PERJALANAN PANJANG YANG INDAH, MENYAKSIKAN ISLAM TEGAK DI MANA MANA
Semalam saya tidak menulis. Sepanjang hari semalam saya memandu melalui lebuhraya Utara Selatan. Benar benar dari Utara sehingga sampai benar benar di Selatan.
Saya dan keluarga singgah di hampir semua R&R. Berehat, minum sambil memerhati gelagat orang ramai. Kereta tidak banyak tetapi tidak putus putus. Saya dapati kebanyakan kereta jauh lebih baik daripada kereta saya sendiri.
Satu perkara yang pasti , saya boleh sahkan bahawa ' RAJA DI LEBUHRAYA ' adalah kereta keluaran Malaysia. Bukan lajunya tetapi bilangannya.
Inilah projek yang satu masa dahulu amat ditentang oleh PAS dan DAP. Kereta Nasional. Projek Lebuhraya juga pernah menjadi bahan kempen pembangkang untuk meruntuhkan UMNO / BN.
Sepanjang masa saya memandu, saya sentiasa berfikir apa sebenarnya yang pembangkang mahukan sehingga semua perkara menjadi tidak betul kepada mereka.
Akhirnya saya sampai kepada kesimpulan bahawa sebenarnya pembangkang amat takut rakyat hidup bahagia. Pembangkang tak mahu rakyat hidup selesa dan gembira.
Seperti KOMUNIS, pembangkang kita percaya bahawa mereka akan gagal mencapai matlamat jika rakyat hidup seperti sekarang.
DAP, PAS dan PKR berkongsi cita cita yang sama. Porak purandakan rakyat semaksima mungkin.
Mereka tahu mereka tidak mungkin berjaya menumbangkan UMNO/BN jika mereka bercakap benar. Jadi mereka berbohong. Mereka tahu mereka akan kecewa jika bercakap tentang kasih, jadi mereka suburkan kebencian.
Saya ingin menyeru rakyat khasnya yang menyokong pakatan jahat pembangkang. Sesekali memandulah di lebuh raya kita secara tenang. Nikmati keselesaannya. Singgahlah di R&R. Kita tak payah bercakap tentang Islam berdegar degar tetapi lihatlah surau yang disediakan.
Lihatlah bagaimana UMNO/BN tegakkan DAULAH ISLAM dalam setiap diri kita di mana mana sahaja kita berada. Singgahlah bersembahyang. Selain daripada memenuhi FARDHU kita juga berdakwah sambil berehat menghilangkan lelah.
Sampai sekarang saya terfikir, patutlah DAP BENAR BENAR BENCI KEPADA UMNO. RUPANYA UMNO TELAH BERJAYA TEGAKKAN ISLAM DALAM SETIAP PROJEK YANG DIJALANKAN, TANPA BANYAK BICARA.
Alhamdulillah, jika kita benarkan diri kita untuk duduk dan berfikir, insyaallah UMNO akan terus berkuasa untuk menegakkan agama, bangsa dan negara.
Followers
Friday, October 29, 2010
Thursday, October 28, 2010
PENIAGA CINA MULA SERANG KERAJAAN

GERAKAN MEMPASTIKAN KERAJAAN ISLAM PALING BERJAYA DI DUNIA RUNTUH TELAH BERMULA.
Hakikat bahawa Kerajaan Malaysia ialah sebuah Kerajaan Islam diterima umum masyarakat dunia khasnya dunia Islam sehingga kita menjadi rujukan banyak negara .
Hakikat bahawa Malaysia adalah Negara Islam juga adalah sesuatu yang diterima masyarakat dunia. Yang menolak hakikat ini ialah PAS yang sekarang sedang meruntuhkan dasar dan slogan mereka demi memenangi hati DAP yang dengan jelas anti Islam.
DAP juga menentang UMNO secara berhabis habisan kerana faktor agama ISLAM ini. Mereka masih boleh hidup aman, mereka membina kekayaan, mereka boleh melakukan apa sahaja di negara ini walaupun pemerintahan ditunjangi UMNO. Sasaran kebencian mereka ialah ISLAM yang UMNO perjuang dan pertahankan.
Mereka sebenarnya hampir berjaya. Mereka dibantu oleh PAS dan PKR. Sekarang mereka sedang menggunakan kuasa peniaga mereka. Di Perak, bekalan ikan dan sayur telah sangat sukar didapati di pasar pasar. Ini adalah keperluan harian rakyat.
Selepas Kerajaan Pakatan tumbang harga ikan dan sayur dan semua ( SEMUA )barangan keperluan seperti susu, milo, tepung, gula dan lain lain naik mendadak.
Saya percaya tidak lama lagi bekalan ikan dan sayur akan pulih seperti biasa tetapi harga pasti akan naik lebih tinggi. Saya percaya kenaikan ini sengaja dibuat supaya rakyat menjadi marah.
