Followers

Thursday, December 9, 2010

SAH HAJI ZAINUDDIN TAK AKAN JADI CALON

" HAJI ZAINUDDIN MUNGKIN BERTANDING ATAS TIKET BEBAS PADA PRU 13 "


KEGAGALAN KARNIVAL MENGESAHKAN KELEMAHAN

Berkaitan dengan berita kegagalan Karnival PAS Padang Rengas baru baru ini, telah hampir pasti Haji Zainuddin Mohd Yusuf ADUN semasa PAS tidak akan dicalonkan semula bagi Kerusi Lubuk Merbau.

Haji Zainuddin setakat ini telah memberikan imej yang amat buruk kepada PAS sehingga kehadiran Presiden PAS tidak dapat menarik pengundi termasuk ahli PAS Padang Rengas.

Sehubungan itu , usaha sedang giat dijalankan bagi mencari calon baru yang diharapkan dapat mempertahankan DUN Lubuk Merbau.

Beberapa nama telah dikaitkan termasuk seorang Guru Penolong Kanan di sebuah sekolah di Padang Rengas namun dikatakan tokoh ini tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.

Menjadi trend PAS, sesiapa yang berhajat menjadi calon dikehendaki mengeluarkan belanja sendiri kerana ' HASIL KUTIPAN JIHAD ' diperuntukkan kepada pimpinan tertinggi PAS menjalankan kempen termasuk ke luar negara.

Saya mendapat berita bahawa mana mana ahli PAS yang berminat boleh menghubungi PAS negeri untuk pertimbangan. Sekiranya 'tokoh' tersebut tidak mempunyai wang, maka ia boleh menggunakan tanah untuk dijual dengan bantuan konsultan yang disediakan oleh PAS.

Bagi melicinkan urusan, tanah berkenaan mestilah memiliki 'geran satu nama'.

Ini berita yang saya dengar. Menggambarkan betapa terdesaknya PAS untuk mengekalkan kerusi bagi mempastikan mereka terus mendapatkan kepercayaan bos mereka, DAP. Wallahu'alam.





NAMEWEE DAN CHIN PENG TIADA BEZANYA


" MAAF, TIADA GAMBAR NAMEEWEE DIPAPARKAN KERANA VIRUSNYA DIJANGKA BOLEH MEROSAKKAN KOMPUTER "


MELAYAN NAME WEE MENGUNDANG PETAKA

Ini catatan dari hati. Ini luahan tulus tanpa ' siratan '. Kita telah mendengar penjelasan DS Nazri Aziz dari sudut perundangan.Saya secara peribadi tidak terkejut apabila Nazri melayan hasrat Namewee untuk bertemunya di Parlimen.

Saya tidak peduli bagaimana Namewee berpakaian. Kita semua mengetahui betapa ' kotornya jiwa dan pemikiran Namewee'. Persembahannya menceritakan ' diri dan keturunannya '.

Usah pula salahkan Nazri kerana menerima Namewee. Itulah Nazri. Tanya orang Padang Rengas. Nazri akan bertemu siapa saja tanpa syarat. Petani, penoreh getah, manipulator, con man, penipu no 1 atau siapa saja.

Bahkan Nazri akan menolong ' BAPAK PAS ' sekalipun jika datang mengadu. Nazri tidak peduli siapa dan akan layan siapa saja.
Itulah Nazri yang saya kenal.

Cuma saya nak merayu sangat sangat kepada DS Najib. Tolong jangan layan Namewee. Budak ini sangat bahaya. Lebih bahaya daripada ANJING TERSEPIT. Dalam hati dan jiwanya ada racun.
Di kulitnya ada virus yang boleh membunuh. Bersentuh dengannya boleh menyebabkan maut.

DS Najib telah menolak untuk bertemu Chin Peng. Rakyat tanpa mengira kaum bangga dengan pendirian ini. Namewee lebih bahaya daripada Chin Peng.

Namewee ' komunis yang halal '. Namewee adalah komunis yang
' bebas '. Pemikirannya tersebar serentak ke seluruh dunia. Anak muda bakal menjadikannya idola.

Bayangkan apa 'LOGIKNYA ' di Parlimen, Nameewee mengatakan syarat kerajaan tidak adil, wujud diskriminasi, berat sebelah dan anti 1 Malaysia.

Bayangkan betapa ' GANAS DAN BAHAYANYA NAMEWEE' bilamana di gelanggang kerajaan dia berani menghina.

Tolonglah DS Najib, jangan lukakan hati jutaan umat Melayu yang memang dah dicalar oleh Namewee. Saya percaya umat Melayu tidak banyak meminta, tapi LAYANLAH PERMINTAAN YANG INI. HINDARI RACUN YANG MENYELIMUTI ' MAKHLUK GANAS YANG BERNAMA NAMEWEE '.





KARNIVAL PAS PADANG RENGAS GAGAL

" KEHADIRAN MEREKA KE PADANG RENGAS GAGAL MEMULIHKAN KEADAAN "


JANGKAAN HADIR 15 000 YANG HADIR 1500

Paya Ranggam, Padang Rengas- 07-12-2010 :- Ceramah Perdana sempena Maal Hijrah anjuran PAS Kawasan Padang Rengas yang diadakan bagi memulihkan PAS Padang Rengas telah bertukar menjadi mimpi ngeri apabila kehadiran yang dijangkakan sekitar 15000 hanya dihadiri kira kira 1500 orang sahaja.

Program berbentuk Karnival itu diadakan sejak awal pagi dengan pelbagai gerai jualan memenuhi kawasan Musolla Al Ehsan yang menjadi pusat gerakan PAS Padang Rengas.

Salah seorang penjaja yang saya temui menyatakan ini adalah kali pertama dalam sejarah beliau gagal mendapatkan modal perniagaannya. Saya juga difahamkan bahawa seakan akan masyarakat tidak ' peduli ' terhadap kehadiran Presiden PAS Haji Hadi Awang dan bakal Presiden PAS Nizar Jamaluddin.

Karnival ini sebenarnya sebagai kaedah ' memulihkan ' imej PAS yang teruk tercalar akibat kegagalan Hj Zainuddin, ADUN Lubuk Merbau memberikan perkhidmatan kepada penduduk.

Hj Zainuddin diberi gelaran 'YB Cina ' kerana hanya melayan pengundi Cina semata mata. Masyarakat Melayu termasuk ahli PAS langsung tidak diberi perhatian.

Di samping itu Hj Zinuddin juga gagal sama sekali menunaikan janjinya kepada pengundi untuk

1. Menyediakan Bank di Pekan Padang Rengas
2. Memindahkan Kilang Kayu yang mengganggu penduduk di Padang Asam.

Lebih menyukarkan keadaan ialah apabila Hj Zainuddin telah terlibat dalam perbalahan keluarga yang melibatkan sekeping tanah pusaka milik keluaega mereka. Penduduk berhampiran mengetahui perkara ini kerana rumah abangnya hanya siap separuh dibina.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah, PAS Padang Rengas ternyata berada dalam keadaan parah dan tiada harapan untuk pulih.


Tuesday, December 7, 2010

ANWAR IBRAHIM DAN NIK AZIZ SENASIB

ITULAH SEBAB MENGAPA MEREKA SOKONG MENYOKONG

Jika kita meneliti secara mendalam, maka kita akan dapati Nik Aziz dan Anwar Ibrahim mempunyai hubungan yang sangat akrab. Keakraban mereka sampai ke tahap luar biasa.

Nik Aziz sanggup menolak Al Quran dan hadis hanya kerana
' hubungan istimewanya' dengan Anwar. Bayangkan betapa rendahnya pandangan Islam terhadap perbuatan liwat atau sex sejenis sehingga Rasullullah tidak mengaku umat.

Dalam Al QUran dengan jelas diceritakan bagaimana Kaum Lut dihapuskan daripada mukabumi kerana kecenderungan sex songsang mereka.

Tetapi Nik Aziz sehingga ke tahap sanggup melepaskan jawatan Mursyidul Am PAS sekiranya Anwar mahukan jawatan tersebut.

Mengapa agaknya hubungan sebegini boleh berlaku?

Beberapa perkembangan mutaakhir ini saya fikir dapat menjawab persoalan yang timbul. Samada Nik Aziz mahupun Anwar Ibrahim, kedua duanya sedang berhadapan dengan tentangan yang tidak pernah mereka alami sebelum ini.

Nik Aziz saban hari melihat dan mendengar kenyataan yang menempelak, memperlekeh dan memperkecil dirinya. Nasruddin Hassan Tantawi, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar seakan bersatu menyindir Nik Aziz.

Pimpinan PAS menunggu Nik Aziz mengeluarkan kenyataan untuk kemudiannya disangkal dan dibangkang.

Keadaan Anwar lebih dahsyat lagi kerana serangan diterima dari luar dan dari dalam parti sendiri. Sewaktu Ketua Wanita PKR menyarankan agar jawatan Ketua Umum ditandingi, Anwar sudah dapat mengesan kecenderungan untuk meminggirkannya.

Sikap Karpal Singh dan barisan pembelaannya sudah dapat dibaca seakan akan membiarkan Anwar berada dalam kuali yang airnya sentiasa mendidih.

Apabila Anwar dan Nik Aziz mula mengesan MALAPETAKA yang menunggu mereka maka mereka telah berpakat untuk BERTAHAN SECARA BERSAMA.

Percayalah kepada saya, betapa selepas ini Nik Aziz dan Anwar akan mula menyerang sesiapa sahaja termasuk pimpinan Pakatan Rakyat bagi mempastikan survival mereka.


Monday, December 6, 2010

ANWAR MENANGGUHKAN PERJALANAN

" ANWAR JUGA BELUM MEMUTUSKAN SIAPA YANG AKAN DIBAWANYA MENERUSKAN PERJUANGAN DI INDONESIA "



TIDAK ADA NEGARA BERSEDIA MENERIMANYA

Ini adalah berita yang baru saya dengar. Ada kemungkinan Anwar Ibrahim akan menangguhkan perjalanannya ke satu destinasi rahsia di luar negara kerana setakat ini tiada negara bersedia menerima Anwar.

Australia yang sebelum ini menyatakan sokongan kepada Anwar telah menarik balik kesediaan mereka kerana ia akan merugikan Australia dari sudut diplomatik.

Adalah dipercayai setakat ini mana mana negara yang sebelum ini menyatakan simpati terhadap Anwar dan percaya kepada kesungguhannya memperjuangkan demokrasi telah tergamam dan malu apabila mengetahui keputusan pemilihan PKR yang dianggap paling tidak demokratik dalam sejarah moden dunia.

Difahamkan juga, penampilan dan keupayaan serta pemikiran yang ditunjukkan oleh DS Najib di pentas dunia beberapa kali sebelum ini telah MENAFIKAN tuduhan Anwar bahawa Najib menjadi Perdana Menteri atas tiket ' WARISAN KEPIMPINAN '.

Beberapa tokoh dunia sebaliknya terpukau dengan idea, kebolehan dan kebijaksanaan Najib . Bahkan mereka berasa hairan Najib tidak pernah menjawab tuduhan yang dilemparkan Anwar kepada pentadbirannya.

Sekiranya ini berlaku, Anwar mempunyai kemungkinan untuk melarikan diri ke Indonesia dan menyertai pergerakan pengganas di Republik Indonesia dan berusaha untuk menjadi Presiden di sana.


Sunday, December 5, 2010

ANWAR SEDANG BERKEMAS

" TOKOH YANG MELUKAKAN HATI UMAT MELAYU "


DIJANGKA AKAN LARI DALAM MASA TERDEKAT

Semua orang mempunyai jangkaan yang sama. Anwar akan lari juga ke luar negara. Tetapi kebanyakannya menjangka Anwar akan lari selepas PRU 13 setelah Pakatan Pembangkang kalah teruk dan hilang kebanyakan kerusi mereka melainkan di Pulau Pinang.

Saya percaya Anwar akan lari dalam masa terdekat berasaskan beberapa perkembangan semasa :-

1. Rancangan Anwar untuk menimbulkan suasana huru hara dalam negara tidak berlaku. Anwar berharap setelah isu Ketuanan Melayu dicetuskan, orang Melayu akan bangkit melakukan protes
secara besar besaran. Tidak berlaku.

2. Anwar kemudian menimbulkan pula isu Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri dengan harapan orang Melayu akan menampilkan reaksi yang luar biasa dan kemungkinan konflik kaum tercetus . Ini juga tidak berlaku.

Sebaliknya lain pula yang terjadi yang tidak tercapai oleh fikiran Anwar :-

1. Orang Melayu tidak termakan dengan provokasi Anwar, sebaliknya ikut bersama DS Najib menjayakan Gagasan 1 Malaysia yang hakikatnya tidak mengorbankan apa apa.

2. Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang diharap menjadi gula gula kepada DAP dan masyarakat Cina sebaliknya mendatangkan reaksi negatif apabila DAP dan masyarakat Cina
( sebahagiannya )sedang melihat kemungkinan menjadi Perdana Menteri.

3. Provokasi yang dibuat untuk melagakan komponen BN tidak menjadi sebaliknya konflik yang serius sedang melanda PAS akibat provokasi tersebut, yang mengundang kemungkinan Ketua Pemuda PAS digantung daripada jawatan.

4. DAP telah menyukat Anwar gagal dalam usaha memecahbelahkan orang Melayu sebaliknya yang ketara ialah
perpecahan dalam PKR

5. Dan yang terakhir ialah apabila Karpal Singh dan R Sivarasa mengkhianati Anwar dengan meninggalkan Mesyuarat Khas Parlimen bagi membicarakan Anwar di Parlimen.

Kita sama sama menunggu. Samada lari atau tidak Anwar telah kehilangan masa depan.

Hakikatnya masa telah tiba untuk kita rakyat Malaysia menyatukan hati dan fikiran, mempersiapkan masa hadapan gemilang bagi anak cucu kita.

Biarlah Anwar menjadi sejarah, sejarah luka umat Melayu dan mari kita berdoa agar tiada lagi manusia Melayu seperti Anwar Ibrahim selepas ini.



TANPA BANYAK BICARA

" MISKIN HARI INI TIDAK BERMAKNA MISKIN SELAMANYA "


KERAJAAN TERUSKAN PROGRAM MEMBANGUNKAN RAKYAT

Esok 6 Disember 2010 ,Majlis Penyampaian Pakaian Seragam Sekolah dan Bantuan Makanan akan diadakan di RPA Mior Aris, Lubuk Merbau. Program seumpama ini sebenarnya dijalankan di seluruh Parlimen, di seluruh negara.

Ini adalah satu program bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk golongan kurang mampu agar mereka dapat memulakan persekolahan sesi 2011 tanpa banyak masalah.

Benar, apalah pakaian seragam sekolah bagi kebanyakan orang di Malaysia.
Tetapi terdapat juga golongan kecil rakyat yang masih perlu dibantu bagi menghadapi hari hari tertentu seperti awal persekolahan , hari raya dan sebagainya.

INILAH KEBIJAKSANAAN. BAYANGKAN PERASAAN ANAK KECIL YANG
' PERPAKAIAN BAJU LAMA' BERBANDING RAKAN RAKAN YANG LAIN.
BAYANGKAN PERASAAN IBU BAPA APABILA TIDAK MAMPU MENYEDIAKAN SERAGAM BARU BAGI ANAK ANAK MEREKA YANG GHAIRAH BERTEMU RAKAN RAKAN SELEPAS PERCUTIAN PANJANG

BAYANGKAN BETAPA ' BESARNYA HATI DAN PERASAAN ANAK ANAK YANG SUSAH INI' APABILA KELIHATAN TIDAK BERBEZA DENGAN ANAK ANAK YANG LAIN. MEMANG BENAR TIDAK RAMAI ANAK MISKIN TETAPI HAKIKATNYA MEREKA MASIH WUJUD DI NEGARA INI.

INILAH KEPERIHATINAN YANG MESTI KERAJAAN TERUSKAN. ANAK ANAK INI AKAN MEMBESAR DENGAN PERASAAN BAHAWA "SATU HARI NANTI APABILA AKU JADI DEWASA, AKU AKAN BANTU PULA ORANG LAIN YANG TIDAK MAMPU".

MISKIN ADALAH FITRAH. TETAPI TIDAK BERMAKSUD IA TIDAK BOLEH DIUBAH.