" INSYAALLAH, KEBENARAN AKAN MENANG "
NIKMATI HARI BERTUAH INI SEPENUHNYA..
SEJARAH MASA LALU UMNO/BN MENUNJUKKAN BAHAWA PRK PADA BILA BILA MASA PUN ADALAH HARI MEMANJAKAN PENGUNDI.
PRK BAGI UMNO/BN ADALAH KESEMPATAN MEMARTABATKAN RAKYAT. RAKYAT DIANGKAT DAN DISANJUNG OLEH KERAJAAN UMNO/BN SEJAK DAHULU HINGGA SEKARANG.
KITA TAHU RAKYAT TENANG TERSINGGUNG. PIMPINAN PAS TELAH MENUDUH MEREKA DENGAN PELBAGAI TUDUHAN. MURSYIDUL AM PAS SENDIRI MENUDUH PENGUNDI MELAYU TENANG SEBAGAI JAHILIYYAH.
MAHFUZ MENGATAKAN PENGUNDI SEBAGAI TOTOK, BEKU DAN TAKUT. MAT SABU KATA PENGUNDI TENANG BOLEH DIBELI.
DEMIKIAN MEREKA SELAMA LAMANYA.
KEPADA UMNO PENGUNDILAH SEGALA GALANYA. UMNO MELIHAT SETIAP PENGUNDI ADALAH HARTA YANG AMAT BERHARGA. APALAH UMNO TANPA PENGUNDI.
ESOK, ADALAH HARI PENENTUAN. SAYA YAKIN UMNO AKAN MENANG TETAPI YANG KITA INGINI BUKAN SEKADAR KEMENANGAN.
KITA INGINKAN KEMENANGAN BESAR UNTUK BUKTIKAN BAHAWA PENGUNDI TENANG MATANG DALAM MEMILIH. INI BUKAN PRK BIASA. TENANG JUGA AKAN TUNJUKKAN KEPADA DAP YANG MENDAPAT SOKONGAN KUAT PAP, BAHAWA KITA TELAH LAMA MERDEKA DAN KITA AKAN PERTAHANKAN KEMERDEKAAN INI.
KITA MAHU TUNJUKKAN KEPADA PKR BAHAWA KITA MENOLAK PEMIMPIN YANG SANGGUP MENGGADAIKAN NEGARA. KITA JUGA MENOLAK PEMIMPIN TIDAK BERMARUAH.
KITA TUNJUKKAN KEPADA PAS BAHAWA KITA TIDAK MAHU MELIHAT AGAMA YANG KITA JUNJUNG DIPERDAGANG DENGAN HARGA YANG MURAH.
AKHIRNYA SAYA INGIN MENGINGATKAN BAHAWA ESOK ADALAH HARI YANG HEBAT. RIBUAN PENYOKONG PAS KELANTAN TELAH BERSEDIA UNTUK MENIMBULKAN SUASANA HURU HARA.
USAH LAYAN PROVOKASI MEREKA.
ESOK JUGA AKAN MENYAKSIKAN RATUSAN ANAK MUDA TERUTAMA WANITA AKAN MERAYU SAMBIL MEMFITNAH DAN MENGHASUT.
ABAIKAN MEREKA.
JENTERA UMNO/ BN BERJUANGLAH HINGGA KE SAAT TERAKHIR.PENGORBANAN INI AKAN DIKENANG OLEH ANAK CUCU HINGGA BILA BILA..
SELAMAT MENGUNDI.
1 comment:
SALAM HARAP DAPAT DILINK BLOG KL BOYZ DISINI..PERJALANAN MASIH JAUH BERLIKU LAGI...
http://klboyzwangsa.blogspot.com
Post a Comment