Kemudian Pakatan Pembangkang akan berkempen di kampung kampung menyatakan bahawa kenaikan ini adalah kerana Kerajaan Barisan Nasional ingin menggunakan wang yang banyak untuk membayar hutang.
Kerajaan akan digambarkan sebagai zalim, kejam kepada rakyat.
Maka harapan mereka kebencian rakyat akan memuncak dan kerajaan dapat ditumbangkan melalui PRU 13.
Saya tidak nampak ada usaha Kementerian dan Jabatan berkaitan menangani masalah ini. Menteri akan menafikan kenaikan kerana kenaikan harga tidak pernah diwartakan.
Sekiranya kita gagal mencari penyelesaian , saya bimbang akhirnya kita berasa seperti berada di zon selamat sedangkan hakikatnya kita sedang menuju keruntuhan.
Tuesday, October 26, 2010
PAKATAN PEMBANGKANG GUNA PENDEKATAN PERKAUMAN
PERTEMBUNGAN SEBENAR IALAH SATU LAWAN SATU SATU
Calon BN , Linda Tsen Thau Lin sebenarnya tidak berhadapan dengan dua orang lawan. Beliau hanya ditentang oleh dua orang calon Pakatan Pembangkang yang hakikatnya bergabung.
Yong Teck Lee adalah alat DS Anwar Ibrahim. Beliau bertanding atas arahan Anwar. Merujuk kepada taburan pengundi, 59 % adalah pengundi Melayu dan Bumiputera Islam. Manakala hampir 40% adalah pengundi Cina.
Anwar menjangkakan dengan meletakkan Ansari Abdullah yang mempunyai
' penampilan Islam' mereka akan dapat sekurang kurangnya 50% undi pengundi Islam. Di sinilah Yong Teck Lee berperanan untuk memecahkan undi pengundi Cina.
Saya difahamkan ' kempen senyap' pembangkang ialah penyebaran fatwa orang Islam wajib memilih pemimpin daripada kalangan orang Islam juga. Haram hukumnya bagi orang Islam mengundi calon bukan Islam.
Inilah ' WAJAH SEBENAR ' orang yang mengaku anti rasis, anti perkauman. Hakikatnya apa sahaja yang dibuat adalah berdasarkan kepentingan sendiri manakala kepentingan negara diabaikan.
Bagaimanapun, sumber yang boleh dipercayai melaporkan bahawa pendekatan
' mesra rakyat' selama ini khasnya pada era DS Najib telah membolehkan rakyat membuat pilihan yang tepat demi negara tercinta amnya dan pembangunan Sabah khasnya.
Monday, October 25, 2010
HUJAH KOMUNIS BERGEMA DI PULAU PINANG

" LIHATLAH BETAPA BANGGANYA GUAN ENG MENDENGAR ANWAR DAN HAJI HADI MEMPERLEKEH NAJIB YANG KINI MERUPAKAN IKON ORANG MELAYU SELAIN TUN MAHATHIR "
ANWAR IBRAHIM BERCAKAP BAGI PIHAK KOMUNIS DI PULAU MUTIARA - DENGAN SAMBUTAN PENUH MERIAH DAP
( HISHAMUDDIN KENA BERI PERHATIAN SERIUS SESUAI DENGAN JANJI BELIAU DI PERSIDANGAN UMNO )
Butterworth - 25 OKT : Pakatan Rakyat ( Disebut Pakatan Pembangkang ) tidak akan mengubah apa apa peruntukan Perlembagaan. Perkara 152 dan 153 dalam Perlembagaan memang tidak boleh diubah samada oleh UMNO/BN atau Pakatan Rakyat ( Disebut Pakatan Pembangkang ).
Kenyataan ini adalah lahir daripada Anwar Ibrahim sewaktu ceramah politik di Pulau Pinang yang dianjurkan dan dijayakan dengan jayanya oleh DAP di bawah pimpinan Al Fadzil Ustaz Lim Guan Eng.
Sejak UMNO bersidang dan DS Najib menyampaikan Ucapan Dasar hinggalah tamat persidangan dengan Ucapan Penggulungan DS Najib, jelas Pakatan Pembangkang amat cemas, gementar dan takut. Pelbagai program diatur dengan segera bagi ' memutar belitkan secara ekstem ucapan perwakilan dan pemimpin UMNO '.
Bahkan ada ahli PAS mengugut salah seorang jurucakap UMNO yang mengkritik Nik Aziz dengan kenyataan " Tidakkah beliau tahu betapa rapatnya Nik Aziz dengan Tuanku Sultan ?"
Saya ingin mengajak pembaca meneliti intipati ucapan Anwar yang pada pandangan saya mempunyai ' PENGARUH KOMUNISME MENEBAL 'yang amat bahaya dan perlu diberikan perhatian serius oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri ( KDN ) yang berikrar akan mempertahankan PUTRAJAYA.
1. Anwar banyak kali secara jelas mengungkapkan ' KUASA RAKYAT '.
Inilah modal yang digunakan oleh Parti Komunis sewaktu meruntuhkan Sistem Beraja di China dan inilah juga bahan yang digunakan oleh Bintang Tiga di Tanah Melayu.
UMNO juga ada menggunakan perkataan yang sama tetapi dengan jelas bagi kegunaan menolak politik fitnah dan kebencian. Manakala Anwar menungkapkannya selepas ' mengulas isu perlembagaan' yang sebelum ini banyak kali dipersoalkan termasuk oleh Nurul Izzah, anak beliau yang juga pesaing Azmin Ali.
2. Anwar juga menyebut tentang dana memperbaiki rumah PM yang dikatakan sepatutnya digunakan bagi membantu rakyat. Ini jelas ' menyemai kebencian rakyat miskin terhadap pemerintah'. Juga antara kaedah utama yang digunakan oleh Komunis.
3. Anwar turut menyentuh pelan pembangunan tanah perkuburan berhampiran Tugu Negara yang saya tahu Anwar bimbang akan sentiasa mengingatkan rakyat khasnya kepada perjuangan menentang Komunis, yang banyak mengorbankan pejuang pejuang Askar Melayu.
Inilah fokus pidato Anwar yang sentiasa diiringi tepukan gemuruh pemimpin dan ahli DAP. Barangkali tercapailah niat mereka, menjadikan TOKOH MELAYU sebagai agen penyebar dakyah mereka.
Sunday, October 24, 2010
TAHNIAH RAKYAT GUA MUSANG
INI MASA MEMBUAT KEPUTUSAN
180 Juta untuk Projek Perumahan Rakyat.
Pengumuman Timbalan Perdana Menteri tentang peruntukan 180 juta bagi Projek Perumahan Rakyat memang ditunggu tunggu. Saya sangat bersyukur kerana pengumuman ini dengan sendirinya menolak tohmahan pembangkang bahawa kerajaan hanya memberikan peruntukan ' segera ' kepada masyarakat atau pengundi Cina sahaja.
Sebaik sahaja bekas ADUN Galas meninggal dunia inilah antara isu yang dilemparkan di Galas. " Jangan haraplah akan ada peruntukan untuk pengundi Melayu, pengundi Cina juga yang untung ".Inilah cakap cakap pimpinan PAS.
Pengumuman TPM adalah mimpi ngeri kepada PAS. Terkini PAS menghebahkan pula projek ini adalah rasuah BN. Rakyat diminta tidak terpengaruh dengan rasuah ini.
Encik Saufi Mohd Ali, seorang penduduk Gua Musang menyatakan
" Lebih baik menjanjikan sesuatu yang boleh diberikan berbanding PAS yang menjanjikan syurga yang dia sendiri belum pasti boleh dapat ".
Maklumat terkini yang saya terima memaklumkan bahawa PAS akan menggunakan sepenuhnya pengaruh Nik Aziz dalam kempen mereka termasuk dengan mengugut Nik Aziz akan meletakkan jawatan sekiranya PAS kalah di Galas.
Bagaimanapun pendekatan ini memakan diri kerana ia menyebabkan jentera PAS menjadi kurang berkesan akibat ada individu dalam PAS Kelantan memang mahu Nik Aziz berundur.
Apa yang penting ialah jentera BN mesti mengekalkan momentum sedia ada yang dikatakan jarang berlaku dalam pilihanraya kecil sebelum ini. Sepakat, bersatu dan nampak amat bersungguh sungguh.
180 Juta untuk Projek Perumahan Rakyat.
Pengumuman Timbalan Perdana Menteri tentang peruntukan 180 juta bagi Projek Perumahan Rakyat memang ditunggu tunggu. Saya sangat bersyukur kerana pengumuman ini dengan sendirinya menolak tohmahan pembangkang bahawa kerajaan hanya memberikan peruntukan ' segera ' kepada masyarakat atau pengundi Cina sahaja.
Sebaik sahaja bekas ADUN Galas meninggal dunia inilah antara isu yang dilemparkan di Galas. " Jangan haraplah akan ada peruntukan untuk pengundi Melayu, pengundi Cina juga yang untung ".Inilah cakap cakap pimpinan PAS.
Pengumuman TPM adalah mimpi ngeri kepada PAS. Terkini PAS menghebahkan pula projek ini adalah rasuah BN. Rakyat diminta tidak terpengaruh dengan rasuah ini.
Encik Saufi Mohd Ali, seorang penduduk Gua Musang menyatakan
" Lebih baik menjanjikan sesuatu yang boleh diberikan berbanding PAS yang menjanjikan syurga yang dia sendiri belum pasti boleh dapat ".
Maklumat terkini yang saya terima memaklumkan bahawa PAS akan menggunakan sepenuhnya pengaruh Nik Aziz dalam kempen mereka termasuk dengan mengugut Nik Aziz akan meletakkan jawatan sekiranya PAS kalah di Galas.
Bagaimanapun pendekatan ini memakan diri kerana ia menyebabkan jentera PAS menjadi kurang berkesan akibat ada individu dalam PAS Kelantan memang mahu Nik Aziz berundur.
Apa yang penting ialah jentera BN mesti mengekalkan momentum sedia ada yang dikatakan jarang berlaku dalam pilihanraya kecil sebelum ini. Sepakat, bersatu dan nampak amat bersungguh sungguh.
UMNO JUGA KENA MENGUASAI KERAJAAN
PEGAWAI KERAJAAN SABOTAJ UMNO PRU 12
Saya dan seluruh rakyat berasa bangga dengan azam dan iltizam pemimpin dan ahli UMNO untuk melakukan perubahan. Tentunya kita berasa bangga apabila menyedari bahawa selepas ini pemimpin UMNO akan pergi kepada rakyat, merasai denyut nadinya, membantu mengatasi kesukaran kesukarannya.
Pesanan Presiden, UMNO mesti menyatakan apa yang kita lakukan. Dasar kerajaan adalah dasar yang ditunjangi UMNO. Bagaimanapun ada di antara dasar kerajaan yang tidak disedari oleh rakyat kerana pegawai kerajaan tidak pernah menyatakannya.
Biasiswa sebenarnya masih lagi diberikan oleh kerajaan. Jutaan pelajar di luar bandar masih menikmati biasiswa. Satu ketika ada bantuan pakaian seragam unit berunifom diberikan. Tetapi pernahkah Ketua Pengarah Pelajaran mengarahkan pengetua sekolah mengumumkannya?
Selain itu Jabatan Kebajikan Masyarakat mengeluarkan jutaan ringgit sebulan sebagai bantuan kepada fakir miskin, ini juga tidak pernah menjadi bahan berita.
Satu perkara yang sedang berlaku sekarang yang mungkin tidak diketahui oleh pihak pemerintah ialah kenaikan harga barang yang berleluasa. Pegawai ' penguatkuasa' sama ada sengaja atau tidak telah me,biarkan perkara ini berlaku. Malangnya kerajaan dituduh menaikkan harga barangan.
Harga ikan dan sayur sayuran naik melambung. Muslimat PAS mengatakan kenaikan ini adalah kerana Menteri memaksa penggunaan kotak biru ( Menteri dikatakan memiliki kilang kotak ini ).
Orang orang kampung tidak betah membicara dasar kerajaan atau perlakuan liwat Anwar Ibrahim tetapi sangat terkesan dengan perkara yang mereka alami sehari hari.
Kesimpulannya, berubahlah sebagai sebuah parti dan dalam masa yang sama jangan malu untuk menguasai kerajaan yang kita menjadi tunjangnya.
Saturday, October 23, 2010
PENGGULUNGAN LEBIH JELAS DAN TEGAS

NAIB PRESIDEN LEBIH SERIUS DAN FOKUS
Saya berasa amat lega dan bersyukur selepas ketiga tiga Naib Presiden selesai menggulung perbahasan dalam Persidangan Agung UMNO kali ini.
Saya memang tidak berharap apa apa daripada Ketua Pemuda, Ketua Puteri atau Ketua Wanita. Saya mengikuti ucapan dasar masing masing dan saya memang menjangkakan bentuk ucapan penggulungan mereka.
Jika ada yang mengatakan bahawa buat masa ini hanya Wanita yang berfungsi dengan berkesan, saya terima pandangan ini. Pemuda dan Puteri masih gagal ' menghayati makna perjuangan politik sepenuhnya'. Belum lagi.
Dalam masa kita mengakui peranan Wanita dalam mendapatkan undi, kita turut keliru dengan pendekatan ' imansipasi' Shahrizat .
Biarkanlah Shahrizat memperolehi rentak dan dalam masa yang sama Jentera Jalinan Rakyat tidak berhenti bergerak.
Yang paling melegakan saya ialah Naib Presiden amat serius kali ini. Tahun lalu menyaksikan Naib Presiden bersaing dalam lawak jenaka, tetapi hari ini mereka melontarkan pemikiran, mereka menampilkan tugasan.
Hari ini Naib Presiden memang bercakap selaras dengan Timbalan dan Presiden. Timbalan meletakkan dirinya di atas landasan yang betul. Manakala tiada sesiapapun dapat menolak' keberkesanan' amanat Presiden.
Paling penting selepas ini, ialah menyusun kerja. UMNO tidak akan menang dengan semangat yang berkobar kobar. UMNO akan menang dengan undi yang diperolehi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
