Followers

Tuesday, December 14, 2010

UMNO PERAK MENUJU PUNCAK

" USAH BIARKAN ZAMBRY SENDIRIAN"


DENGAN SEDIKIT PENAMBAHBAIKAN, PAKATAN AKAN
TERSUNGKUR MENYEMBAH BUMI

Saya adalah pemerhati yang tekun. Walaupun tidak memegang apa apa jawatan di dalam UMNO bahkan tidak pernah mendapat sebarang ' faedah langsung' daripada UMNO, saya mempunyai kepercayaan bahawa UMNO adalah parti keramat.

Agama, bangsa dan tanahair ini akan selamat selagi UMNO diberi kepercayaan oleh rakyat. Inilah yang ALLAH telah takdirkan.Cuma UMNO kena menilai diri. UMNO perlu keluar dari ' kubu selesa' kerana sesuatu yang disangka kubu boleh saja bertukar menjadi penjara.

Sebagai pemerhati saya melihat UMNO Perak sedang bergerak laju dan yakin mendaki puncak. Momentumnya dapat dirasa dengan jelas. Kepimpinan Dr Zambry jadi sebutan rakyat. Rakyat rasa bahagia hidup di Perak.

Syukurnya rakyat Perak telah ALLAH pilih untuk ' merasai ' derita dijajah Pakatan Pembangkang. Perak bertukar menjadi' tegang dan panas '.

Pegawai Kerajaan khasnya di Pejabat Tanah, Pejabat Daerah terasa seperti ' buruh paksa ' yang sentiasa menerima arahan arahan yang mesti serta merta dipatuhi.

Orang kampung rasa ' terancam ' dengan karenah ahli dan pimpinan Pakatan yang tiba tiba menjadi sombong dan bongkak. Rakyat umumnya percaya, janji Pakatan adalah mimpi yang tak mungkin jadi nyata.

Suasana amat membantu UMNO. Sekarang terpulanglah kepada UMNO Negeri untuk memacu pergerakan agar lebih licin dan laju.

Jika pandangan saya diminta , saya ingin menyarankan beberapa perkara untuk difikirkan :-

1. Politik UMNO adalah politik yang amat seni dan indah. Selamanya UMNO mengangkat dan membina. Ketua Cawanganpun berasa ' terlalu penting dan bermakna'. Menjadi Ketua Cawangan adalah pencapaian yang amat tinggi bagi ahli UMNO.

Saya dapati UMNO agak mengabaikan Ketua ketua Cawangan. Mereka dianggap sebagai pekerja bukan pimpinan parti. Kadangkala mereka dilayan seperti kerani.

Apa salahnya jika dirancang satu program' santai ' untuk mereka. Datangkan pimpinan tertinggi parti dari Perak. Hadirkan Menteri Besar yang hakikatnya ada Ketua Cawangan belum dapat berjabat tangan.

Ketua Cawangan adalah kunci kemenangan UMNO. Mereka tidak mahukan apa apa selain perhatian dan penghargaan. Hargailah mereka.

2. Gerakkan Pemuda dan Puteri. Mereka gagal menyaingi Pakatan Pembangkang dalam merapati golongan muda. Terlalu ramai pemuda di kampung, di kilang, di ladang ladang, Mat Rempit, Punk, di IPTA/IPTS.

Saya melihat Pemuda dan Puteri Perak tidak ada program yang benar benar dapat menawan pengundi muda. Program yang diadakan seakan ' biasa biasa ' sahaja sedangkan UMNO umumnya bergerak secara luar biasa.

Saya mendengar ada program latihan dijalankan. Ini sangat bagus untuk bangunkan Pemuda dan Puteri. Tapi tentunya kita ingin bertanya selepas mendapat latihan apakah rancangan susulannya. Berpadakah sekadar mempunyai semangat ? Sedarkan mereka setinggi manapun semangat mereka , mereka hanya dapat memberikan 1 undi kepada UMNO/BN.

Bimbinglah Pemuda/ Puteri supaya sewaktu UMNO hampir ke puncak, mereka tidak tertinggal jauh di kaki gunung.

Keyakinan saya tetap kukuh. Duduklah sebentar, mari kita berfikir apalagi yang boleh dibuat sementara masih ada masa.

Pembangkang sedang sangat bercelaru, mari gunakan kesempatan ini.


3 comments:

Anonymous said...

Dalam kekuatan ada kelemahannya. PAD akan menggunakan SAP tetapi tanpa PAD sedari SAP juga ingin menggunakan PAD untuk menuju sasaran.

Kelemahan inilah yang akan membuatkan matlamat RP tidak akan tercapai! Kalau sekalipun tercapai disebabkan rakyat tersalah kira-kira, pemerintahan RP tidak akan membawa ke petang disebabkan oleh faktor alat-mengalatkan itu tadi.

hik hik

Anonymous said...

Insyallah, kalau tidak ada haral melintang, saya penuh yakin suatu hari Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mustapha Mohammad bakal menjadi sama ada PERDANA MENTERI atau TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Tapi firasat saya mengatakan Datuk Dr. Zambry sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Kepada menteri-menteri yang lain, saya minta maaf.

SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI , MERAHMATI DAN MEMBIMBING MEREKA BERDUA DEMI NEGARA SERTA RAKYAT MALAYSIA YANG TERCINTA INI/

Anonymous said...

Insyallah, kalau tidak ada haral melintang, saya penuh yakin suatu hari Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mustapha Mohammad bakal menjadi sama ada PERDANA MENTERI atau TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Tapi firasat saya mengatakan Datuk Dr. Zambry sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Kepada menteri-menteri yang lain, saya minta maaf.

SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI , MERAHMATI DAN MEMBIMBING MEREKA BERDUA DEMI NEGARA SERTA RAKYAT MALAYSIA YANG TERCINTA INI/