Followers

Wednesday, October 13, 2010

TEORI KONSPIRASI BERULANG


PERBICARAAN ANWAR LIWAT SAIFUL ADALAH RANCANGAN ULANGAN

Saya terkejut besar membaca ' laporan polis Rashid, bekas pegawai khas Anwar Ibrahim '. Saya terkejut kerana Rashid hanya melaporkan bahawa dia dipaksa menandatangani akuan sumpah bagi menafikan Anwar Ibrahim pernah meliwat Saiful.

Saya mendengar tentang Rashid sejak Ezam Mohd Noor kembali ke pangkal jalan. Ezam bercerita tentang Rashid, oarng yang amat Wan Azizah cemburui. Wan Azizah pernah meminta Ezam menghalau Rashid.

Tetapi laporan polis yang dibuat oleh Rashid sebahagiannya menggambarkan
' kebersihan ' hubungan mereka berdua. Rashid hanya membersihkan bilik Anwar, Rashid hanya mengambil makanan di dapur, Rashid hanya menemani Anwar bersenam.

Maka dengan sendirinya ' kisah kasih mereka berdua ' adalah tidak benar. Adalah tidak bermakna aduan Rashid mahupun Rahimi jika sekadar nak mewujudkan elemen baru bahkan ia mungkin mengganggu perbicaraan Anwar Liwat Saiful

Saya menjangkakan bahawa perbicaraan sekali ini akan mengulangi sejarah perbicaraan kali pertama. Perbicaraan kali ini akan sekali lagi menjadi medan peguambela untuk menyuburkan kebencian kepada kerajaan.

Saya yakin peguambela akan berhujah mengaitkan kerajaan yang dipimpin ole DS Najib. Percayalah perbicaraan ini akan berlarutan sehingga PRU 13. Ini adalah bahan yang baik kepada pembangkang. Pembangkang ketiadaan bahan. Kepimpinan DS Najib sukar diburukkan.

Saya jangka peguambela akan bertungkus lumus menggambarkan betapa jahatnya kerajaan yang ada. Selepas mereka berjaya menggugat keyakinan kepada kerajaan, peguambela akan meneruskan perbicaraan dengan niat Anwar akan didapati bersalah dan negara ini akan mereka kuasai.

SETAKAT INI ANWAR IBRAHIM HAMPIR BERJAYA



TANDA TANDA PERBICARAAN AKAN DITANGGUHKAN SEMAKIN JELAS

Tidak kira apa watak yang dimainkan oleh Rahimi Osman, bekas pegawai khas Anwar Ibrahim nampaknya tanda tanda kejayaan untuk menangguhkan perbicaraan kes Anwar liwat Saiful mula kelihatan.

Hari ini kedua dua peguam yang dikatakan memaksa Rahimi menandatangani akuan bersumpah dipanggil oleh pihak polis untuk membantu siasatan. Maknanya siasatan telah bermula.

Selepas ini barisan peguam Anwar akan memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan perbicaraan Anwar liwat Saiful bagi meneliti dan mengkaji unsur baru yang timbul.

Memang wajar sangatlah. Betul tindakan mereka. Mahkamah yang dikatakan tidak adil, bekerja bagi pihak kerajaan akan memenuhi permintaan mereka.
Barangkali bertahun diperlukan untuk menyelesaikan isu baru ini.

Dalam masa yang sama Anwar akan menyusun gerakan baru. Anwar akan pergi ke seluruh negara bagi menyemai prasangka terhadap pentadbiran Najib. Anwar akan berusaha menakut nakutkan para pelabur.

Mahu tidak mahu Najib terpaksa menjawab segala tohmahan yang dibuat. Harapan Anwar ialah tumpuan Najib akan terjejas dan Anwar akan dapat menguasai negara melalui PRU 13 melalui pertolongan PAS dan DAP.

Anwar bukan manusia biasa. Sebab itu ALLAH musnahkan kaum Nabi Lut. Golongan ini amat merbahaya. Anwar akan buat apa sahaja biarpun negara, agama bahkan anak isteri menjadi korban. Bahaya Anwar.

Usahlah terpedaya. Teruskan perbicaraan Anwar Liwat Saiful. Selebihnya ALLAH akan menentukan.

Monday, October 11, 2010

ANWAR IBRAHIM DITEMBAK


PENEMBAK ADALAH ORANG YANG BELIAU KENALI

Anwar Ibrahim adalah seorang yang licik. Sesiapa yang mengenali Anwar tahu selain licik Anwar juga adalah diktator tulen. Bermesyuaratlah, berbincanglah, bermuzakarahlah dan akhirnya terimalah keputusan yang dibuat oleh Anwar.

Umum mengetahui hanya Azmin Ali sahaja yang mampu mengubah keputusan Anwar. Atau hanya Azmin Ali sahaja yang boleh buat keputusan jika Anwar tiada.

Apa yang berlaku menyebabkan timbul protes terhadap Anwar dalam PKR. Mesyuarat Cabang yang huru hara bukan sekadar kerana ghairah individu tertentu terhadap jawatan sebaliknya kerana mereka ingin hancurkan imej PKR yang bermakna kehancuran reputasi Anwar.

Pemimpin PKR yang menawar diri bertanding Timbalan Presiden PKR tidak bertanding semata mata kerana jawatan sebaliknya bertanding bagi menentang Anwar yang menaja Azmin Ali.

Terbaru, tokoh yang tumbang di kampung halaman sendiri, Mustafa Kamil Ayub menawarkan dirinya untuk dibelasah oleh Azmin Ali. Yang menarik , barangkali menyedari nyawanya dalam PKR tidak lama Mustafa Kamil Ayub telah mengeluarkan kenyataan menyindir, menghina dan memperlekeh Anwar dan kaum keluarganya.

Mustafa telah menjadikan PM, DS Najib sebagai alat bilamana mengkritik Najib sebagai berbohong apabila bercakap tentang 1 Malaysia dan pemulihan ekonomi.

Mustafa mengatakan amalan kronisme dan nepotisme yang berlaku menyebabkan pelabur luar tidak yakin untuk melabur di Malaysia.
Siapakah yang mengamalkan nepotisme dan kronisme ? Siapakah yang menjadikan parti sebagai HAK MILIK KELUARGA ? Hanya Anwar Ibrahim menggunakan PKR dan Lim Kit Siang/ Karpal Singh menggunakan DAP?

Para penyokong Anwar yang marah dengan kenyataan Mustafa ini telah merumuskan bahawa Mustafa memang menujukan kemarahannya kepada Anwar.

Bahkan satu pasukan akan diwujudkan bagi mempastikan Mustafa sama sekali tidak mendapat undi dalam pemilihan PKR dan lenyap terus dari lanskap politik negara.

Sunday, October 10, 2010

PAS TAKUT KEPADA ISLAM



RASUAH NIK AZIZ PASTI TERSINGKAP

Seorang pemimpin kanan PAS Kelantan melahirkan kebimbangan tentang peluang PAS mempertahankan DUN Galas dengan alasan ramai pengundi PAS sedang menunaikan ibadah haji.

Memang kebimbangan Haji Fatah Harun ini ada asasnya. Tetapi bukan kerana ramainya pengundi PAS menunaikan fardhu haji tetapi ibadah dan musim haji ini mempunyai banyak makna yang tidak memihak kepada PAS. Ia bukan sahaja kepada pengundi Galas bahkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

UMNO sudah pasti tidak akan menggunakan agama sebagai bahan kempen tetapi dunia mengetahui Malaysia yang diperintah oleh UMNO/BN adalah satu satunya negara dalam dunia yang mempunyai badan khusus untuk membantu umat Islam menunaikan Rukun Islam ke 5 ini.

Lembaga Urusan Tabung Haji ( LUTH ) membantu umat Islam sejak mereka berniat dan mula menabung. Tanpa LUTH bukan mudah penoreh getah, nelayan dan petani untuk menunaikan ibadah ini. Menabunglah kepada Tabung Haji. 10/20 ringgit sebulan pun diterima sementara menunggu anak anak membesar dan menambahkan simpanan.

UMNO/BN tidak pernah menyebut bahawa melalui Tabung Haji , jutaan umat Islam telah dibantu untuk mencapai impian mereka menundukkan wajah, merendah diri di hadapan ALLAH.

Selain itu LUTH juga mendidik dan membimbing jamaah agar dapat melaksanakan ibadah ini dengan tertib dan cara yang betul. UMNO tidak pernah berkempen menggunakan agama kerana UMNO selamanya sedar bahawa Islam ialah untuk diamalkan bukan untuk dijual beli.

PAS yang selamanya beretorik dan bercakap tentang daulah Islamiyah sehingga kini masih gagal walaupun mendirikan sebuah masjid.

Tentunya PAS berasa gusar dan gentar. Musim Haji ini akan mengingatkan kembali rakya kepada ' PAKEJ BERKAT NIK AZIZ YANG BERNILAI 65 RIBU RINGGIT YANG DIHADIAHKAN OLEH SEBUAH SYARIKAT KAUM KERABAT UNTUK MENDAPATKAN KEBERKATANNYA '.
{ Akhirnya tidak jadi apabila rakyat bangkit mempersoalkan }

Rakyat tahu, walaupun UMNO tidak pernah menyebutkan bahawa dengan menerima pakej ini, Nik Aziz telah menghalang 7 orang daripada menunaikan ibadah haji. Bayangkan jika Nik Aziz menyalurkan ' hadiah ini' kepada orang yang memang memerlukan.

Inilah ketakutan PAS, walaupun UMNO tidak akan menggunakannya untuk menang. Rakyat telah tahu dan rakyat amat terkilan.

Musim haji selamanya akan menjadi mimpi ngeri kepada PAS. Dalam masa yang sama ia akan terus menjadi bukti bahawa tanpa slogan, tanpa retorik , UMNO telah bangunkan Islam melalui perancangan dan tindakan yang rapi.

" KEPADA PARA JEMAAH, PERGILAH BERIBADAH, BERDOALAH DI TANAH SUCI AGAR KITA AKAN TERUS BERJUANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR TERCINTA "

Saturday, October 9, 2010

KATA DUA LIGA ARAB

KATA DUA ITU SEBENARNYA ADALAH RAYUAN/RINTIHAN
KEBENARAN NAJIB TERSERLAH

Negara negara Arab yang bersidang baru baru ini memberi kata dua kepada Amerika Syarikat. Mereka memberikan AS tempoh selama sebulan untuk melaksanakan langkah langkah perlu bagi mempastikan rundiangan damai Israel Palestin diteruskan.

Ada beberapa perkara boleh kita pelajari daripada' kata dua' ini. Kata dua ini sebenarnya adalah rayuan, rintihan dan harapan dunia Arab seluruhnya. Mereka mewakili rakyat Arab. Malangnya mereka juga mewakili umat Islam.

Negara negara Arab adalah negara yang kaya. Hasil minyak mereka boleh membeli AS. Tetapi anugerah ALLAH itu tidak mempunyai makna yang besar kepada mereka. Mereka tidak menguasai ilmunya.

Mereka bergantung kepada AS untuk mengeluarkan hasil minyak. Mereka bergantung kepada AS untuk memproses minyak. Mereka bergantung dan barangkali diperdaya oleh AS untuk survival hidup mereka.

Negara Arab juga tidak bersatu. Islam tidak menyatukan mereka. Bahkan sebahagian daripada mereka menjadikan Islam untuk berpecah belah. Mereka menghafal Al Quran. Mereka memahami maknanya. Malang, mereka tidak mengamalkannya.

Inilah kebenaran Najib. Ini juga yang kerap ditekankan oleh Tun Mahathir dulu.Najib sentiasa bercakap tentang keperluan membangunkan diri. Najib sentiasa menyeru kepada pembinaan manusia.

Najib juga mengajak kepada perpaduan dan penyatuan. Najib memang benar apabila bimbang kepada perpecahan. Perpecahan memjadikan kita bangsa yang lemah.

Liga Arab adalah contohnya. Puluhan tahun memberi amaran. Puluhan tahun memberi kata dua.

Puluhan tahun mereka ditindas. Puluhan tahun mereka dihina dan menderita.Puluhan bahkan ratusan kali mereka merayu dan meminta. sedangkan Islam mahu umatnya menjadi umat pemberi.

Marilah belajar daripada pengalaman mereka. ALLAH tidak jadikan sesuatu atau sesuatu peristiwa sia sia melainkan bagi mereka yang tidak mahu berfikir. Mulai sekarang marilah kita jadi bangsa yang berfikir.

PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN


AGAMA TIDAK DIJUAL OLEH ORANG JAHIL.

RAWATAN TERAPI

Bagi sihir, ilmu hitam, saka, santau dan histeria.

AWAS !! Anda sebenarnya telah disihir jika terdapat tanda tanda ini :-

Sukar tidur malam, malas ke tempat kerja, tidak naik pangkat.

- Sakit tulang belakang, tulang rusuk kiri/ kanan tanpa sebab
- Sakit kepala berpanjangan
- Sakit belakang tulang punggung
- Nampak makhluk halus
- Takut takut sebab


DATANGLAH BERAMAI RAMAI

" JIKA ANDA FIKIR WANG LEBIH BERNILAI DARI KESIHATAN DAN KEBAHAGIAN CUBALAH ANDA SAKIT, MALAH PASTI GUNUNG EMAS BUKAN NILAINYA"

RAWATAN ISLAM MENGGUNAKAN KAEDAH ISLAM.

Saudara fikir dan nilailah. Iklan ini tersiar dalam akhbar akhbar. Inilah hasil manipulasi agama yang pasti akan meruntuhkan tamadun. Bersedialah untuk menghadapi masyarakat penuh syak wasangka. Bersedialah untuk menghadapi masyarakat yang berfikir secara mudah dan penuh prasangka sesama sendiri. Bersedialah untuk melihat Islam diperdagangkan dengan harga yang amat rendah.

Atau sudah sampai masa kerajaan bertindak berani, tegas dan jelas. Ambil tindakan segera sebelum keadaan menjadi semakin parah.

Thursday, October 7, 2010

ANWAR SENDIRI TERPAKSA TURUN PADANG

ANWAR HARAP PENDEDAHAN RAHIMI OSMAN DAPAT MELUNTUR KAGUM DUNIA KEPADA NAJIB

Lawatan kerja dan ucapan yang disampaikan oleh DS Najib Tun Razak dalam persidangan persidangan antarabangsa di luar negara sebenarnya merupakan pukulan hebat kepada kumpulan kerja yang dilantik oleh Anwar Ibrahim untuk menghancurkan reputasi Najib.

Kumpulan yang diketuai oleh Raja Petra Kamaruddin ini secara jelas telah gagal mencetuskan ' rasa curiga pemimpin dunia terhadap Najib '. Samada pemimpin negara Islam atau pemimpin Barat telah menilai sendiri ' kerangka kebijaksanaan dan kematangan kelas dunia' yang Najib tampilkan dalam ucapannya.

Bahkan umum mengakui ucapan Najib tentang Islam jauh lebih jelas daripada ucapan pemimpin Islam lain termasuk Anwar Ibrahim sendiri. Selepas Anwar mendakwa penganut minoriti ditindas di Malaysia , Najib bercakap tentang keharmonian antara agama dengan Malaysia sebagai contohnya.

Menyedari bahawa Najib telah mengubah tanggapan negatif terhadap diri dan kepemimpinannya maka Anwar sendiri terpaksa pergi meninjau kesan lawatan Najib dan Anwar telah bertemu dengan rakan rakan lobi yahudinya yang diketahui umum untuk membentuk atau merancang gerakan baru.

Sempena ketiadaan Anwar juga satu ' kejutan baru' telah dibuat dengan tujuan untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat Anwar terhadap Saiful. Memang perancangan amat rapi telah dilakukan supaya Anwar dapat menggunakan pendedahan Rahimi Osman untuk mengaitkan ' teori konspirasi Najib Rosmah' dengan kes liwatnya.

Anwar yang berada bersama rakan rakannya sekarang terpaksa mengarahkan Rahimi untuk tampil sekarang bagi memadam rasa kagum dunia kepada Najib. Sidang media serta merta R Sivarasa, Latheefa Koya dan Saiful Izham mengesahkan teori ini.

Anwar mungkin akan berjaya menangguhkan perbicaraannya tetapi saya yakin Anwar akan gagal meyakinkan dunia bahawa dia di pihak yang betul.