Followers

Monday, April 4, 2011

API KESAL BERNYALA DI PARIT BUNTAR

" RASUAH POLITIK DI PARIT BUNTAR "


TIDAK SABAR PERBAIKI KESILAPAN..

Saya menghabiskan hujung minggu saya baru baru ini di Tanjung Piandang, sebuah kawasan dalam Parlimen Parit Buntar. DUN nya pula ialah Titi Serong.

Saya mengambil peluang memerhati dan mengkaji sikap penduduk yang rata rata terdiri daripada petani atau nelayan. Parit Buntar adalah kawasan yang sepenuhnya dikuasai Pakatan Pembangkang

Parlimen : Dr Mujahid Yusuf Rawa
Titi Serong : Khalil Idham Lim Abdullah
Kuala Kurau : Abdul Yunus Jamhari

Dapatan saya ialah hampir semua penduduk menyesal kerana membuat pilihan yang salah dalam PRU 12. Mereka terperangkap dengan pujukan agar mencuba untuk memberikan undi kepada pembangkang supaya Dewan Undangan Negeri mempunyai pembangkang yang kuat.

Bagi orang orang kampung mereka diminta untuk ' hanya mengurangkan undi' calon UMNO, kerana kononnya pengundi Cina tetap akan mengundi calon BN.

Perangkap Pakatan menjadi. Pengundi telah menyebabkan dua orang Wakil Rakyat ' terbaik dalam sejarah mereka' tumbang.

Mohd Sallih Mat Disa atau Cikgu Chop dan Abu Bakar Mat Ali terlalu baik untuk kalah.Pengundi tidak mengira bangsa terpegun, panik dan rasa bersalah.

Mereka silap perkiraan. Mereka tidak menyangka orang sebaik Cikgu Chop dan Abu Bakar boleh kalah. Mereka tidak terfikir orang yang bersama mereka semasa susah, semasa senang boleh tumbang.

Bukan hanya penyokong BN. Bahkan penyokong PAS juga terkejut. Begitu juga penyokong PKR. Mereka juga rasa kehilangan.

Sekarang pengundi Parit Buntar seakan sedang menjalani hukuman Mereka berasa resah gelisah. Dr Idham Lim
( Titi Serong ), Abdul Yunus Jamhari hampir tidak dapat ditemui.

Mereka mendengar dan membaca tentang Dr Idham di dalam Harakah tetapi mereka tidak dapat menemuinya untuk mengadu.

Abdul Yunus dikatakan seakan tidak yakin bahawa beliau adalah YB atau Wakil Rakyat.

Saya melihat pengundi sudah insaf. Memilih kerajaan bukan sesuatu yang boleh dicuba. Memilih pemimpin adalah amanah dan kewajipan.

Sekarang mereka sedang menunggu dengan sabar, masa untuk buat pembetulan..


No comments: