Followers

Wednesday, June 1, 2011

ANWAR HARAP RAKYAT TAK PERASAN

" MEMBINA NAMA MENGGUNAKAN ANWAR "


USAHA TANGGUH BICARA ...

Nampaknya Anwar Ibrahim mengambil peluang daripada Muktamar PAS yang sedang berlangsung untuk secara sembunyi memohon agar hakim Zabidin Mohd Diah digugurkan daripada menghakimi perbicaraan kes liwatnya beberapa hari sahaja lagi.

Saya percaya bukan tujuan Anwar untuk menukar hakim. Matlamat Anwar ialah agar perbicaraan ' kes air maninya berada dalam dubur Saiful' ditangguhkan. Selama yang boleh.

Sankaran Nair menggunalkan alasan yang sama sewaktu membuat permohonan baru ini. Saya juga percaya Anwar tidak mahu ' permohonan' baru ini menjadi fokus kerana Anwar telah bercakap di seluruh negara bahawa beliau tidak sabar nahu ke mahkamah.

Hakikatnya Anwar sedang dilanda ' ketakutan melampau ' yang gagal dikawal kerana hampir pasti Anwar akan gagal menjawab soalan yang bakal ditimbulkan.

Menurut sumber yang rapat dengan Anwar , keadaan akan makin selesa dan memihak kepadanya jika Mohd Sabu menang Timbalan Presiden PAS, kerana Mohd Sabu akan gunakan kedudukan itu untuk menggerakkan ' pemberontakan besar besaran ' yang dijangka akan melumpuhkan kerajaan.

Permohonan 'penangguhan ' bicara ini dikatakan sebagai alternatif jika Mohd Sabu tewas dalam pemilihan.

Apa pun , hari ini dapat kita lihat betapa terdesak dan cemasnya Anwar.
Barangkali dia sudah dapat menghidu bau bilik lamanya di Sungai Buluh.


No comments: