Followers

Monday, March 7, 2011

PAS DAN DAP AKAN BERPISAH AKHIRNYA.



Selepas beberapa PRK , umum menyedari bahawa Pakatan Pembangkang bukanlah sebuah pakatan dalam erti kata yang sebenarnya.

PAS dan DAP sebenarnya tidak pernah mencapai kata sepakat. Manakala PKR tidak pernah bermakna selain Anwar Ibrahim.

Ramai juga menganggap PAS dan DAP berbeza daripada sudut ideologi. Ini adalah pandangan yang tidak tepat kerana hakikatnya PAS tidak pernah mempunyai sebarang ideologi.

Saya yakin DAP bosan dengan PAS yang menjanjikan banyak perkara tetapi tidak pernah membuktikan apa apa. Tugasan utama PAS ialah memecahkan undi Melayu, ternyata tidak berjaya dilakukannya.

Kecenderungan PAS merangsang rakyat bangkit memberontak sebenarnya sangat mengecewakan DAP. Jika ini berlaku DAP paling terkesan kerana sudah pasti kegiatan ekonomi akan terjejas dengan teruk.

Dalam masa yang sama DAP masih teringat peristiwa 13 MEI 1969 yang menyaksikan Kerajaan BN akhirnya menyusun strategi yang menambahkan kekuatan orang Melayu.

Sikap Nik Aziz akhir akhir ini juga memeningkan DAP. Apa juga kenyataan Nik Aziz adalah liabiliti kepada pembangkang. Cakap Nik Aziz sebenarnya merugikan bukan sahaja DAP tetapi juga PAS sendiri.

Konflik terbaru berkaitan judi juga sebenarnya memberi implikasi besar terhadap Pakatan. Nik Aziz terperangkap dalam keinginan memenangi hati Umat Islam dan menjaga hati DAP.

Kesimpulannya, saya berpandangan DAP dan PAS akan berpecah sebelum PRU 13.





Saturday, March 5, 2011

MERLIMAU DAN KERDAU, BUKTI PEMBERONTAKAN TIDAK PERLU.

" KETUA PENGHASUT JUGA MENGUNDI ? "


RAKYAT ADA RUANG SUARAKAN ISI HATI.

Hari ini pengundi di Kerdau dan Merlimau akan menunaikan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Mereka bebas memilih siapa yang mereka mahu mewakili mereka.

Ini adalah Pilihanraya Kecil( PRK ) yang terakhir ( hendaknya ) sebelum Pilihanraya Umum ke 13 yang wajib diadakan selewat lewatnya pada tahun 2013.

Malaysia adalah sebuah negara yang muda. Usia kemerdekaan kita baru 54 tahun. Dalam tempoh itu, kita telah melalui 12 Pilihanraya Umum dan ratusan PRK.

Semua rakyat yang berumur 21 tahun ke atas WAJIB mengundi sebenarnya walaupun ada yang tidak berbuat demikian. Dalam setiap pilihanraya ada parti yang bertanding.

UMNO/BN yang merupakan parti pemerintah selama 54 tahun ini pernah kalah. Ini bermakna parti pembangkang sama ada bersendirian atau berpakat pernah menang.

Bahkan UMNO/BN pernah kehilangan lima negeri termasuk Pulau Pinang dan Selangor. Jika kehilangan Kelantan, barangkali kerajaan tidak begitu terkesan, tetapi melepaskan Selangor dan Pulau Pinang adalah kehilangan besar buat Kerajaan kerana kedua dua negeri ini amat maju dan mendatangkan hasil yang banyak.

Saya timbulkan perkara ini bagi membuktikan betapa bebasnya rakyat kita menyatakan pendirian. Mereka boleh menyatakan bantahan di kertas undi.

Jika kerajaan UMNO/BN tidak berkhidmat dengan baik, rakyat pasti dapat suarakannya melalui undi mereka. Pilihanraya kita adalah antara yang paling bebas di dunia.

DAP, PKR dan Pakatan mengakui hakikat ini. Mereka tidak pernah tidak menyertai pilihanraya kerana percaya kepada perjalanannya.( Walaupun pembangkang tak pernah mengaku )

Di Mesir, Libya dan kebanyakan negara Arab, pilihanraya diadakan sebagai wayangan sedangkan keputusan telah ditetapkan.
Sistem autokratik mereka menyebabkan rakyat tidak dapat membuktikan kekecewaan mereka.

Oleh yang demikian amat tidak berasas jika mana mana pemimpin pembangkang menyeru kepada pemberontakan. Di Malaysia,pemimpin pembangkang hidup sangat mewah walaupun mereka seringkali bercakap tentang penderitaan rakyat.

Hari ini kita akan menyaksikan, rakyat di Merlimau dan Kerdau membuktikan betapa, negara tercinta ini adalah milik kita bersama.


Friday, March 4, 2011

ANWAR DAN PEMBANGKANG PERLUKAN PERANG

" RAJA HASUT YANG KAYA RAYA "


TIADA CARA LAIN UNTUK BERKUASA

Hari ini media menyiarkan amaran tiga orang pemimpin kanan kerajaan terhadap mana mana pihak yang cuba menghasut dan membakar emosi rakyat agar bangkit memberontak.

Amaran ini mempunyai asas yang kukuh kerana pemimpin pembangkang sangat ghairah menjadikan pemberontakan di Mesir, Tunisia dan Libya sebagai alat merangsang penyokong mereka.

Walaupun telah jelas bahawa Israel dan Amerika Syarikat sedang merayakan keruntuhan di negara tersebut. Buktinya Israel beberapa kali menyerang Semenanjung Gaza mengakibatkan ke
matian dan kecederaan, tetapi ia tidak lagi menjadi bahan berita.

Pembangkang sama sekali tidak pernah menyebut betapa pemberontakan setakat ini tidak nampak mendatangkan faedah
kepada rakyat di negara berkenaan.

Saya berasa bimbang. Jika benar pembangkang mampu menghim
punkan 500 ribu anak muda untuk bersama mereka, hakikatnya
jutaan lagi anak muda tetap bersama kerajaan UMNO/BN.

Siapakah yang dapat mempastikan bahawa berjuta anak muda ini
tidak bangkit mempertahankan Kerajaan sedia ada ? Saya dapat melihat riak awal kebangkitan anak muda yang selama ini senyap
dan tidak bersuara.

Di Merlimau dan di Kerdau , anak muda ini mula menunjukkan diri
mereka. Pembangkang melakukan kesilapan besar apabila menyangka anak muda yang menyokong UMNO tidak mempunyai
keberanian.

Anak anak ini mula menghalang ceramah pembangkang. Mereka juga sudah mengepung kereta Ketua Pembangkang , Anwar Ibrahim. Anak anak muda ini juga bermaruah dan berdarah panas.

Pembangkang yang menyeru kebangkitan telah mula melihat kebangkitan. Cuma kebangkitan yang berlaku ialah kebangkitan menentang mereka.

Kita memahami Anwar Ibrahim dan pembangkang perlukan pem
berontakan untuk membantu mereka berkuasa. Namun yang
telah bermula ialah kebangkitan menghalang mereka.

Saya menjadi bimbang. Jika tiada tindakan proaktif dari pihak kerajaan, perang saudara tidak mustahil akan berlaku.

Pada ketika itu, segalanya telah terlambat. Kita perlukan puluhan tahun pula untuk memulihkan keadaan.

Kerajaan mempunyai pilihan terbatas. Bertindak sekarang atau redha melihat anak bangsa hidup menderita.



KEMENJADIAN NAJIB DAN KECELARUAN PEMBANGKANG..

TIADA SESUATUPUN BERLAKU SIA SIA.

Kita umat Islam diasuh sejak kecil bahawa tiada suatu perkarapun yang berlaku di atas mukabumi ini berlaku sia sia. Kita diajar bahawa segalanya mempunyai makna melainkan kita tidak mahu berfikir.

Demikianlah saya melihat situasi politik semasa di negara kita. Seakan sesuatu yang agak luarbiasa apabila tsunami politik melanda negara dalam PRU 12.

Ia adalah kejutan. Kejutan yang amat mendidik.

Kemudiannya kita menghadapi begitu banyak PRK yang menjulang nafsu Pakatan Pembangkang, yang akhirnya melekakan mereka.

Akhir akhir ini beberapa PRK terkemudian, menyaksikan UMNO/BN mencipta kejayaan luar biasa. Yang menarik, kesemua
PRK ini menampilkan calon yang tidak tersenarai sebagai 'bakal
calon'.

Jika Merlimau dan Kerdau menghasilkan keputusan yang sama, maka kita boleh katakan bahawa ini adalah ' kemenjadian ' DS Najib sebagai nakhoda parti dan kerajaan.

Ia tidak berlaku ' sia sia' melainkan membawa makna besar jika kita mahu berfikir. Antara maknanya barangkali ialah seorang pemimpin kena , wajib tulus dan tulen.

Kualiti ini sangat jelas ada pada DS Najib. Tidak berlakon, tidak berlebihan dan tidak pula berkurangan. Pada masa Kerajaan tidak mampu, Najib hanya menguruskan ' saguhati' kepada kakitangan kerajaan.

Pada masa kerajaan tidak mampu menanggung subsidi, harga minyak dan barangan dinaikkan dengan kadar yang bersesuaian.

Setakat ini, umum sedar DS Najib bercakap benar. Ini juga ciri pentadbiran Tun Mahathir pada masa dahulu.

Di sudut yang lain Pakatan Pembangkang sedang bertungkus lumus mencari titik mula pergerakan mereka. Segalanya menggambarkan betapa Pakatan sebenarnya tidak pernah sepakat.

Masing masing hilang fokus kecuali DAP yang mengekalkan sikap
chauvinis Cina. PAS dan PKR sebenarnya benar benar bergantung kepada DAP.

PAS paling ketara sangat bercelaru kerana PKR memang tidak sesuai dinilai sebagai sebuah parti. Ia adalah secebis kumpulan yang ditubuhkan bagi menyokong survival seorang individu.

Akhir akhir ini kita menyaksikan PAS telah mengheret dunia untuk sama bergelumang di Kerdau dan Merlimau. Pemberontakan di Tunisia, Mesir, Libya dan Bahrain menjadi bahan ceramah.

Kamal Artaturk dan Dr Yussuf Qardhawi yang tidak mengenali PAS ikut dibawa berpencak. Saya mendengar calon calon mereka terkilan kerana tidak dijadikan bahan ceramah pemimpin PAS.

Segalanya menjadi serba tidak kena. Saya yakin Nik Aziz dan Haji Hadi telah kehabisan bahan. Dengan yang demikian PAS tidak lagi kelihatan yakin dengan keupayaan mereka untuk memenangi pilihanraya.

Lantas, akhirnya sistem demokrasi dipersalahkan. PAS mengajak
rakyat bangkit memberontak. Diawali dengan menyokong HINDRAF. Hakikatnya setakat ini mereka kelihatan gagal.

Anwar Ibrahim sedang dimalukan oleh Karpal Singh dan barisan pembelaannya. Tidak cukup dengan perbicaraan, Karpal meminta bicara dalam bicara. Anwar hampir ketiadaan wajah sebenarnya.

Saya berpandangan Anwar sedang menuju ke noktah karier politiknya.

Kemenjadian Najib dan kecelaruan pembangkang. Mari kita satukan hati dan fikiran kita. Insyaallah kita sedang menuju ke arah Malaysia yang gemilang.



Wednesday, March 2, 2011

MELAYAN GELORA ( 2 )


MULAKAN SEKARANG...

Saya telah beberapa kali menyebut dan ingin menyebut sekali lagi betapa pilihanraya adalah seni undi dan manusia. Sehebat manapun individu atau parti yang bertanding, ia hanya bermakna apabila individu atau parti itu mendapat undi tertinggi.

Untuk itu seluruh kekuatan UMNO WAJIB bergerak ke arah mencapai matlamat ini. Mari kita tukarkan emosi risau kalah dan ghairah menang menjadi tenaga yang kuat yang merangsang kita bergerak.

Temui pengundi seorang demi seorang. Tanpa kecuali. Seluruh jentera kena bergerak sederap. Pertemuan bersemuka adalah sebaik baik kaedah bagi mendapatkan undi.

Pengundi kita pada pilihanraya lalu, tidak semestinya akan mengundi kita pada pilihanraya ini. Barangkali ada perkara yang melukakan hati mereka yang tidak kita ketahui.

Pengundi khasnya pengundi Melayu mempunyai pemikiran dan kesedaran yang tinggi. Mereka tidak akan mengundi hanya kerana emosi. Mereka mempunyai sebab untuk mengundi.

Sebab inilah yang perlu kita wujudkan agar mereka mengundi kita. Kita ditakdirkan mempunyai kemampuan untuk membantu rakyat. Bantuan hanya dapat diberi jika kita mengetahui keperluan.

Kadangkala pengundi hanya perlukan pendengar. Turunlah agar kita dapat mendengar apa yang mereka mahu katakan. Kita tak boleh lagi mengharapkan pengundi sahaja menjadi pendengar.

Pilihanraya semakin hampir tetapi tidak kita ketahui masanya. Ini bermaksud kita mempunyai masa yang sangat terbatas untuk menemui setiap pengundi.

Kita telah berkongsi rasa yang sama. Tetapi sayugia diingatkan betapa rasa semata mata tidak akan memenangkan kita. Kemenangan kita sebenarnya bergantung kepada sekuat mana kita berusaha. Usah bertangguh lagi. Mari kita mulakan sekarang!





