Followers

Wednesday, August 17, 2011

BAZAR RAMADHAN TERAKHIR !

TERDAPAT UNSUR BERTENTANGAN SYARAK..

Ia belum berlaku. Tetapi tidak bermakna ia tak akan berlaku. Bazar Ramadhan mempunyai banyak makna. Ia membuka ruang berniaga yang luas kepada umat Islam. Ia juga membuktikan rakyat kita tidak menderita seperti mana yang didakwa pembangkang.

Jika Bazar Ramadhan boleh menunjukkan kekuasaan Melayu Islam, maka saya tidak akan terperanjat jika selepas ini akan ada fatwa yang mengharamkannya.

Bermula dengan larangan sambutan maulidur rasul hingga kepada nasihat melarang bacaan ayat suci Al Quran menggunakan pembesar suara.

Segalanya ada pertentangan dari segi syarak mengikut ajaran PAS yang mendapat nasihat DAP. Pada zaman Rasullullah tiada disebut Bazar Ramadhan.

Kemudian ia juga mengganggu lalulintas. Ada orang bukan Islam terganggu perjalanan mereka kerana Bazar Ramadhan. Islam menurut PAS sentiasa menjaga keharmonian penganut agama lain.

Didapati juga percampuran lelaki dan perempuan tanpa kawalan. Ini juga bertentangan dengan syarak.

Saya percaya bercampur sedih. Satu ketika Bazar Ramadhan dilarang kerana DAP tidak gembira dengannya...


Tuesday, August 16, 2011

HISHAMUDDIN SUDAH ADA RAKAN BARU ?



Sebelum ini DS Hishamuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri amat dikenali sebagai menteri amaran. Memang sejak mula memegang jawatan Ketua Pemuda lagi Hishamuddin telah mengeluarkan begitu banyak amaran kepada pelbagai pihak.

Setelah menjadi Menteri KDN kecenderungan ini nampaknya berterusan sehingga setiap amaran beliau menjadi tidak berharga. Tidak dipedulikan.

Kini kita telah menemui seorang lagi tokoh yang mula memberi amaran.
Hakim Zabidin Md Diah baru baru ini sekali lagi mengeluarkan amaran keras kepada pasukan pembelaan Anwar Ibrahim agar tidak lagi berhelah bagi menangguhkan perbicaraan.

Perbicaraan ini barangkali paling banyak ditangguhkan dalam sejarah.Rakyat telah bosan dan hilang kerpercayaan. Sistem kehakiman seperti mengikut telunjuk Anwar.

Sekali ini rakyat berharap, mudah mudahan hakim Zabidin tidak menjadi regu kepada Hishamuddin yang diyakini telah tidak mungkin berubah.


Monday, August 15, 2011

JIKA BERTEMU ULAR DAN MUSTAFA ALI, WAJIB MUSTAFA ALI DIPUKUL DULU !


Saya selamanya tidak pernah percaya bahawa PAS berhasrat untuk menegakkan Islam. Jika dilihat keadaan semasa, tidak ada satupun syiar berjaya dibangunkan oleh PAS dalam janji untuk membangunkan Islam.

Tetapi saya tidak menjangka PAS sanggup menggadaikan Islam dengan harga yang amat murah. Kes serbuan JAIS ke sebuah gereja menjadi bukti 'pengkhianatan' PAS terhadap agama.

Terbaru, kenyataan Mustafa Ali hari ini. Katanya usaha menyelamat umat Islam daripada dikristiankan adalah satu perangkap UMNO.

Bahkan Mustafa Ali mendakwa mendapat maklumat daripada dalam JAIS sendiri. Kenyataan ini membawa makna

1. Tidak penting jika ada usaha memurtadkan umat Islam. Murtadlah asalkan PAS mendapat undi.

2. PAS sebaliknya cuba memecahbelahkan JAIS yang dilihat tegas dalam menjaga maruah umat Islam.

3. Di atas usaha jahat Kristian menghina Islam, PAS tetap juga melihat UMNO sebagai musuh utama.

Saya percaya pendirian Mustafa Ali adalah pendirian PAS. Maka yakin dan percayalah selepas ini akan ada usaha menyebarkan agama lain terhadap umat Islam kerana ada PAS sebagai penyokong mereka.


Saturday, August 13, 2011

ANWAR , DAP SILAP BACA !

PERANCANGAN KOTOR TAK MENJADI.

Saya dan barangkali orang lain juga sebenarnya agak bimbang apabila mahkamah membenarkan Anwar Ibrahim dan pasukannya memanggil Perdana Menteri dan isteri untuk ditemubual.

Kebimbangan saya ialah apabila mahkamah nampaknya seakan akan mengikut rentak tari Anwar untuk melengah lengahkan perbicaraan dan dalam masa yang sama mahu mengaibkan DS Najib.

Namun kebimbangan saya semakin reda apabila DS Najib telahpun hadir di mahkamah dan proses yang mereka mahukan telah berlaku.

Saya yakin bukan ini yang Anwar dan peguambelanya ( wakil DAP )
mahukan. Mereka harap DS Najib dan Rosmah tidak hadir. Mereka perlukan bahan untuk digunakan bagi menghadapi PRU 13.

Nampaknya, sehingga kini ia tidak menjadi. Sebaliknya Anwar yang berdepan masalah bilamana begitu ramai tokoh lain yang sebelum ini rapat dengan Anwar menawarkan diri untuk menjadi saksi.

Saya tidak tahu berapa lama lagi permainan ini akan tamat. Yang pasti, semakin lama tertangguh semakin lewat keadilan dapat ditegakkan.


Wednesday, August 10, 2011

PANDUAN AWAL UNTUK DS NAJIB ...

SEWAKTU BERDEPAN KARPAL SINGH.

Ada kemungkinan DS Najib akan hadir sesi temubual dengan barisan pembelaan Anwar Ibrahim dalam kes air mani Anwar didapati berada dalam dubur Saiful.

Sangat penting untuk DS Najib memahami dan menyedari sepenuhnya :-

1. Barisan peguam Anwar adalah antara yang paling luarbiasa di dunia. Mereka bertungkuslumus untuk membela seseorang yang satu ketika mereka sendiri tuduh.

2. Barisan peguam Anwar adalah orang yang meletakkan diri mereka di atas Tuhan. Mereka tiada ketakutan sama sekali.

3. Barisan peguam Anwar tidak berhasrat untuk tegakkan kebenaran sebaliknya mereka mahu tegakkan republik dengan cara menjatuhkan kerajaan sedia ada.

4. Mereka mahu menjadikan sesi ini sebagai alat melonjak persepsi. Mereka hampir berjaya dalam perang persepsi pada tahun 2008 dan mereka mahu mengulanginya lagi.

5. Mereka akan menengking dan mengherdik Datuk Seri dengan tujuan untuk menghina dan memalukan. Jika DS hadir, pastikan DS benar benar bersedia untuk menengking balik.

6. Mereka tampil dengan dendam dan benci. DS hadir dengan kasih kepada agama, bangsa dan tanahair. Pasti mereka tidak akan dapat mencapai matlamat mereka.

Setelah selesai, mari kita bekerja kuat untuk menang besar dalam PRU 13 DS. Jutaan rakyat mengasihi dan berdoa untuk DS. Tanam dalam hati kita, setelah mendapat mandat semula DS wajib menyusun segalanya agar selepas ini kita tidak ditikam oleh tentera kita sendiri.


Monday, August 8, 2011

SISTEM KEHAKIMAN PALING PELIK DI DUNIA ?



Hari ini mahkamah memutuskan untuk membenarkan pihak pembelaan dalam kes Anwar Liwat Saiful memanggil 15 orang saksi termasuk Perdana Menteri dan isteri didengar.

Umum mengetahui inilah masanya pihak pembelaan yang diketuai oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh akan cuba sedaya upaya untuk memalukan tokoh tokoh ini.

Isu sebenarnya ialah ' ada air mani Anwar dalam dubur Saiful' nampaknya telah mula diabaikan bilamana isu baru cuba diwujudkan oleh kumpulan Anwar.

Tidak timbul soal kebenaran lagi dalam isu ini. Yang mahu ditanamkan khasnya sebelum PRU 13 ialah Najib dan Rosmahlah yang merancang segalanya untuk menjatuhkan Anwar.

Maka, saya dan orang lain juga mungkin tertanya tanya. " Apakah peranan mahkamah kita agaknya ".

Adakah mahkamah bertanggungjawab memuaskan hati Anwar yang didukung oleh Majlis Peguam atau menegakkan keadilan bagi Saiful yang menjadi mangsa kepada Anwar ?


Friday, August 5, 2011

MENJUAL TUHAN DI PASAR RAMADHAN !

TUAN IBRAHIM, KHALID IBRAHIM, KHALID SAMAD PEDAGANG AGAMA !

Demikian ALLAH mengaturkan segala sesuatu . Di luar lingkungan pemikiran kita.

Mustafa Ali sewaktu menyebut tentang konspirasi dalaman UMNO mahu menjatuhkan Najib sebenarnya amat bangga kerana dapat menghidupkan namanya yang tidak berharga sama sekali.

Tiba tiba ALLAH takdirkan polemik besar dalam Pakatan yang bermula dengan sebab yang sama sekali tidak munasabah. Tidak mungkin ada manusia Islam yang waras rela saudaranya murtad.

Tiba tiba Tuan Ibrahim Tuan Man, Khalid Samad dan Khalid Ibrahim begitu kecewa kerana Dr Hasan Ali cuba menghalang Kristianisasi.

Tidakkah ini petunjuk ALLAH ? Saya sedang menunggu, apa pula ulasan Nik Aziz Nik Mat yang sedang kerisauan kerana sakit yang tidak diketahui.