Followers

Saturday, November 6, 2010

KHAIRY WAJAR BELAJAR

" RAKYAT TIDAK PEDULI KEMEWAHAN KITA "


UMNO/ BN TIDAK AKAN MENANG HANYA KERANA KELIHATAN HEBAT.

Dalam pada kita bersyukur kerana ALLAH berikan kemenangan di Galas dan Batu Sapi, kita juga kena bermuhasabah dan melihat ke dalam diri. Kita adalah parti yang berjasa. Kita banyak pengalaman.
Dalam ' taburan jasa itu' kita dihukum pada PRU 12.

Kita menang di Galas dan Batu Sapi sebahagiannya kerana
" KETOKOHAN NAJIB". Sikap rendah diri, tawadduk dan kesungguhannya merasai denyut nadi rakyat benar benar memikat.
Najib tidak ' kelihatan' seperti ANAK PERDANA MENTERI. Najib seperti pemimpin yang naik dari bawah secara beransur ansur.
Sewaktu Najib bersimpuh bermain congkak di Kampung Baru, Najib kelihatan seperti ' lelaki biasa' yang melayani jiran tetangga.

Sewaktu Najib melawat Pudu Raya dan Brickfields Najib benar benar kelihatan seperti seorang pekerja yang sedang melaksanakan kerjanya.

Inilah yang perlu dipelajari oleh Khairy Jamaluddin dan rakan rakan pemimpin Pemudanya. Kelihatanlah seperti orang biasa. Usah lagi masuk ke kampung dengan ' konvoi kereta mewah' seperti yang berlaku sebelum PRU 12.

Usah lagi memakai uniform dan kelihatan ' gah dan garang'. Jadi orang biasa yang ' terampil ' dengan ilmu pengetahuan. Rendah diri tinggi pekerti.

Rakyat tidak peduli dengan kereta besar kita. Anak anak kampung ada yang jauh lebih mewah kesan sistem pendidikan negara dan peluang yang kerajaan sediakan.

Usah ada pemikiran bahawa ' aku perlu kelihatan hebat'. Belajarlah daripada pengalaman di Galas dan Batu Sapi. Abdul Aziz ' sangat biasa' orangnya berbanding Dr Zulkifli tetapi akhirnya rakyat memilih orang biasa menjadi pemimpin mereka.

Khairy dan rakan rakan sehingga sekarang BELUM MULA mendaftar pengundi baru. 4 juta adalah undi yang boleh mengangkat UMNO atau meruntuhkan UMNO.

Bergeraklah sekarang. Belajar daripada Najib. Ular yang menyusur akar tidak pernah kehilangan bisa.

DEMIKIANLAH APABILA PEMIMPIN DAPAT MERASAI DENYUT NADI RAKYAT

" KITA TIDAK DAPAT MENAHAN BANJIR TETAPI WAJIB MEMBANTU MANGSANYA"


HANYA TUBUH BADAN DI HOSPITAL, JIWA RAGA TETAP BERSAMA RAKYAT.

Kalau Salahuddin Ayub mengatakan di Parlimen, bahawa DS Najib tidak seperti bapanya yang amat mengambil berat tentang rakyat, sebenarnya Salehuddin silap.

Petang tadi sekali lagi DS Najib mengeluarkan arahan jelas,

" GERAKKAN SEMUA JENTERA YANG ADA. BANTU MANGSA BANJIR DI PERLIS DAN KEDAH. BANTU SEMUA RAKYAT. JANGAN ADA UNSUR PILIH KAUM, AGAMA ATAU IDEOLOGI ".

Najib mengambil kira penderitaan rakyat. Najib boleh sahaja bercuti, berehat dan menyerahkan kepada menteri. Najib boleh melupakan segalanya jika beliau mahu berbuat demikian.

Sebaliknya Najib tidak lena tidur. Beliau tidak tidur dalam keadaan rakyat sedang susah. Najib benar benar merasai kesukaran rakyat dan dengan segala daya membantu.

Di mana Anwar Ibrahim. di mana Nik Aziz, di mana Lim Kit Siang, di mana Haji Hadi. TIADA. MEREKA TIADA SEWAKTU RAKYAT MEMERLUKAN.

MAHFUZ SELUAR DALAM SEDANG LENA DI KUALA LUMPUR. SEWAKTU RAKYAT POKOK SENA SEDANG DIBAWA ARUS DERAS, MAHFUZ SEDANG MENGHADAP WARTAWAN. MAHFUZ AMAT DISENANGI WARTAWAN KERANA KENYATAANNYA YANG SELALU TIDAK CERDIK.

