Followers

Tuesday, November 9, 2010

PEMIKIRAN PEMUDA PAS DENGAN PEMUDA UMNO SETARA

" TOKOH YANG TAK DAPAT DILETAKKAN HARAPAN "


NEGARA MENGHADAPI MASALAH KETANDUSAN PEMIMPIN PELAPIS

Saya membaca kenyataan Ketua Pemuda PAS di akhbar hari ini. Antara lain Nasruddin Hassan Tantawi menyatakan bahawa Pemuda PAS akan menghantar memorendum kepada Menteri Dalam Negara bagi

1. Mendesak Polis Di Raja Malaysia mempertingkatkan usaha mengesan orang hilang/ termasuk yang lari dari rumah dsb.

2. Menawarkan diri untuk menyertai usaha mengesan dan mencari orang hilang tersebut yang dilihat sebagai masalah negara.

Saya dari satu sudut berasa gembira kerana Pemuda PAS mula melihat dunia dari luar ' perspektif politik kepartian yang sempit '.

Dalam masa yang sama saya berasa gusar kerana dangkalnya pemikiran Nasruddin kerana

1. Orang hilang bukanlah satu masalah utama negara kerana masalah kita yang paling utama ialah penyalahgunaan dadah. Masalah yang tidak pernah selesai dan melibatkan lebih 90% pemuda/ pemudi Melayu Islam.

2. Pemuda PAS sepatutnya melaksanakan usaha usaha mendidik dan mencegah. Bukan menunggu sehingga ' telah berlaku' baru difikirkan cara untuk menyelamat.

Menurut pengetahuan saya, orang yang telah terjebak ' DALAM KANCAH DADAH AMAT SUKAR UNTUK DIPULIHKAN '.

Sama jugalah cara berfikir Nasruddin dengan beberapa orang pemimpin UMNO. Amat berkesan dalam membawa pulang gadis gadis yang dilarikan. Ramai telah dikembalikan kepada keluarga masing masing.

Sedangkan hakikatnya ada ramai anak Melayu Islam ' SEDANG ROSAK DAN KEHILANGAN DIRI' sedangkan kita hanya menunggu kerajaan berbuat sesuatu.

Saya ingin menyeru Pemuda PAS dan Pemuda UMNO, berfikirlah sebagai pemimpin. Jangan kerana nak menyelamatkan 100 orang kita mengabaikan sejuta orang yang lain.

No comments: