" DUA SAHABAT "
TAK GAMAK NAK KATA MENGKARUNG, TAPI ITULAH SIFATNYA..
MAKA NIK AZIZPUN MENGELUARKAN KENYATAAN. BARANGKALI ADA ORANG MENASIHATI NIK AZIZ KURANG BERCAKAP. SETIAP CAKAPNYA ADALAH PELURU YANG TERTEMBAK KEPADA PAS SENDIRI.
NIK AZIZ SEBENARNYA BERADA DI PENGHUJUNG. APA SAHAJA YANG DIKATAKANNYA SENTIASA MENGUNDANG KONTROVERSI. PENYOKONG PAS TERMASUK YANG BERILMU, TIDAK BERANI BERHUJAH KERANA TAKUT MEROSAKKAN REPUTASI PARTI.
NYATALAH PERKIRAAN MEREKA IALAH PARTI, BUKAN AGAMA. TERKINI, NIK AZIZ MENYERU BN AGAR MEMBERI NASIHAT KEPADA MCA KHASNYA BERKAITAN ISU AGAMA.
MALANGNYA SEBELUM NIK AZIZ BERSUARA, MUHYIDDIN TERLEBIH DAHULU TELAH MENEGUR CHUA SOI LEK. BN TIDAK TERGANGGU DENGAN KRITIKAN DAN TEGURAN SESAMA SENDIRI.
SEKARANG MARI KITA HALAKAN NASIHAT YANG SAMA KEPADA NIK AZIZ.
1 . TEGURLAH DAP YANG MEMPEROLOKKAN KALIMAH ALLAH. TIMBALAN
NIK AZIZ SENDIRI TELAH MENGELUARKAN FATWA BAHAWA KALIMAH
ALLAH ADALAH HAK MUTLAK ORANG ISLAM.
2. TEGURLAH DAP YANG MEMBACAKAN AYAT SUCI AL QURAN. MEMBACA
AL QURAN ADALAH IBADAH. SYARAT SAH IBADAH ADALAH ISLAM
3. TEGURLAH AHLI PKR BUKAN ISLAM. MEREKA TELAH MEMBERI TAFSIRAN
SENDIRI MENGENAI AL QURAN.
JANGANLAH BERTOPENG NIK AZIZ. ISLAM TIDAK DITURUNKAN UNTUK MEMENUHI NAFSU PAS. ISLAM DITURUNKAN UNTUK SELURUH UMAT MANUSIA DI SEMUA ZAMAN.
PAS IALAH PARTI POLITIK BIASA NIK AZIZ. JANGAN TERPERANGKAP DENGAN TIPU DAYA SYAITAN. JANGAN MULA PERCAYA BAHAWA ' NIK AZIZ ' ITU BEGITU ISTIMEWA. JANGAN BIARKAN ANAK BUAH MEMUJA SEHINGGA DIRI MENJADI MABUK. AKHIRNYA DIRI SENDIRI MENJADI ALPA DAN SESAT.
No comments:
Post a Comment