Followers

Thursday, January 6, 2011

IDRIS AHMAD UGUT RAJA ?

" DEMI DAP IDRIS SANGGUP DERHAKA "


KENYATAAN PAS KETERLALUAN

Setelah Kerajaan DAP Selangor mengeluarkan pelbagai kenyataan melampau , angkuh dan derhaka. Setelah umat Melayu bangkit dengan pelbagai puluhan laporan polis, PAS meneruskan agenda DAP dengan kenyataan terbaru yang dibuat oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad.

Artikel yang disiarkan oleh Harakahdaily, bertajuk PERLANTIKAN KHUSRIN KE ARAH MALAYAN UNION.

Gagasan Malayan Union ialah gagasan yang diperkenalkan oleh penjajah Inggeris bagi menghakis dan menghapuskan sama sekali kuasa Raja Raja Melayu.

Gagasan inilah yang kemudiannya menyatukan orang Melayu seluruh Tanah Melayu dan akhirnya membentuk UMNO.

Dari sudut sejarah, orang Melayu terkenal dengan budi bahasa, sikap menghormati dan kesanggupan bertolak ansur. Namun begitu orang Melayu akan bangkit jika ISLAM dicabar atau dicemari dan RAJA RAJA MELAYU digugat.

Malangnya situasi agak berbeza sekarang bilamana orang Melayu sendiri melakukan pencabulan terhadap ISLAM dan INSTITUSI RAJA.

Kenyataan terbaru Idris Ahmad dengan jelas merupakan amaran kepada RAJA RAJA MELAYU, BETAPA PADA BILA BILA MASA SAHAJA INSTITUSI RAJA BOLEH DIHAPUSKAN.

Kepada seluruh umat Melayu, buatlah penilaian, mari kita bangkit dan tolak apa sahaja unsur yang cuba menggugat Perlembagaan negara walaupun ' unsur itu' bertopengkan agama.


1 comment:

Anonymous said...

mangkok ni cakap sedap gigi,ada baca sejarah ke tak, situasi malayan union sangat berbeza dari yang ni, khalid bebal cuma bengang dgn kerajaan persekutuan tapi nak cari gaduh dgn istana, asal malayan union pulak...