Followers

Wednesday, January 19, 2011

MAKA GENDANGPUN DIPALU

" MEREKA YANG KITA PERJUANGKAN "


PAS TERSENTAK DI TENANG

TELAH PASTI UMNO AKAN DIWAKILI OLEH SEORANG ANAK TEMPATAN. AZAHAR IBRAHIM ADALAH SEORANG PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK ( PTD )YANG JAWATAN TERAKHIRNYA ADALAH PENOLONG PEGAWAI DAERAH.

SEKIRANYA ' ASAS PEMIKIRAN ' PAS DI GALAS DIGUNAPAKAI DI TENANG MAKNANYA PAS TELAH KALAH PRK INI SEBELUM HARI PENGUNDIAN. SEWAKTU DI GALAS, TARAF PENDIDIKAN CALON UMNO YANG ALLAH BERIKAN KEMENANGAN JADI BAHAN KEMPEN PAS.

SAYA TIDAK FIKIR JENTERA UMNO AKAN GUNAKAN KAEDAH YANG SAMA DI TENANG. TIDAK PERLU SEBENARNYA KERANA UMNO MEMPUNYAI TERLALU BANYAK SENJATA YANG BOLEH DIGUNAKAN.

BERBANDING PAS YANG SEHINGGA KINI TIDAK BERUPAYA MEM
BUKTIKAN APA APA TERMASUK SETELAH 20 TAHUN BERKUASA DI
KELANTAN, UMNO TELAH MEMBUKTIKAN KOMITMENNYA KEPADA RAKYAT SEJAK SEBELUM MERDEKA SEHINGGA KINI.

UMNO AKAN MENANG BESAR, INSYAALLAH. JENTERA UMNO MESTI SOLID DAN BERSATU. BEKERJALAH SEAKAN AKAN KITA TIDAK MAHU MEMBERIKAN SATU UNDI PUN KEPADA PAS.

BERUSAHALAH DENGAN GIGIH. JIKA KITA MENANG BESAR KALI INI MAKA DENGAN SENDIRINYA KITA MENOLAK PENYELEWENGAN AGAMA. DENGAN SENDIRINYA KITA MENGHAKIS POLITIK TANPA MORAL. DENGAN SENDIRINYA KITA MENCABUT AKAR KOMUNIS.

INI BUKAN PRK BIASA. BEKERJALAH DENGAN NIAT BERJIHAD. BEKERJALAH DEMI ANAK CUCU YANG KITA KASIHI.

DALAM MASA YANG SAMA TUNDUKLAH KEPADA ALLAH. SERAHKAN DIRI KITA KEPADA ' YANG MAHA PENCIPTA '. JANGAN SESEKALI BERASA TAKBUR WALAUPUN KITA JANGKA CALON PAS AKAN HILANG PERTARUHAN.

BERSERAHLAH KITA. DENGAN BERSERAH MUDAH MUDAHAN KITA AKAN LEBIH DIKASIHI.


1 comment:

Anonymous said...

INSYAALLAH.

SAYA BERADA DI TENANG. WALAUPUN UMNO BELUM MULA TAPI JENTERA PAS DAH MULA BERCEMPERA.

KEBANYAKAN PIMPINAN PAKATAN TERUTAMA DAP DAH TAK KELIHATAN LAGI DI KAWASAN BERHAMPIRAN. ADA HOTEL DI SEGAMAT SAYA DENGAR DIBATALKAN TEMPAHAN.