Followers

Friday, July 8, 2011

TOLONG JANGAN TANGKAP ANWAR IBRAHIM !

BIARPUN IA MENGAMUK DI KUALA LUMPUR !

Kalau saya boleh merayu. Saya ingin merayu. Tolong jangan tangkap Anwar Ibrahim.

Saya tahu beliau akan melanggar perintah mahkamah. Beliau akan provok polis ke tahap luar biasa. Beliau akan menggelar polis sebagai anjing, babi dan bangsat.

Saya mohon pihak polis bersabar. Biarkan Anwar melakukan apa sahaja. Anwar mungkin akan mengupah seseorang atau mana mana kumpulan untuk mencederakan dirinya dan meletakkan kesalahan itu akan diletakkan di bahu polis.

Anwar diperlukan hadir di mahkamah pada 13 hb ini. Beliau akan hadir bersama Wan Azizah. Ini yang rakyat nantikan. Biarlah berjuta pengikut mereka merusuh.

Perbicaraan wajib diteruskan. Kali ini kita akan melihat Wan Azizah berbohong di mahkamah. Biarlah dia berbohong. Rakyat akan menjadi saksi.

Rakyat mahu Anwar datang bersama Wan Azizah dari rumah mereka dengan diiringi para peguam dan penyokong. Sudah terlalu lama rakyat menanti untuk mendengar Wan Azizah berbohong.

Kita mempunyai Tuhan yang sama. Yakinlah, sekali ini Anwar akan tumbang dan tidak akan bangun lagi.

Jasa baik pihak berkuasa dipohon. Tangkaplah siapa sahaja kecuali Anwar Ibrahim. Kita akan menyaksikan kebenaran muncul di mahkamah !


3 comments:

Anonymous said...

Saya dengar anwar telah mengarahkan seseorang agar menembaknya di bahagian kaki supaya kerajaan dilihat benar benar mahu menghapuskannya.

Saya percaya Anwar telah kehilangan hidayah !

Panglima7 said...

setakat bersekongkol dengan Papa gomo....untuk fitnah..pergi mati laa.

dankuala.com said...

Salam Panglima 7,

di mana tuan panglima bersembunyi sewaktu orang yang panglima hasut berhempas pulas lari daripada polis yang tidak mengejar ?