Followers

Thursday, February 18, 2010

Pakatan tak pecah, UMNO jangan tidur..

Sekuat manapun digambarkan Pakatan Pembangkang berpecah, saya tetap dengan keyakinan bahawa mereka sebenarnya tidak berpecah. Macam saya pernah sebut, ini adalah wayang mereka untuk :-

1. Mengalih tumpuan rakyat daripada perbicaraan Nuar Brahim( Bayangkan sisa air
mani ada dalam dubur - sapa nak jawab tu? )
2. Mengalih tumpuan rakyat daripada nyanyok Nik Aziz ( Dah tak dapat dikawal )
3. Mengalih tumpuan rakyat daripada pembersihan etnik Melayu di Pulau Pinang.

Saya berpandangan mereka hampir berjaya. UMNO selesa sangat nampaknya. Daftar pengundi baru gagal.( Memalukan ).DAP adalah parti terbanyak daftar pengundi baru. Kemudian UMNO buat pulak pemutihan. Lebih 500 ribu nama ditolak dari daftar ahli.Termasuk yang mati, yang curang dan yang tiada sebab.

Betullah kata Tun Mahathir, UMNO dah tinggal nyawa ikan. Tolonglah UMNO. Sedarlah diri. Ada ramai orang kasih kepada parti termasuk saya. Mana ada parti lain yang boleh jaga Melayu macam UMNO buat. Usah riak. Berpijak di bumi nyata. Sekarang yang sedang mencanak naik adalah kerajaan. Jangan silap, kalau Najib berjayapun , dia berjaya sebagai Perdana Menteri bukan Presiden UMNO . Sebagai Presiden UMNO rasanya Najib tak buat apa apapun lagi.

Pakatan Pembangkang bermasalah, undi bertambah. UMNO selesa tapi merudum. Hati hatilah

No comments: