Followers

Sunday, January 16, 2011

CALON SOMBONG DI PRK TENANG?

" MANGSA TERBARU PAS DI TENANG "


CIKGU MALA SINIS DAN SOMBONG?

Pengumuman calon PAS bagi PRK DUN Tenang memeranjatkan ramai orang termasuk penyokong PAS tempatan. Mereka sama sekali tidak menjangka Normala Sudirman diangkat menjadi calon.

Menurut sumber, sebagai guru yang bertugas di Sek Keb LKTP Kemelah, Cikgu Normala memang dikenali oleh pengundi di Tenang.

Malangnya Cikgu Normala dikatakan sebagai seorang yang selalu sinis dengan pelajar dan kadangkala caranya menyinggung perasaan ibu bapa.

Cikgu Normala juga tidak mesra dengan ibu bapa kecuali yang benar benar merupakan aktivis PAS yang terlibat dengan pelbagai aktiviti Muslimat PAS.

Malangnya di Tenang , tidak ramai penggiat parti. Saya deberitahu bahawa jentera PAS akan menghadapi kesukaran untuk berkempen dan merayu undi kerana imej sedia ada Cikgu Normala.

Bagaimanapun ada pandangan mengatakan memang PAS menghadapi kesukaran di Tenang kerana ' tiada ' calon mahu bertanding di kerusi tersebut atas beberapa alasan.

1. Arwah Sulaiman Taha , ADUN BN sebelum ini telah menjalankan perkhidmatan dengan berkesan. Bahkan cara dan pendekatan Sulaiman Taha menjadi sebahagian sebab mengapa PAS tidak aktif di Tenang.

2. Pengundi Cina pula memang cenderung kepada BN kerana hormat mereka terhadap Chua Soi Lek yang merupakan Presiden MCA. Ahli Parlimen Labis yang juga mewakili MCA pula dikatakan rapat dengan pengundi Tenang dan sangat menguasai Bahasa Melayu dan adab budaya Melayu.

PAS tahu mereka akan kalah. Mereka bertanding atas arahan DAP dan PKR. Mereka telah ada calon lain tetapi disimpan untuk dicalonkan dalam PRU 13.

Terimalah kenyataan. Betapa PAS selama lamanya menganggap,wanita adalah alat semata mata.


No comments: