Followers

Monday, December 13, 2010

ANWAR SEKALI LAGI TANGGUH PENERBANGAN

" JANGAN PERLEKEH SAYA. SAYA LAKUKANNYA SECARA SEDARRRR.."


DIA PERLU BERSIHKAN DIRI DARIPADA
TUDUHAN MASUK PERANGKAP

Kuala Lumpur - 14 Disember : Datuk Seri Anwar Ibrahim , Bekas Timbalan Perdana Menteri yang sedang menghadapi perbicaraan paling bersejarah di dunia dijangka menangguhkan penerbangannya lari dari tanahair berikutan perkembangan terbaru yang berlaku.

Anwar yang berjaya mencipta rekod menangguhkan perbicaraan puluhan kali dikatakan telah berjaya diperangkap sehingga beliau meneruskan ' tabiat lamanya' meliwat yang akhirnya membawa kepada perbicaraan tersebut.

Menurut sumber yang rapat dengan Anwar beliau akan menjelajah ke seluruh negara bagi membuktikan beliau tidak terperangkap sebaliknya meliwat secara sedar dan sukarela.

Anwar berasa dirinya yang sehebat itu telah diperkecilkan dengan dakwaan berkenaan yang menurutnya menyebabkan rakan rakan hilang hormat kepadanya.

Sekiranya rakyat percaya bahawa Anwar telah ' terperangkap' ada kemungkinan peluang Pakatan untuk menawan Putrajaya akan terjejas.

Anwar juga melihat dakwaan yang dibuat oleh Lee Kuan Yew itu mempunyai 'niat jahat yang tersembunyi' kerana Lee Kuan Yew bimbang pengaruh Anwar akan mengatasi pengaruhnya di dunia.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, sumber ini menyeru mereka untuk hadir ke ceramah perdana Anwar Ibrahim dan mendengar sendiri penjelasan tentang ' ketiadaan perangkap' tersebut.


No comments: