Followers

Sunday, November 28, 2010

ANWAR TELANJANG DI KONGRES PKR

" BAGI ANWAR, KITA ORANG KAMPUNG ADALAH HAMBA YANG HINA "



BELANG SEBENAR TERSERLAH

Saya menyedari betapa bahayanya Anwar Ibrahim kepada agama, bangsa dan negara. Saya menyedari betapa ruginya umat Melayu mempunyai seseorang seperti Anwar Ibrahim

Saya menyedari betapa Anwar tidak pernah memperjuangkan apa apa selain dirinya.

Tapi saya SAMA SEKALI TIDAK MENYANGKA BETAPA HINANYA RAKYAT BAWAHAN KEPADA ANWAR. SAYA TIDAK MENYANGKA PENCUCI LONGKANG, PETANI, PESAWAH, NELAYAN, ORANG KAMPUNG ADALAH HAMBA DI MATA ANWAR.

UCAPAN ANWAR PADA HARI TERAKHIR KONGRES PKR MERUPAKAN PENGHINAAN YANGTIDAK DAPAT DITERIMA. APABILA ANWAR BERTANYA " TUAN KAH PENCUCI LONGKANG ?PENCUCI LONGKANG SENGAJA DISERONOKKAN OLEH UMNO KERANA DIKATAKAN TUAN MELALUI KETUANAN MELAYU "ITULAH YANG DIUCAPKAN OLEH ANWAR IBRAHIM DI HADAPAN UMAT MELAYU KHASNYA.

Benarlah bahawa apa yang dilaungkan selama ini adalah palsu dan retorik kosong. Perjuangan untuk golongan miskin melarat adalah tipu daya Anwar semata mata. Anwar menganggap rakyat bahawan adalah hamba.

Jika saya berpeluang melaung dan menjerit, saya ingin jeritkan ke seluruh negara, kepada umat Melayu khasnya , mari kita bangkit memberontak. Tumbangkan Anwar dan sekutunya yang memandang hina kepada kita.

Mari kembali mengangkat UMNO yang selama ini menjulang rakyat.

Kepada UMNO:- PENCUCI LONGKANG, PENYAPU SAMPAH,PENOREH GETAH,NELAYAN, PENANAM PADI DAN SEMUANYA ADALAH TUAN.

Rakyat bebas melaksanakan kehidupan seperti mana yang mereka inginkan.Rakyat berhak mendapat pendidikan, rakyat berhak mendapat rawatan, rakyat berhak mencapai impian.

Rakyat adalah tuan kepada UMNO khasnya umat Melayu. Jutaan anak Melayu di menara gading adalah anak marhaen daripada ceruk kampung dan desa.

Bukan sedikit pegawai Kumpulan A, usahawan berjaya, jutawan dan karyawan asalnya adalah darah keturunan Melayu kampung yang Anwar hina semalam.

Jangan berpatah hati kerana menjadi pencuci longkang. Jangan kecewa menjadi rakyat biasa. Kepada UMNO, bukan hanya Melayu bahkan rakyat AKAN SENTIASA MENJADI TUAN DI BUMI BERTUAH INI.

Kalau saya mampu menyeru, saya ingin berseru. Ayuh kita bangkit tumbangkan Anwar dan kuncu kuncunya yang dalam HATI DAN JIWA MEREKA TERPALIT ' NAFSU PENJAJAH'.





3 comments:

Anonymous said...

PORRRRAHHHHH

Anonymous said...

aku seorang jaga di syarikat besar skrg dah bersara. tp ankku blajar di luar negara seorg sedang menghadapi spm. walaupun aku kuli UMNO tidak pernah meminggirkan aku sebagai rakyatnya. ankku ke luar negara bersama rakn2 melayu cina india dan pelajar m`sia lainnya. aku bangga walaupun aku UMNO tp aku x prnh meminta2.Alhamdulillah

Gerakan Timur said...

Salam Ziarah,

Mohon sesama link blog masing2 demi Agama, Bangsa dan Negara. Ayuh! sama2 kita humbangkan fuckatan ke lubang kubur!!!

Salam Perjuangan dari Gerakan Timur:

http://gerakantimur.blogspot.com