Followers

Saturday, November 6, 2010

DS NAJIB UZUR, INSYAALLAH ALLAH GUGURKAN DOSA DOSA

" RASA BERSALAH KEPADA UMAT ISLAM MENYEBABKAN NIK AZIZ TIDAK SANGGUP BERTENTANG MATA DENGAN KIT SIANG "


ADA ATAU TIADA, AURA NAJIB TETAP DIRASA

Saya bukan ulamak. Tapi saya sejak kecil diajar bahawa sembahyang hajat hanya untuk kebaikan. Kebaikan diri dan umat Islam. Jika kita dizalimi, berdoalah agar keadilan dan hidayah diberikan kepada kita dan orang yang menzalimi.

Saya selamanya percaya doa dan solat hajat yang dipimpin oleh pimpinan PAS tidak pernah makbul. Memakbulkan doa adalah hak mutlak ALLAH tetapi petandanya ALLAH perlihatkan supaya manusia berfikir.

Untuk Galas PAS juga bersembahyang hajat. Hakikatnya PAS kalah lebih teruk. Mana mungkin ALLAH makbulkan doa orang orang yang zalim. Mana mungkin ALLAH makbulkan doa orang yang menjual agamaNya dengan harga yang rendah.

Apabila Nik Aziz ' dilihat memberi rasuah, ' Apabila Ustaz Abdul Halim mengisytiharkan rasuah itu halal maka dengan jelas ALLAH sedang mendidik mereka dengan HUKUMAN. Mereka menjadi orang yang sangat rendah ' martabatnya' di sisi Islam.

Apabila Nik Aziz ' dicabar' dihadapan penyokong sendiri dan dia tidak berupaya menjawab , maknanya Nik Aziz sedang berada di penghujung zamannya.

Umat Melayu usah bimbang. DS Najib uzur biasa. Sakit akan
' memantapkan kemanusiaan kita'. Dalam masa yang sama ALLAH gugurkan dosa dosa kita seumpama daun kering gugur dari dahannya.

Sewaktu uzur Najib tetap bekerja dan memberi bimbingan kepada jentera. Jentera yang dipimpin oleh TS Muhyiddin mematuhi dan menghargai segala arahan dan bimbingan. Setiap kali Muhyiddin bercakap, nama Najib disebut sebagai tanda hormat.

Apabila menang semua orang menyebut " SALAH SATU FAKTOR KEMENANGAN IALAH NAJIB '. Inilah pemimpin. Ada atau tiada
' AURANYA DIRASA '.

Inilah bezanya Nik Aziz dengan Najib. Tanyalah pimpinan PAS. Semua mengharapkan Nik Aziz tak bercakap kerana setiap kali bercakap Nik Aziz sentiasa silap. Bahkan saya diberitahu lebih ramai pimpinan PAS mengharapkan tiada PENGLIBATAN NIK AZIZ.

BERTAUBATLAH NIK AZIZ. BERTAUBATLAH SEMENTARA PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA.

No comments: