud yang dengan ikhlas mahu berundur.

Ingat lagi kejayaan besar BN dalam PRU 2004 ? Saya percaya pencapaian ketika itu sebahagiannya sebagai tanda kasih kepada Tun Mahathir.

Ini juga akan berlaku di Sarawak, insyaallah. Oleh yang demikian mari kita fokus. Mari kita kembali ke atas landasan. Kadangkala kita fikir kita benar tetapi sesekali kita tersasar. Kembalilah ke pangkal jalan..


Sunday, March 20, 2011

DAKWA DS NAJIB KE MAHKAMAH..


" SENGAJA KERUSI RODA KARPAL DITINGGIKAN BAGI
TUNJUKKAN KERENDAHAN HADI DAN NIK AZIZ "


KARPAL SEBENARNYA MAHU BERPERANG..

Selepas PRU 12, apabila Pakatan Pembangkang berjaya merampas 5 Negeri, suasana sosio politik negara dengan jelas telah berubah.
Orang orang Melayu khasnya yang bersama UMNO nyata terkejut dan kelihatan kehilangan harga diri.

Keadaan ini dipergunakan sepenuhnya oleh cauvinis DAP untuk terus menekan, memperlekeh dan menghina orang Melayu termasuk segala institusi yang hampir dengannya seperti Jabatan Agama, Institusi Raja, Felda, Felcra dan sebagainya.

Cauvinis Cina memperolok Al Quran, menghina masjid dan mengocak isu Ketuanan Melayu sehingga akhirnya orang Melayu sendiri hilang keberanian mempertahankannya.

Cina DAP mendapat kekuatan kerana mereka disokong kuat oleh
oportunis Melayu sendiri yang berada di dalam PAS. Umum menyedari PAS dihimpit masalah kewangan sehingga sanggup memperhambakan diri kepada Cina DAP yang tidak lokek berbelanja.

Manakala PKR pula bergelut dengan masalah moral dan wibawa kepimpinan yang sangat rendah dan tidak bermaruah.

Selepas DS Najib mengambil langkah langkah mengangkat maruah dan harga diri umat Melayu Islam khasnya melalui beberapa Persidangan UMNO di samping keberanian Najib mengangkat Felda, Umat Melayu Islam nampaknya semakin pulih.

Saya menjangkakan Cina DAP menganggap pemulihan ini sangat bahaya kepada usaha mereka MENGUBAH PERLEMBAGAAN, maka
mereka telah menghalakan ' serangan 'mereka tepat kepada
DS Najib yang mereka khuatiri akan memimpin kebangkitan Umat Melayu Islam.

Hari ini Karpal Singh telah cuba membawa Najib ke Mahkamah atas tuduhan menghina mahkamah kerana bercakap tentang isu liwat Anwar Ibrahim. Ironinya, Anwar sentiasa bercakap perkara yang sama di mana sahaja dia berada.

Saya sedang menunggu. Melihat reaksi Umat Melayu. Karpal telah
memalu gendang perang, pemimpin utama kita sedang dihina.

Apakah kita masih lagi mahu bertahan. Kita selesa kerana dianggap bangsa budiman....


BIBLE HANYA ALAT MEREKA


" RAKYAT BAHAGIA BERSAMANYA "



Saya diberitahu bahawa salah satu bahan kempen yang sedang hangat disebar dalam kalangan penganut agama Kristian di Sarawak ialah isu bible.

1. Kitab suci orang Kristian ditahan pengedarannya
2. Kerajaan BN telah melambat lambatkan ' pembebasan bible'
3. Kerajaan BN pandang rendah bible
4. Kerajaan BN halang kebebasan beragama.

Saya sudah menjangka bahawa percetakan bible Bahasa Melayu
tidak dilakukan dengan tujuan yang baik. Tambahan pula ia beberapa kali menggunakan kalimah ALLAH.

Dunia mengetahui begitu juga rakyat Malaysia seluruhnya bahawa
kebebasan beragama di Malaysia adalah sesuatu yang mutlak. Ia
dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Selama lamanya, inilah fahaman kita, amalan kita. Bila isu bible ini
dimainkan maka nampaknya pembangkang cuba melagakan
rakyat yang selama ini hidup aman damai di Sarawak.

Pembangkang yang datang sesekali dari Semenanjung nyata tidak
memahami keadaan di Sarawak. Sarawak antara negeri yang paling banyak pecahan kaum di Malaysia.

Ironinya kita tidak pernah mendengar ada pergaduhan antara kaum yang berlaku. Bahkan saya mendapat tahu ada penjawat
awam dari Semenanjung yang membuat keputusan untuk tinggal tetap di Sarawak.

Saya juga diberitahu bahawa di Sarawak, apa jua perayaan disambut oleh semua rakyat tanpa mengira agama. Hari Raya disambut selama sebulan penuh kerana kemeriahannya dan tetamu yang meraikannya begitu ramai.
Hakikatnya mereka hidup bahagia tidak kira latarbelakang mereka.

Esok DUN akan bubar. Rakyat Sarawak berpeluang menyatakan pendirian. Mari kita pertahankan apa yang ada. Kita tolak
gerombolan pembangkang yang datang melagakan kita dan kemudian mereka hilang entah ke mana..




Friday, March 18, 2011

KARPAL CUBA TOLONG PAS !!!


" TAK PERNAH BERBALAH"

Semalam Karpal Singh telah memberikan amaran keras kepada PAS. Katanya DAP akan menentang mana mana parti komponen Pakatan yang melanggar undang undang dan tidak menghormati kaum lain.

Saya melihat ini adalah sebahagian daripada usaha Karpal untuk membantu PAS yang kelihatan semakin kehilangan sokongan pengundi Melayu Islam.

1. Karpal cuba membuktikan bahawa tindakan PAS menghalang perjudian
adalah melanggar undang undang. Ini bermakna PAS tiada pilihan kerana
undang undang yang diputuskan kerajaan pusat membenarkan perjudian.

2. Karpal ingin membuktikan bahawa PAS benar benar mahu laksanakan Islam
tetapi terdapat halangan daripada Kerajaan Pusat.

3. Perundingan mengenai perkara ini melibatkan hanya Ketua Pemuda DAP.
Ini jadi isu besar kepada PAS dan penyokong mereka. Mereka melihat
DAP memandang rendah PAS Kelantan. Dengan demikian, Karpal terpaksa
campurtangan bagi menukar persepsi tersebut.

4. Kontroversi ini membuka ruang untuk pimpinan PAS bernyawa. Blogger
mereka yang tidak faham melihat ini benar benar ' pertelagahan'. Blogger
yang hilang keyakinan terhadap PAS kembali segar dan yakin.

Hakikatnya ini adalah mainan politik murahan Pakatan. Umum tahu, umat Melayu Islam selamanya tidak boleh dan akan ditangkap jika berjudi, memasuki dan berada dalam premis judi.

Umum tahu kerajaan UMNO/BN sudah melaksanakan undang undang mengharamkan perjudian terhadap orang Melayu Islam dalam apa bentuk sekalipun.

Kerajaan palsu PAS Kelantan sebenarnya mengulang undang undang sedia ada. Yang baru ialah TIADA PREMIS JUDI. Aktiviti judi gelap berlaku dan Kerajaan PAS Kelantan tahu perkara ini.

PAS juga terperangkap kerana telah mengeluarkan 44 lesen arak . Kita tunggu penjelasan mengapa PAS menukar hukum arak ini kepada HALAL jika alasan yang sama diletakkan kepada judi.

Maksudnya TIDAK SAMA SEKALI KEPADA JUDI TETAPI YA KEPADA ARAK.
Sedangkan Islam meletakkan arak dan judi dalam kategori yang sama,bahkan ARAK DIANGGAP IBU MAKSIAT.

Tak mengapalah. Karpal telah membantu PAS dan balasannya, PAS kini sujud di kaki Komunis DAP..