Followers

Tuesday, February 15, 2011

NOTA KECIL KEPADA ISMAIL SABRI YAAKOB

" KERANA ISMAIL SABRI KITA MUNGKIN TERHUKUM "


JANGAN KHIANATI DS NAJIB

Sesuatu yang sangat signifikan bila bercakap tentang DS Najib ialah keperihatinannya terhadap kebajikan rakyat. Susah senang, bahagia derita rakyat termasuk dalam perkiraan penting Najib.

Tetapi hakikatnya, Najib tak boleh menyelesaikan semua perkara secara bersendirian. Atas asas itulah maka Menteri dilantik dan diberi amanah untuk merealisasi harapan Perdana Menteri.

Salah satu Kementerian yang sangat rapat dengan rakyat ialah Kementerian yang dipimpin oleh DS Ismail Sabri Yaakob. Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Saya berpandangan Kementerian ini telah gagal memainkan peranan dengan berkesan. Di peringkat akar umbi, rakyat sedang mengeluh kerana kenaikan harga barang yang amat melampau dan membebankan.

Terkini harga susu pekat manis telah naik sebanyak 20 sen. Harga ikan dan sayur sudah melepasi harga syiling.

Peniaga mengambil peluang menyemai benci rakyat kepada Kerajaan. 100% kerajaan disalahkan kerana kenaikan barangan ini. Rakyat memang terbeban.

Menteri tidak boleh meminta rakyat mengadu. Menteri tahu kenaikan melampau telah berlaku. Menteri tahu rakyat terbeban dan terkesan.

Saya fikir kenaikan ini PASTI ada kesan yang sangat besar terhadap undi kepada UMNO/BN. Peniaga sedang bekerjasama rapat dengan pembangkang sekarang.

Saya tidak nampak ada kaedah lain yang lebih sesuai selain kawal dan tingkatkan penguakuasaan. Saya percaya Menteri telah GAGAL mendokong cita cita Perdana Menteri untuk melihat rakyat gembira.

Menteri mesti memilih dan membuat keputusan. Jika terbukti diri tidak berdaya, berhentilah dengan cara terhormat. Jangan khianati parti dan kerajaan.

Hidup ialah seni membuat keputusan. Jangan kerana seorang, seluruh kerajaan akan terjejas.


Monday, February 14, 2011

ANWAR DAN HADI MELIHAT RASULLULLAH DARI SUDUT UNTUNG RUGI

" INDAHNYA ISLAM "


MEREKA PERKECILKAN MANUSIA AGUNG

Semua manusia dari semua agama, bangsa dan keturunan mengaku dan mengiktiraf bahawa Muhammad bin Abdullah adalah manusia Agung sepanjang zaman.

Yang demikian 12 Rabiulawal disambut dan diraikan oleh umat Islam setiap tahun untuk sentiasa menyuburkan kasih sayang umat Islam terhadap Rasullullah, ajaran dan didikannya.

Malangnya ada yang melihat Rasullullah dengan pendekatan yang amat dangkal dan cuba mendapat untung peribadi daripadanya.

Haji Hadi memberi fokus kepada ' penafian kaum dan menghapus penindasan'. Anwar lebih berani lagi dengan mengaitkan apa yang berlaku terhadapnya setara ujian terhadap para Nabi.

Inti dakwah Rasullullah tidak diperbesarkan kerana mungkin menjejaskan faedah yang ingin mereka perolehi.

1. Pengabdian mutlak terhadap ALLAH tidak disebut kerana wujud kecenderungan untuk membentuk ' kelompok taksub' terhadap mereka.

2. Seruan perpaduan seperti ' penyatuan' Muhajirin dan Ansar tidak ditekankan kerana kebimbangan penyatuan boleh menghalang mereka untuk berkuasa.

3. Penekanan kepada akhlak dan budi pekerti juga tidak disentuh
kerana mereka sendiri sentiasa keras dalam pendekatan.

4. Mereka mengabaikan sama sekali pengorbanan Rasullullah sehingga menolak segala kesenangan dunia, kerana mereka sendiri selesa hidup dalam suasana mewah dan kaya raya.

Demikianlah jadinya apabila kepentingan peribadi mengatasi segala yang lain. Mari kita syukuri nikmat aman dan sejahtera ini,
keamanan dan kesejahteraan membolehkan kita menjalani kehidupan sebagai hamba ALLAH yang bersyukur.


ALLAH TIDAK HANYA CAMPURTANGAN DI MESIR

" SEBAGAI MANUSIA, KITA SEBENARNYA AMAT KECIL DI SISI TUHAN"


NIK AZIZ PERKECIL HAK ALLAH

Mursyidul Am PAS tidak mahu ketinggalan dalam membicarakan kebangkitan rakyat di Mesir yang menyaksikan kejatuhan Hosni Mubarak selepas 30 tahun memerintah.

Nik Aziz memulakan artikelnya dengan ' memaklumkan' bahawa beliau menghabiskan 4 tahun dari usia mudanya menuntut ilmu di bumi para ambiaya' itu.

Bagi orang yang mengakji manusia ' makluman ' Nik Aziz menceritakan sebahagian daripada dirinya yang sebenar. Bagaimanapun saya tidak akan mengulas perkara itu di sini.

Saya sekadar ingin mengingatkan diri saya dan Nik Aziz betapa ALLAH telah campurtangan dalam seluruh urusan kita. Bukan sekadar di Mesir.

Peristiwa di Mesir barangkali ALLAH jadikan sebagai alat untuk kita merenung dan berfikir. ALLAH memberi kita ruang untuk melihat ke dalam diri.

1. Kuasa adalah pinjaman semata mata. Pada bila bila masa ALLAH boleh memberikan kita kuasa dan pada bila bila masa pula ALLAH akan merentap kuasa itu daripada kita.

Inilah ayat yang Nizar Jamaluddin bacakan dalam Persidangan pertama DUN Perak sewaktu Pakatan memerintah. Tetapi malangnya apabila kuasa itu terlepas dari tangan mereka, Nizar terlupa dengan ayat yang dibacanya.

2. Nik Aziz juga sesekali kena berfikir bahawa ' memerintah' Kelantan juga adalah sebahagian dari kehendak ALLAH. Kelantan sewajarnya menjadi contoh teladan kepada negeri lain di Malaysia.

Hakikatnya Nik Aziz telah gagal ' membuktikan' janji dan cakapnya di Kelantan. Nik Aziz tidak berbeza dengan tokoh tokoh lain setelah berkuasa. Kronisme, nepotisme berlaku dengan
meluas di Kelantan. Malangnya di Kelantan ia dihukum ' sunnah'manakala di negeri lain ia dihukum haram.

3. Kemudiannya Nik Aziz telah sentiasa gagal pula meyakinkan rakyat dalam beberapa PRK mutakhir ini. Bahkan semakin merosot sokongan rakyat kepada parti pimpinan Nik Aziz.

Katakan bahawa UMNO/BN bermain kotor, rasuah dan sebagainya. Di atas segalanya, Nik Aziz wajib percaya bahawa di sini juga ada tangan ALLAH bersama sama.

Berfikirlah Nik Aziz. Satu ketika Nik Aziz disegani kawan dan lawan. Akhirnya Nik Aziz menjadi takbur dan bongkak. Mengaku hebat dan istimewa.

Sesiapa pun barangkali tidak menyangka bahawa satu masa Nik Aziz tidak lagi dinilai sebagai tokoh yang dihormati sebaliknya manusia biasa yang ghairah mahukan kuasa.

Bukan UMNO sahaja sedang menarik Nik Aziz turun, tetapi para ahli dan pimpinan Parti PAS juga sedang berjuang menurunkan Nik Aziz. Nik Aziz , yakin dan percayalah, ALLAH berada di mana mana.



Sunday, February 13, 2011

PERTEMUAN 15 FEBRUARI 2011

BERIKAN AKU NYAWA.

Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar paling panas di Malaysia. Beliau adalah seorang pentadbir tulen bukan seorang politikus.

Bilamana beliau dipaksa mentadbir Selangor bagi pihak DAP, beliau menghadapi banyak masalah. Tekanan DAP, desakan rakyat dan asakan UMNO/BN sebenarnya tidak mampu dihadapi oleh Khalid.

Apabila mentadbir tanpa kebolehan, Khalid sebenarnya sedang berada di hujung hayat politiknya. Khalid tidak berupaya merancang untuk Selangor dan dalam masa yang sama gagal pula meneruskan perancangan kerajaan terdahulu.

Justeru, Khalid dan pasukannya pantas mengambil apa jua kesempatan yang ada sebagai talian hayat, mempastikan kelangsungan hidupnya.

Esok, 15 Feb 2011 akan berlangsung perjumpaan bersama pelajar yang baru pulang dari Mesir dan keluarga mereka. Kira kira 2000 anak Selangor telah dibawa pulang akibat kekacauan di Mesir.

Saya menjangkakan Khalid akan

1. Meyakinkan khalayak bahawa usaha kerajaan UMNO/BN membawa pulang pelajar adalah atas desakan Pakatan. Tanpa desakan Pakatan, pelajar ini akan terbiar.

2. Meyakinkan khalayak bahawa sebenarnya Kerajaan UMNO/BN mahu keluarga pelajar menanggung sendiri perbelanjaan pulang para pelajar. Kerana desakan pembangkang maka Kerajaan menanggungnya.

3. Meyakinkan khalayak bahawa bantuan Arab Saudi dan kepantasan pengurusan diplomatik adalah hasil campurtangan Pakatan khasnya Anwar Ibrahim. Tanpanya tak mungkin pelajar ini dapat dibawa pulang.

Banyak lagi yang akan disampaikan oleh Khalid termasuk komitmen Kerajaan Selangor membuka bilik gerakan. Khalid akan cuba sedaya upaya menafikan sumbangan kerajaan pusat.

Dalam masa yang sama Khalid akan buktikan sumbangan Kerajaan Negeri.
Kepada para pelajar dan keluarga yang akan hadir, dengarlah ucapan Khalid. Tetapi percayalah bahawa masalah tidak akan selesai hanya kerana kita pandai berpolitik.

Saturday, February 12, 2011

HAJI HADI SILAP TERUJA..

" SANGGUPKAH MEMPERTARUH MASA DEPAN MEREKA ?



KEJATUHAN MUBARAK DIANGGAP PETANDA BAIK.

Nampaknya pimpinan Pakatan Pembangkang terutama PAS tidak dapat menahan nafsu dan keghairahan dalam meraikan kejatuhan Hosni Mubarak.

Mereka pantas menyangka bahawa pemberontakan yang sama mungkin akan berlaku di Malaysia dan kerajaan UMNO/BN dengan sendirinya akan runtuh menyembah bumi.

Saya ingin mengingatkan bahawa pemberontakan yang berlaku di Tunisia dan Mesir bermula atas penderitaan rakyat. Mereka turun ke jalanan kerana mereka lapar dan kerajaan tidak membantu mereka.

Rakyat Mesir sekian lama terbiar tanpa pembelaan. Mereka tiada apa apa yang ingin dipertahankan. Seperti mereka pemimpin pemberontakan seperti tokoh Ikhwanul Muslimin juga hidup amat sederhana. Sebahagiannya menghabiskan apa yang ada untuk dakwah mereka.

Rakyat melihat teladan yang ditunjukkan. Mereka berkongsi penderitaan. Perjuangan mereka ialah perjuangan ' Mesir seluruhnya'.

Bagimana pula kita. Rakyat pernah bangkit suatu ketika dahulu.Kemudiannya rakyat undur ke belakang kerana mereka sedar tiada idealisme yang mereka perjuangkan. Mereka menjadi alat kepada cita cita Anwar Ibrahim.

Barangkali tidak semua rakyat kaya tetapi dapatkah dibuktikan bahawa begitu ramai rakyat papa kedana?

Pimpinan pembangkang yang mahu menggerakkan pemberontakan sendiri terdiri dari orang yang kaya raya. Anwar Ibrahim sewaktu dalam penjara sempat membina sebuah istana baru yang berharga puluhan juta ringgit. Melaratkan Anwar dan kaum keluarganya?

Dapatkah dinyatakan siapakah pimpinan pembangkang yang hidup susah ? Bahkan mereka sendiri kebanyakannya adalah jutawan.

Mungkin benar Hosni Mubarak tidak peduli kepada rakyat. Di Malaysia Kerajaan UMNO/BN menjaga rakyat sejak dar dalam kandungan hinggalah ke liang lahat. Berbaloikan bangkit memberontak?


Friday, February 11, 2011

ANDA BERMASALAH, PERGILAH KEPADA UMNO

RAKYAT TAK DAPAT DITIPU

AKHIR AKHIR INI UMUM MENYEDARI BETAPA PAKATAN PEMBANGKANG SEDANG MENGHADAPI MASALAH YANG SERIUS.

PIMPINAN DAN AHLI PAKATAN SENDIRI TAHU MEREKA TAK MUNGKIN DAPAT MENERUSKAN HAJAT MENUMBANGKAN UMNO/BN DALAM PRK 13.

PAS SEDANG MENGALAMI PERPECAHAN TAHAP TERTINGGI YANG MENYAKSIKAN HAJI HADI DAN NIK AZIZ MASING MASING SEDANG MENGUMPUL KEKUATAN UNTUK SALING MENJATUHKAN.

PKR SEBENARNYA HANYA TINGGAL NYAWA NYAWA IKAN. BARANGKALI ANWAR MASIH BERASA KUAT KERANA SOKONGAN YAHUDI. TERKINI JHON MALLOT MELONTARKAN KRITIKAN TERHADAP 1 MALAYSIA. MALANGNYA KRITIKANNYA UMPAMA ANJING MENYALAK BUKIT.

DAP TERPAKSA MENGGUNAKAN UGUTAN DAN SAMSENG UNTUK MENUTUP MULUT PENENTANG DALAMAN PARTI. KULASEGARAN TERPAKSA BERDIAM DIRI KERANA ANCAMAN YANG TAK DAPAT BELIAU TOLAK.

DEMIKIANLAH ALLAH MENENTUKAN. ALLAH MEMBERI DAN MEREMPAT KUASA SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA.

ANWAR NAMPAKNYA MULA MEMBERI SIGNAL BETAPA APA YANG BERLAKU DI TUNISIA DAN MESIR MUNGKIN BERLAKU DI MALAYSIA.

BLOGGER PAKATAN SABAN HARI MERANGSANG PEMBACA DENGAN KISAH KISAH DARI MESIR. MEREKA MENGHASUT SECARA SENYAP.

RAKYAT YANG CINTAKAN KEAMANAN DAN PERCAYA KERAJAAN PIMPINAN NAJIB MAMPU MENJAMIN KELANGSUNGAN PEMBANGUNAN NEGARA HARUS MULA BERSUARA.

KITA TAK AKAN BIARKAN NAFSU SERAKAH MANUSIA, MENGGANGGU KERAJAAN MEMPERSIAPKAN MASA DEPAN GEMILANG UNTUK ANAK CUCU.


Wednesday, February 9, 2011

BUKAN PERKARA BIASA

PEMBERSIHAN ETNIK SEDANG BERLAKU

KENYATAAN LEE KUAN YEW. TOHMAHAN JHON MALLOT. PENGUSIRAN PENIAGA MELAYU SEBELUM TEMPOH MASA. ADA LAGI PELBAGAI PERISTIWA LAIN YANG BERLAKU .

SEGALANYA SEAKAN SUSUNAN PLOT SEBUAH CERITA YANG LENGKAP, TERSUSUN DAN DIARAHKAN OLEH PENGARAH BERPENGALAMAN.

APA YANG BERLAKU DI PULAU PINANG BUKAN PERKARA BIASA.
BUMIPUTERA SEDANG DITINDAS OLEH PEMERINTAH YANG ZALIM.
UMAT MELAYU SEDANG DIUSIR DARI KAMPUNG HALAMAN TANPA BELAS KASIHAN.

UMAT MELAYU SEDANG DIHINA DAN DIZALIMI. RUMAH DAN GERAI MEREKA DIROBOH. UMAT MELAYU SEDANG MENJADI UMAT PALESTIN . PEMERINTAH PULAU PINANG SEAKAN YAHUDI.

IRONINYA, TIADA SIAPA MAMPU BERBUAT APA APA. PAS DAN PKR SEDANG GHAIRAH MEMBICARAKAN MESIR. PAS DAN PKR SEDANG BERUSAHA UNTUK MEMBERONTAK DEMI RAKYAT MESIR.

MEREKA SEAKAN DIBUTAKAN . PAS SEAKAN HILANG RASA. PIMPINAN DAN AHLI PAS PULAU PINANG SENDIRI MENGHALALKAN UMAT MELAYU DISIKSA.

DALAM MASA YANG SAMA MEREKA BERJUANG UNTUK RAKYAT MESIR. MEREKA BERJUANG UNTUK MENJATUHKAN MUBARAK. MEREKA BERJUANG PULA UNTUK MEMPERTAHANKAN KOMUNIS DI PULAU PINANG.

TIDAKKAH INI LUARBIASA?