Followers

Tuesday, November 30, 2010

NIZAR JAMALUDDIN SAKIT 2

" PENYAKIT GILA BOLEH MENYERANG BILA BILA MASA "- Gambar hiasan



KEHILANGAN UPAYA MENGENAL DIRI

Seseorang telah bertanya saya apakah pembangkang khasnya di Perak tidak tahu perturan dewan ? Pertanyaan yang baik begini sebenarnya akan membuka ruang kepada perbicangan ilmiah di luar tafsiran politik.

Perbincangan akan lebih tertumpu kepada persoalan kesihatan minda dan emosi yang menjurus kepada tingkah laku manusia.

Manusia dilahirkan dengan 3 unsur utama ( sebagai asas perbincangan mudah ) iaitu kognitif ( minda, pemikiran ),
afektif ( perasaan,kehendak semangat dll) dan psikomotor
( segala perkara berkaitan tindakan fizikal ).

Sebahagian tindakan manusia sebenarnya bermula dengan apa yang digerakkan oleh minda kita khasnya minda bawah sedar kita.
Nizar dan rakan rakannya saya yakin mempunyai impian yang sangat tinggi ( minda bawah sedar )yang berada di luar ' batas realistik ' dan tidak tercapai.

Inilah punca manusia bermasalah. Impian dan kenyataan tidak selaras atau selari. Nizar mengharapkan agar ia terus menjadi Menteri Besar namun realitinya rakyat menolak mereka.

Nizar mengharapkan agar terus berkuasa ' walaupun sebagai boneka' namun ALLAH telah menarik kuasa mereka. Inilah punca menyebabkan Nizar dan rakan rakannya bermasalah.

Saudara rujuklah ke dalam DUN Perak. Mereka seperti orang hilang akal. Sewaktu mereka memerintah, mereka bertindak seperti pembangkang. Sewaktu mereka pembangkang, mereka bertindak seperti kerajaan.

Mereka tahu peraturan, sebab mereka merancang untuk melanggarnya. Mereka cuma tak pandai berbahas sebagai ' Wakil Rakyat '. Mereka tidak pernah berhujah. Yang mereka lakukan ialah membangkang.

Mereka ' lupa mereka wakil rakyat, mereka fikir mereka adalah wakil parti '. Sebab itu Nizar tergamam di dalam dewan. Pembentangan Bajet yang ' bercakap tentang rakyat ' mengejutkan Nizar dan rakan rakannya.

Isu yang timbul semalam tidak akan berlaku jika Kesavan tahu 'DIRINYA'. Kesavan menjadi mangsa rakan rakannya yang sentiasa mengganggu sewaktu jawapan diberikan.

Masa 1 jam sebenarnya cukup untuk menjawab 30 soalan jika tiada gangguan dibuat. Pembangkang menyoal bukan untuk mendengar jawapan tetapi untuk membuktikan Kerajaan Perak gagal menjawab.

Inilah penyakit Nizar dan rakan rakannya. MEREKA HILANG IDENTITI. PENYAKIT INI JIKA TIDAK DIRAWAT AKAN MENIMBULKAN PENYAKIT LAIN YANG LEBIH BAHAYA. BAHKAN MEREKA MUNGKIN MENJADI GILA JIKA KITA GAGAL MEMBANTU.

SAYA CADANGKAN AGAR RAKYAT MENGALAHKAN MEREKA SELURUHNYA DALAM PRU 13 SUPAYA MEREKA JELAS KEDUDUKAN MEREKA SEBAGAI PEMBANGKANG. BIAR MEREKA BELAJAR MENJADI PEMBANGKANG YANG BAIK.

2 comments:

Anonymous said...

NIZAR BEWAK NIE SAWAN BABI

Anonymous said...

Nizar, mati boleh datang dengan tiba-tiba. bertaubatlah sebelum anda menghancurkan bangsa sendiri