Maka mediapun melaksanakan tanggungjawab sosial mereka. Membesar besarkan isu kemungkinan UMNO dan PAS bekerjasama. Tahniah kepada media yang beria beria ingin harapan ramai ini terjadi.
Saya melihat bahawa semua ini boleh berlaku jika kepentingan agama, bangsa dan negara dikedepankan. Cuma saya ada beberapa saranan untuk dikongsikan.
1. Usah terlalu mengharapkan kerjasama ini berlaku dengan segera. Elakkan terlalu mengharapkan keadaan menjadi seperti mana yang diperlukan oleh orang Melayu Islam. Keadaan sudah menjadi amat baik sekiranya pertemuan dapat dimulakan dalam masa terdekat.
2. Minimakan perbincangan melalui media. Pertemuan dan persepakatan sesama Islam bukan isu sensasi sebaliknya kewajipan bagi orang Islam. Perbincangan terbuka mungkin mendatangkan pelbagai tafsiran berbeza yang akhirnya mengganggu niat murni ini dilaksanakan.
3. Elakkan terlalu ramai jurucakap. UMNO dan PAS perlu menentukan siapa yang patut dirujuk bagi menyatakan perkembangan semasa. Ini bukan isu peribadi. Ini isu negara. Kelangsungan agama dan bangsa menjadi taruhan.
4. Elakkan campurtangan pihak lain apabila membicarakan sesuatu berkaitan agama dan bangsa kita. Praktis ini digunakan oleh MCA, DAP dan GERAKAN apabila memperjuangkan kepentingan orang Cina.
5. Elakkan sebarang syarat. Rasulullah sendiri sentiasa menekankan ' baik sangka ' sewaktu melatih para sahabat untuk berdakwah dan mengembangkan Islam.
Akhirnya marilah kita berdoa, mudah mudahan usaha baik ini diredhai. Duduklah, berbincanglah demi agama, bangsa dan negara tercinta .
No comments:
Post a Comment