KENYATAAN TIDAK CERDIK OLEH PEMIMPIN TERTINGGI SEBUAH PARTI ADALAH BAHAN BERITA YANG MENARIK. WARTAWAN SUKA KEPADA MAHFUZ TANPA MAHFUZ SEDAR BAHAWA IA ADALAH BAHAN BERITA LAWAK.

Rakyat sedang derita. ALLAH sedang menguji mereka dan kita juga yang tidak terkena sebenarnya diuji. Najib sedang diuji, Menteri sedang diuji, Menteri Besar sedang diuji, Wakil Rakyat juga diuji.

Nampaknya Wakil Rakyat PAS telah gagal dalam Ujian ALLAH ini. Inilah hakikatnya. Namun begitu percayalah, setelah banjir pulih mereka akan datang menemui rakyat. Dengan alasan, 1000 alasan.

DS NAJIB UZUR, INSYAALLAH ALLAH GUGURKAN DOSA DOSA

" RASA BERSALAH KEPADA UMAT ISLAM MENYEBABKAN NIK AZIZ TIDAK SANGGUP BERTENTANG MATA DENGAN KIT SIANG "


ADA ATAU TIADA, AURA NAJIB TETAP DIRASA

Saya bukan ulamak. Tapi saya sejak kecil diajar bahawa sembahyang hajat hanya untuk kebaikan. Kebaikan diri dan umat Islam. Jika kita dizalimi, berdoalah agar keadilan dan hidayah diberikan kepada kita dan orang yang menzalimi.

Saya selamanya percaya doa dan solat hajat yang dipimpin oleh pimpinan PAS tidak pernah makbul. Memakbulkan doa adalah hak mutlak ALLAH tetapi petandanya ALLAH perlihatkan supaya manusia berfikir.

Untuk Galas PAS juga bersembahyang hajat. Hakikatnya PAS kalah lebih teruk. Mana mungkin ALLAH makbulkan doa orang orang yang zalim. Mana mungkin ALLAH makbulkan doa orang yang menjual agamaNya dengan harga yang rendah.

Apabila Nik Aziz ' dilihat memberi rasuah, ' Apabila Ustaz Abdul Halim mengisytiharkan rasuah itu halal maka dengan jelas ALLAH sedang mendidik mereka dengan HUKUMAN. Mereka menjadi orang yang sangat rendah ' martabatnya' di sisi Islam.

Apabila Nik Aziz ' dicabar' dihadapan penyokong sendiri dan dia tidak berupaya menjawab , maknanya Nik Aziz sedang berada di penghujung zamannya.

Umat Melayu usah bimbang. DS Najib uzur biasa. Sakit akan
' memantapkan kemanusiaan kita'. Dalam masa yang sama ALLAH gugurkan dosa dosa kita seumpama daun kering gugur dari dahannya.

Sewaktu uzur Najib tetap bekerja dan memberi bimbingan kepada jentera. Jentera yang dipimpin oleh TS Muhyiddin mematuhi dan menghargai segala arahan dan bimbingan. Setiap kali Muhyiddin bercakap, nama Najib disebut sebagai tanda hormat.

Apabila menang semua orang menyebut " SALAH SATU FAKTOR KEMENANGAN IALAH NAJIB '. Inilah pemimpin. Ada atau tiada
' AURANYA DIRASA '.

Inilah bezanya Nik Aziz dengan Najib. Tanyalah pimpinan PAS. Semua mengharapkan Nik Aziz tak bercakap kerana setiap kali bercakap Nik Aziz sentiasa silap. Bahkan saya diberitahu lebih ramai pimpinan PAS mengharapkan tiada PENGLIBATAN NIK AZIZ.

BERTAUBATLAH NIK AZIZ. BERTAUBATLAH SEMENTARA PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA.

Wednesday, November 3, 2010

YA ALLAH..BERTUAHNYA SAUDARAKU

" SETIAP UNDI SANGAT BERMAKNA, TAHNIAH KERANA MEMILIH MASA HADAPAN YANG GEMILANG "


TERPILIH MEMULAKAN PERUBAHAN

Saudara/ Saudari Pengundi Galas dan Batu Sapi,

Mari kita mulakan pagi ini dengan memanjatkan rasa syukur terhadap ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM. Selawat dan Salam kepada MUHAMMAD NABI DAN RASUL AKHIR ZAMAN.

Saudara bertuah kerana telah dipilih oleh ALLAH untuk mengundi dalam PRK yang amat bermakna dan bersejarah. Pilihanraya yang akan memberikan kesan yang amat besar bukan sahaja di tempat saudara tetapi di seluruh negara.

Undi Saudara bermaksud :-

1. Saudara memilih BN yang selama ini bekerja untuk rakyat.
2. Saudara memilih BN yang merasai denyut nadi saudara
3. Saudara memilih BN yang bahagia dan derita bersama saudara
4. Saudara memilih BN yang menyediakan masa hadapan gemilang
5. Saudara memilih BN yang merancang dan memikirkan masa hadapan anak cucu kita
6. Saudara memilih BN yang meletakkan rakyat di atas segalanya
7. Saudara memilih BN kerana BN menjamin keamanan dan kesejahteraan
8. Saudara memilih BN kerana kasihkan agama,bangsa dan negara saudara
9. Saudara memilih BN kerana saudara ada impian yang ingin dicapai dan dapat dicapai melalui keberkesanan BN
10. Saudara memilih BN kerana percaya BN akan melakukan yang terbaik untuk saudara dan kita semua.

Mari kita berdoa mudah mudahan mengundi ini ALLAH terima sebagai ibadah hamba kepada PENCIPTANYA. Mari kita TOLAK PAKATAN JAHAT DAN BAHAYA PEMBANGKANG :-

1. Saudara menolak pembangkang kerana mereka tiada perancangan untuk rakyat
2. Saudara menolak pembangkang kerana mereka tidak pernah berjuang untuk rakyat
3. Saudara menolak pembangkang kerana perjuangan mereka adalah perjuangan peribadi
4. Saudara menolak pembangkang kerana mereka sentiasa memperalatkan saudara dan kita semua
5. Saudara menolak pembangkang kerana terbukti selama ini mereka penipu
6. Saudara menolak pembangkang kerana mereka tiada sebarang perancangan
7. Saudara menolak pembangkang kerana perjuangan mereka banyak persamaan dengan perjuang komunis
8. Saudara menolak pembangkang kerana mereka merestui perbuatan menghalau saudara mara kita di Pulau Pinang
9. Saudara menolak pembangkang kerana ia dipimpin oleh anasir anti agama yang amat jelas dan nyata
10. Saudara menolak pembangkang kerana saudara inginkan jamin masa hadapan bagi anak cucu kita.

Mengundilah saudara, mengundilah dengan penuh insaf dan sedar bahawa undi saudara akan menentukan masa hadapan agama, bangsa dan negara.

UMNO BERADA DI PUNCAK


PAS HENTIKAN KEMPEN SEHARI LEBIH AWAL

Galas 3 NOV - Jentera Kempen PAS telah berhenti berkempen sehari lebih awal daripada tempoh kempen sebenar iaitu jam 12.00 tengahmalam 3 NOVEMBER 2010.

Ini berlaku berikutan penyebaran secara meluas dan terbuka GAMBAR MENUNJUKKAN NIK ABDUL AZIZ NIK MAT, MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP MURSYIDUL AM PAS SEDANG MENGAGIH AGIHKAN WANG YANG DIPERCAYAI RASUAH KEPADA PENGUNDI BAGI TUJUAN UNTUK MENDAPATKAN UNDI KEPADA CALON PAS YANG DIPERCAYAI BERHASRAT MENARIK DIRI DARIPADA PILIHANRAYA TERSEBUT.

Menurut sumber yang rapat dengan PAS terdapat beberapa situasi yang amat luar biasa dan tidak pernah berlaku di dalam PAS selama ini.

1. Jentera PAS menuntut elaun kerja melebihi kadar yang dibayar kepada pengundi luar.

2. Jentera PAS mempertikaikan ' PENDEKATAN RASUAH JELAS' Nik Aziz.

3. Jentera kempen PAS sepanjang hari ini dipaksa menemui pengundi dan menafikan bahawa rasuah berlaku sedangkan ada di antara jentera PAS ditempelak oleh pengundi kerana mereka juga turut menerima rasuah.

4. Agihan rasuah dikatakan tidak sama kerana ada pihak telah mengambil sebahagian daripada dana tersebut.

Manakala tenaga kerja UMNO/BN telah mencapai kemuncak prestasi dengan hampir semua pengundi telah berjaya ditemui.

Walau bagaimanapun semua pihak diingatkan tentang gangguan paling besar mungkin ditimbulkan oleh penyokong PAS supaya PRK ini terganggu dan mungkin diadakan semula.

Ulasan saya : Insyaallah ALLAH bersama kita. ALLAH telah tunjukkan kebenaran di Galas, di bumi di mana kepalsuan selama ini tumbuh melata. Mari kita berdoa semoga GALAS dan BATU SAPI akan menjadi titik tolak sebuah kebangkitan baru UMNO/BN demi agama, bangsa dan negara.

Tuesday, November 2, 2010

DR ASRI TERSILAP

POLITIK TIDAK SEMUDAH A B C ATAU ALIF BA TA


MEMBERI PELUANG ANWAR BERUNDUR BERMAKSUD MENGKHIANATI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Kuala Lumpur 1 NOV- Sudah sampai masanya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara daripada dunia politik kerana banyak rentak politiknya dilihat semakin tidak seimbang ( Ini kenyataan BENAR )

Zaman Anwar telah berlalu dan tidak mungkin generasi baru akan terus bertahan untuk melihat reka bentuk cerita politiknya yang sama ( Ini juga kenyataan BENAR )

Berilah peluang untuk beliau berundur secara aman. Setiap kita ada hari datang dan pergi. Biarlah datang kita disambut dan pergi kita diucapkan terima kasih ( Ini kenyataan BAHAYA DAN TIDAK DAPAT DITERIMA DALAM KONTEKS ANWAR IBRAHIM )

Dr Asri dalam penulisannya juga menegur pembangkang. Tentu beliau mengkritik kerajaan. Tetapi sayugia disedari pembangkang di Malaysia KHASNYA ANWAR IBRAHIM BUKAN PEMBANGKANG BIASA.

Anwar bukan sekadar pembangkang dalam parlimen. Anwar membentuk budaya. Anwar banyak melakukan dosa terhadap pembinaan negara bangsa. Anwar penyubur ' JIWA BENCI DAN MUSNAH'.

Anwar melatih dan memaksa pengikutnya untuk membenci apa sahaja yang ada kaitan dengan musuh politiknya yakni kerajaan.Bila ini berlaku apa jua usaha atau agensi kerajaan dipandang jijik.

Polis, Badan Kehakiman,SPRM,SPR dan semuanya. Anwar mengubah paradigma anak muda. Kalau dulu DEMONSTRASI bukan kaedah kita kini DEMONSTRASI menjadi amalan.

Kalau dulu kita diajar berhemah dan berhikmah, kini anak muda menjadi kasar dan kurang ajar. Kalau dulu maki hamun dianggap tidak wajar kini maki hamun menjadi budaya.

Dr Asri perlu duduk sehari atau dua hari di Parlimen. Lihatlah pembangkang membangkang. Lihatlah adakah pembinaan berlaku semasa mereka khasnya Anwar membangkang.

Semua ini tidak termasuk dengan racun yang Anwar tabur di luar negara sehingga menjejaskan imej negara kita dan sedikit sebanyak menjejaskan pelaburan.

Tanpa mengambil kira " PERTUDUHAN MELIWAT YANG DIKENAKAN KEPADANYA", Anwar tetap tidak boleh lari begitu sahaja. Anwar mesti membersihkan najis yang ditinggalkan. Anwar perlu bertanggungjawab terhadap kerosakan yang telah beliau lakukan.

Monday, November 1, 2010

PAS HAMPIR LUMPUH SEPENUHNYA DI GALAS

' DARIPADA PENING BAIKLAH TIDUR '

JENTERA KECEWA PERUNTUKAN BESAR KEPADA PENGUNDI LUAR

Saya pernah menulis dalam blog ini bahawa kita boleh menipu semua orang. PAS setingkat lebih tinggi apabila berjaya menipu rakyat dan menipu diri sendiri.

Tetapi kita tidak mungkin akan dapat menipu Pencipta kita ALLAH yang Esa. Jika kita cuba, nescaya akan sampai masa ALLAH hukum kita dengan hukuman yang tidak kita ketahui.

Inilah hukuman yang ALLAH timpakan kepada PAS. Sesiapapun yang waras tentu tidak dapat menerima ' kebodohan' PAS mengumumkan bayaran 200-250 ringgit kepada semua pengundi luar DUN Galas.

Perbuatan ini jelas satu RASUAH walaupun Ustaz Abdul Halim menggunakan istilah lain. Ia tetap rasuah walau dilihat dari sudut mana sekali pun. Suruhanjaya Pilihanraya telah memberi amaran kerana tindakan itu jelas menyalahi undang undang pilihanraya.

Hukuman ini semakin berat apabila pengumuman ini melumpuhkan jentera PAS di Galas. Seorang AJK Kawasan Gua Musang nyata kesal kerana pucuk pimpinan PAS Pusat menghadkan peruntukan kepada petugas yang bertungkus lumus siang dan malam sedangkan mereka membayar pengundi yang belum pasti mengundi PAS.

Menurut sumber dalaman PAS, pengundi setia PAS sendiri terkejut dengan pengumuman tersebut kerana ' RASUAH ' adalah modal terbesar PAS selama ini.

Seorang AJK Dewan Pemuda menyatakan mereka mungkin akan berhenti berkempen sekiranya isu ini tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Catatan : Mana dia ulamak PAS. Rakyat sedang menunggu fatwa mereka.