Followers

Monday, January 10, 2011

SALAM PAK SAMAD SAID

" SESEKALI PAK SAMAD, KITA KENA MELIHAT KE DALAM DIRI "



DI MANA PAK SAMAD SEWAKTU INTERLOK DIBAKAR ?

SAYA SANGAT MENGHORMATI PAK SAMAD SEBAGAI SASTERAWAN.NOVELNYA MENCAPAI TAHAP DUNIA. PUISINYA INDAH. KEHIDUPAN TERGAMBAR DALAM CERITA DAN SAJAKNYA.

SAYA MENYEDARI PAK SAMAD SEORANG PEJUANG. NAMUN AKHIRNYA PAK SAMAD AGAK TERGELINCIR. PAK SAMAD TIDAK LAGI BERJUANG UNTUK MASYARAKAT YANG SELAMA INI DIGAULINYA.

PAK SAMAD LEBIH BANYAK BERJUANG UNTUK DIRINYA SENDIRI.DALAM KAYA PAK SAMAD RASA TERABAI. AKUILAH, PAK SAMAD ADALAH SALAH SEORANG SASTERAWAN TERKAYA DI NEGARA KITA.

KEMUDIAN PAK SAMAD BERUBAH LAGI. PAK SAMAD TIDAK LAGI MELIHAT MANUSIA DENGAN DADA TERBUKA. PAK SAMAD MELIHAT PEMERINTAH SENTIASA SALAH, PEMBANGKANG SENTIASA BENAR.

MAKA PAK SAMAD IKUT SAMA BERDEMONSTRASI. PAK SAMAD IKUT MENENTANG ARUS. PAK SAMAD MENDAPAT ILHAM DARIAPADA PANCUTAN AIR PEDIH DAN GATAL YANG DISEMBUR OLEH PEGAWAI KERAJAAN YANG MULA DIMUSUHINYA.

JELASNYA PAK SAMAD TELAH BERPIHAK. PAK SAMAD MENGIKUT JEJAK SHAHNON AHMAD DAN DINSMAN. MANAKALA PAS , DAP DAN PKR BERASA PAK SAMAD ADALAH ASET UNDI MEREKA.

MEREKA MENGHIMPIT PAK SAMAD SEHINGGA PAK SAMAD RASA DIHARGAI. MEREKA BERSAMA PAK SAMAD SEMASA PAK SAMAD DAH MULA SENANG. PAK SAMAD MELUPAKAN SAHABATNYA SEMASA SUSAH.

SASTERAWAN ADALAH MANUSIA ISTIMEWA. TETAPI MEREKA TIDAK MAKSUM SEHINGGA TAK BOLEH DICUIT ATAU DITEGUR.
SAYA PERCAYA PAK SAMAD DALAM DILEMA.

SAYA INGIN SEKALI BERTANYA- SEWAKTU ' INTERLOK' TULISAN SAHABAT PAK SAMAD DIBAKAR OLEH SEKUMPULAN MANUSIA YANG DIPIMPIN OLEH PAS DAN DAP ( ANTARANYA DR MARIAH MAHMUD DAN M MANOHARAN )TIDAKKAH PAK SAMAD TERASA LUKA ? ATAU ADAKAH PAK SAMAD BERASA INI ADALAH LAMBANG KERAKUSAN DAN KETAMAKAN PIMPINAN UMNO ?


No comments: