Followers

Friday, December 10, 2010

PARLIMEN INDIA DI MALAYSIA

" DR KUMAR - SUNGAI SIPUT TIDAK SABAR MENGUBAHNYA "



SUNGAI SIPUT HILANG WAJAH

Saya pada awalnya tidak berhasrat menulis perkara ini. Saya khuatir ia akan disalahtafsir oleh pembaca yang membaca artikel saya.

Tapi mana mungkin saya membiarkan suara derita rakyat ini terpendam walaupun yang mengadu kepada saya ialah penyokong tegar pembangkang.

Barangkali ada persamaan antara ' Melayu Sungai Siput' dengan
' Melayu Pulau Pinang '. Mereka sama sama terpesona dengan janji manis pembangkang sehingga sanggup menjadi pekerja parti pembangkang menjelang PRU 12.

Malangnya selepas lebih dua tahun pengundi Sungai Siput bukan sekadar rasa tertipu tetapi rasa amat terhina apabila Ahli Parlimen Sungai Siput hanya memberi tumpuan kepada pengundi India.

Itupun pengundi yang ' telah dipastikan penyokong Pakatan'. Pengundi India yang ' samar' turut termasuk dalam kumpulan terabai.

Haji Salleh Ibrahim, aktivis PAS Felda Lasah mengatakan keadaan sangat berbeza jika dibandingkan dengan zaman Samy Velu di mana bantuan diberikan kepada semua pengundi tanpa mengira bangsa dan kecenderungan politik.

" Saya sendiri pernah bawa seorang ahli PAS mendapatkan bantuan Datuk Samy '" kata Haji Salleh.

Saya cuba mendapatkan maklumat lanjut dan mendapati pandangan sama dikongsi oleh beberapa orang yang saya rujuk.

Seorang penduduk Karai yang tidak mahu namanya disiarkan menyatakan " Kumar ni rajin datang pasar malam di Karai. Dia edar buletin. Tapi dia datang dengan diiringi ' orang orangnya'. Macam body guard. India semua. "

" Samy dulu masuk kampung dengan drebar je. Kita boleh jumpa dia di tepi jalan. Tak payah ada pengawalpun. Orang Sungai Siput bukannya pengganas" , kata seorang penduduk yang lain.

Inilah pandangan pengundi yang teraniaya. Pembangkang bercakap tentang keadilan dan kesaksamaan. Mereka bercakap tentang ' kesamarataan'. Hakikatnya mereka tidak pernah bercakap benar.

Kepada pengundi Sungai Siput. Mari kita belajar dari pengalaman ini. Tidak semua yang indah didengar sebenar baik untuk kita.
Bersyukurlah kerana kita masih ada ruang untuk mengubah keadaan.



1 comment:

UjangRanggi said...

aku ada le sorang kawan dok kat felda lasah ni..bagi makan anak beranak dengan duit kerajaan..sebab dia kerja ngan kerajaan. Sayangnya dia penyokong tegar pembangkang. Siap jadi setiausaha cawangan lagi tu. Dah jenuh aku nasihatkan. aku harap kini dia insaf la..kalau tak kerana Samy Vellu membawa kemajuan, orang pun takut nak datang ke Sg Siput tu..