KITA NAK TERUSKAN KHIDMAT KEPADA RAKYAT
Ringkas, bersahaja dan padat. Jika wartawan yang bertanya berniat untuk ' mengusik' DS Najib maka usikan wartawan itu tidak menjadi.
Najib sangat objektif. Memang PRU 13 dah dekat. UMNO/BN mahu mendapat mandat baru kerana hanya UMNO/BN sahaja mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Nafikanlah. Buatlah ibarat dan andaian. Tetapi hakikatnya semua pimpinan parti pembangkang termasuk yang cenderung kepada komunis, mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang UMNO/BN berikan.
Sejak dari dalam kandungan ibu hinggalah ke liang lahat, UMNO/BN ada perkhidmatan yang mahu diberikan.
Perkhidmatan terbesar yang UMNO/BN sumbangkan ialah suasana aman , tenteram dan makmur. Semua, ya semua rakyat menikmatinya termasuk yang saban hari ' mengutuk, memfitnah,memperlekeh dan cuba menjatuhkan UMNO/BN.
Bandingkan suasana ini dengan Indonesia, Thailand atau Singapura. Jika kita buat perbandingan dengan fikiran terbuka, maka akuilah tanahair ini adalah syurga bagi kita jika kita berusaha .
Maka wajarlah DS Najib sekali lagi memohon mandat daripada rakyat. DS Najib dan rakan rakannya menawarkan track record pencapaian lalu sebagai petanda bahawa UMNO/BN memang mampu menjaga negara.
Lihat Pulau Pinang di bawah DAP ( Sebagai contoh ). Yang giat dilaksanakan ialah pembersihan etnik. Orang Melayu dan India sedang dihalau keluar. Rakyat tidak bahagia.
Lihat pula Kelantan di bawah PAS. Selepas hampir 20 tahun Kerajaan PAS tidak mampu/tidak mahu mengusahakan bekalan air bersih untuk rakyatnya.
Yang mahu saya paparkan ialah bukan semua kerajaan sama.Ada kerajaan bekerja untuk rakyat, ada pula kerajaan bekerja untuk diri sendiri dan kaum kerabat.
Mari kita sertai DS Najib. Berfikir, bercakap dan bertindak seolah olah PRU 13 sudah sangat hampir. Kerana itu nanti, kita akan berada pada kedudukan sentiasa bersedia.
2 comments:
Memanglah pembangkang tak rasa apa. Lepas ni buat plak jambatan kedua, belanja berbilion-bilion utk DAP penang. Negeri2 yg menyokong BN dan kawasan yg tegar BN banyak sgt kah dapat peruntukan. Saial punya cara, sial punya usaha, jambatan kedua utk pulau pinang....? Utklah tim menteri yg usahakan projek tu. Rakayat penyokong BN di negeri lain meluat beb.
kita sendiri tak sedar ada seorang rakyat Malaysia mngembara seorang diri dar Malaysia ke London menaiki modenas..
mengikuti kisahnya sudah cukup menggambarkan betapa bertuahnya Malaysia.
Pengembara menghadapi masalah di negara2 yg menghadapi ketidakstbilan poltik.. yg menariknya orang luar lebih menghargai pengembarani dan bukan orang yg sepatutnya menghargai. begitu dalam maksud tersirat
Post a Comment