Followers

Friday, April 29, 2011

MCA PERANGKAP DS NAJIB

" MCA ASYIK BEROPERA "



TOLAK JAWATAN KABINET, NEGERI

MCA hari ini membuat keputusan sebulat suara tidak akan menerima sebarang jawatan peringkat Pusat dan Negeri jika parti itu gagal meraih sokongan masyarakat Cina pada pilihanraya umum akan datang.

Sekali pandang ia seakan akan amaran kepada masyarakat Cina bahawa ia akan kehilangan wakil dalam kerajaan jika tidak menyokong BN.

Namun realitinya masyarakat Cina tidak memerlukan wakil dalam kerajaan kerana mereka boleh mendapat apa yang mereka kehendaki walaupun mereka berada dalam DAP.

Saya melihat kenyataan ini sebagai ' amaran dan desakan' kepada DS Najib supaya terus memberikan kerusi untuk ditandingi oleh MCA dalam PRU akan datang.

Hakikatnya selepas PRU 12, MCA tidak melakukan apa apa untuk menarik sokongan masyarakat Cina kepada BN. Saya tidak nampak sebarang usaha dibuat misalnya untuk menabah pengundi baru.

Saya agak bimbang jika MCA diberikan kerusi seperti dahulu, ia seakan akan menghadiahkan kerusi itu untuk dimenangi oleh pembangkang khasnya Cina DAP. Atau memang MCA berniat begitu?

Bagaimanapun sebagai anak Melayu saya mengharapkan agar DS Najib kekal dengan pendirian bahawa calon yang akan diletakkan ialah calon boleh menang, tanpa mengira partinya.

Kelihatan agak jelas, MCA atau GERAKAN nampaknya tidak mampu menang di mana mana...



4 comments:

Anonymous said...

Abai je MCA ni. Tak ada faedah dah kepada BN. Biar dia bersama DAP

Anonymous said...

Saya fikir peluang harus diberi kepada MCA untuk betulkan kesilapannya.

Melayu Pasir Gudang said...

Tak de wakil MCA pun tak pe. sebab sesiapa yang faham perlembagaan UMNO tentu tahu bahawa parti UMNO juga membela bangsa lain, bukan hanya Bangsa Melayu.

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.
3.1
Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
3.2
Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara,
Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.
3.3
Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama
rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.
3.4
Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
3.5
Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
3.6
Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

dankuala.com said...

Melayu Pasir Gudang,

Tahniah. Huraian bijaksana.

Terima kasih.