Tuesday, March 1, 2011

MELAYAN GELORA ( 1 )

MENUJU PUNCAK...

Semalam saya menulis tentang gelora yang sedang membadai UMNO Perak. Ada yang mengatakan saya begitu teruja. Ada juga yang agak sinis.

Memang benar, ada beberapa emosi yang sangat signifikan dalam membantu kita mencapai impian atau cita cita besar.

Pelajar perlukan ' risau ' supaya kerisauan itu bertukar menjadi tenaga yang kuat yang boleh merangsang pelajar untuk lebih bersungguh sungguh dan tekun belajar.

Risau Rasullullah saw telah membolehkan kita menikmati Islam sebagai Ad din yang menyelamatkan kita daripada kejahilan dan azab api neraka.

Risau Tun Razak telah mengubah corak sosio budaya ekonomi umat Melayu sehingga bangsa yang dikatakan hanya tinggal di atas pokok ini telah muncul sebagai bangsa bermaruah.

Risau Tun Mahathir telah menjadikan umat Melayu dan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang dihormati dunia.

Dalam konteks UMNO Perak , risau dan ghairah telah menggantikan rasa rendah diri yang menghantui umat Melayu kesan ' penjajahan 11 bulan' Pakatan Pembangkang.

Umat Melayu tersentak apabila dewan dirampas dan dikunci. Anak anak kecil tidak dapat belajar dalam kelas Tabika Kemas kerana pusat asuhan telah disita.

Umat Melayu menjadi rendah diri apabila ada orang Cina dan India masuk ke kampung kampung mengibar ' bendera roket' DAP.

Ada orang tidak lagi selesa keluar minum minum di kedai kopi kerana terkesan dengan usikan dan sindiran.

Ada ahli IMNO membuka pelekat parti di kenderaan kerana malu dikenali sebagai ahli UMNO parti yang tewas. Takut juga kemungkinan kenderaan dirosakkan.

Tetapi semua ini telah terhakis. Kemuncaknya adalah program perasmian serentak yang diadakan baru baru ini. Ucapan Dr Zambry telah berjaya mencetuskan rasa ' risau kalah dan ghairah menang ini".

Tetapi rasa semata mata tidak cukup mempastikan kemenangan parti. Selepas ini saya akan huraikan bagaimana rasa gelora ini akan menghadirkan tindak ikut yang akan melonjakkan kita.


Monday, February 28, 2011

UMNO PERAK BERGELORA!!

" UCAPANNYA MENCETUS GELORA "


UCAPAN DR ZAMBRY MEMBAKAR !!!

Memang semua yang hadir mengakui. Keadaan jauh berbeza berbanding tahun 2008 selepas Tsunami politik. Bahkan berbeza juga dengan suasana sebelum 2008 yang menyaksikan UMNO berada dalam zon selesa dan alpa.

Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Agung Cawangan Cawangan Negeri Perak yang diadakan pada 27 Februari 2011 di Stadium Indera Mulia memperlihatkan semangat tinggi pemimpin UMNO di semua peringkat.

Sejak awal pagi stadium hampir penuh dengan kehadiran hampir 6000 ahli UMNO dari seluruh pelusuk negeri. Kehadiran yang melepasi jangkaan awal penganjur.

Dr Zambry nyata pemimpin dan motivator yang sangat cemerlang. Ucapannya sangat membina dan meninggalkan kesan mendalam kepada ahli.

Satu jam ucapan Dr Zambry memaku ahli di tempat duduk masing masing. Jarang saya dapat melihat majlis UMNO yang dihadiri begitu ramai khalayak, dapat berjalan begitu licin dan lancar.

Saya tidak mendengar sebarang rungutan walaupun saya difahamkan ada yang bertolak dari tempat masing masing seawal jam lima pagi.

DS Hihamuddin yang hadir sebagai perasmi turut teruja dengan perjalanan majlis. Kagum beliau kerana Perak adalah satu satunya negeri yang berjaya melakukan persamian serentak bagi seluruh negeri.

Sehingga waktu tamat program, saya dapat rasakan betapa tingginya komitmen ahli dan pimpinan UMNO Perak dalam menjayakan visi dan misi parti.

Saya dan rakan rakan yang hadir pulang dengan keyakinan jika ucapan Dr Zambry dan Hishamuddin dihayati, diamalkan percayalah hasrat UMNO untuk memenangi 34 kerusi DUN pasti akan tercapai.