INI MASA MEMBUAT KEPUTUSAN
180 Juta untuk Projek Perumahan Rakyat.
Pengumuman Timbalan Perdana Menteri tentang peruntukan 180 juta bagi Projek Perumahan Rakyat memang ditunggu tunggu. Saya sangat bersyukur kerana pengumuman ini dengan sendirinya menolak tohmahan pembangkang bahawa kerajaan hanya memberikan peruntukan ' segera ' kepada masyarakat atau pengundi Cina sahaja.
Sebaik sahaja bekas ADUN Galas meninggal dunia inilah antara isu yang dilemparkan di Galas. " Jangan haraplah akan ada peruntukan untuk pengundi Melayu, pengundi Cina juga yang untung ".Inilah cakap cakap pimpinan PAS.
Pengumuman TPM adalah mimpi ngeri kepada PAS. Terkini PAS menghebahkan pula projek ini adalah rasuah BN. Rakyat diminta tidak terpengaruh dengan rasuah ini.
Encik Saufi Mohd Ali, seorang penduduk Gua Musang menyatakan
" Lebih baik menjanjikan sesuatu yang boleh diberikan berbanding PAS yang menjanjikan syurga yang dia sendiri belum pasti boleh dapat ".
Maklumat terkini yang saya terima memaklumkan bahawa PAS akan menggunakan sepenuhnya pengaruh Nik Aziz dalam kempen mereka termasuk dengan mengugut Nik Aziz akan meletakkan jawatan sekiranya PAS kalah di Galas.
Bagaimanapun pendekatan ini memakan diri kerana ia menyebabkan jentera PAS menjadi kurang berkesan akibat ada individu dalam PAS Kelantan memang mahu Nik Aziz berundur.
Apa yang penting ialah jentera BN mesti mengekalkan momentum sedia ada yang dikatakan jarang berlaku dalam pilihanraya kecil sebelum ini. Sepakat, bersatu dan nampak amat bersungguh sungguh.
Followers
Sunday, October 24, 2010
UMNO JUGA KENA MENGUASAI KERAJAAN
PEGAWAI KERAJAAN SABOTAJ UMNO PRU 12
Saya dan seluruh rakyat berasa bangga dengan azam dan iltizam pemimpin dan ahli UMNO untuk melakukan perubahan. Tentunya kita berasa bangga apabila menyedari bahawa selepas ini pemimpin UMNO akan pergi kepada rakyat, merasai denyut nadinya, membantu mengatasi kesukaran kesukarannya.
Pesanan Presiden, UMNO mesti menyatakan apa yang kita lakukan. Dasar kerajaan adalah dasar yang ditunjangi UMNO. Bagaimanapun ada di antara dasar kerajaan yang tidak disedari oleh rakyat kerana pegawai kerajaan tidak pernah menyatakannya.
Biasiswa sebenarnya masih lagi diberikan oleh kerajaan. Jutaan pelajar di luar bandar masih menikmati biasiswa. Satu ketika ada bantuan pakaian seragam unit berunifom diberikan. Tetapi pernahkah Ketua Pengarah Pelajaran mengarahkan pengetua sekolah mengumumkannya?
Selain itu Jabatan Kebajikan Masyarakat mengeluarkan jutaan ringgit sebulan sebagai bantuan kepada fakir miskin, ini juga tidak pernah menjadi bahan berita.
Satu perkara yang sedang berlaku sekarang yang mungkin tidak diketahui oleh pihak pemerintah ialah kenaikan harga barang yang berleluasa. Pegawai ' penguatkuasa' sama ada sengaja atau tidak telah me,biarkan perkara ini berlaku. Malangnya kerajaan dituduh menaikkan harga barangan.
Harga ikan dan sayur sayuran naik melambung. Muslimat PAS mengatakan kenaikan ini adalah kerana Menteri memaksa penggunaan kotak biru ( Menteri dikatakan memiliki kilang kotak ini ).
Orang orang kampung tidak betah membicara dasar kerajaan atau perlakuan liwat Anwar Ibrahim tetapi sangat terkesan dengan perkara yang mereka alami sehari hari.
Kesimpulannya, berubahlah sebagai sebuah parti dan dalam masa yang sama jangan malu untuk menguasai kerajaan yang kita menjadi tunjangnya.
Saturday, October 23, 2010
PENGGULUNGAN LEBIH JELAS DAN TEGAS

NAIB PRESIDEN LEBIH SERIUS DAN FOKUS
Saya berasa amat lega dan bersyukur selepas ketiga tiga Naib Presiden selesai menggulung perbahasan dalam Persidangan Agung UMNO kali ini.
Saya memang tidak berharap apa apa daripada Ketua Pemuda, Ketua Puteri atau Ketua Wanita. Saya mengikuti ucapan dasar masing masing dan saya memang menjangkakan bentuk ucapan penggulungan mereka.
Jika ada yang mengatakan bahawa buat masa ini hanya Wanita yang berfungsi dengan berkesan, saya terima pandangan ini. Pemuda dan Puteri masih gagal ' menghayati makna perjuangan politik sepenuhnya'. Belum lagi.
Dalam masa kita mengakui peranan Wanita dalam mendapatkan undi, kita turut keliru dengan pendekatan ' imansipasi' Shahrizat .
Biarkanlah Shahrizat memperolehi rentak dan dalam masa yang sama Jentera Jalinan Rakyat tidak berhenti bergerak.
Yang paling melegakan saya ialah Naib Presiden amat serius kali ini. Tahun lalu menyaksikan Naib Presiden bersaing dalam lawak jenaka, tetapi hari ini mereka melontarkan pemikiran, mereka menampilkan tugasan.
Hari ini Naib Presiden memang bercakap selaras dengan Timbalan dan Presiden. Timbalan meletakkan dirinya di atas landasan yang betul. Manakala tiada sesiapapun dapat menolak' keberkesanan' amanat Presiden.
Paling penting selepas ini, ialah menyusun kerja. UMNO tidak akan menang dengan semangat yang berkobar kobar. UMNO akan menang dengan undi yang diperolehi.
Thursday, October 21, 2010
POKOK TIDAK TUMBANG KERANA RANTING REPUT

ASAL AKAR DIBAJA DISIRAM
Semalam Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri menyampaikan uacapan dasar Presiden dalam Persidangan Agung UMNO. Beliau menegaskan bahawa kedudukan dan hak orang Melayu dilindungi sepenuhnya dan ' terkunci kemas' dalam Perlembagaan.
" Tidak ada apapun yang dapat mengubah walaupun setitik apa jua perkara yang selama ini termaktub dalam perlembagaan ", katanya lagi.
Kedua dua kenyataan ini dengan sendirinya menjawab segala persoalan yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak sebelum ini. Inilah perkara AKAR yang tidak boleh diganggu gugat.
Najib telah menampilkan ' real selfnya'. Orang yang berfikir bahawa Najib terdesak dan tidak ' cukup Melayunya' selama ini pasti mendapat pengesahan.
Oleh yang demikian, usahlah kita berbahas tentang perkara RANTING. Barangkali tidak perlu berhujah tentang Melayukah Mamak. Melayukah Malabari, Melayukah Mualaf. Sehebat mana pun kita berhujah ia tetap ' meranting' sifatnya.
POKOKnya dalam perlembagaan Melayu ialah seseorang yang beragama Islam, mengamalkan cara hidup Melayu dan berbahasa Melayu. Usahlah membuang masa membahaskan tafsiran , kerana kita tahu apa itu MELAYU.
Yang patut bahkan wajib kita bahaskan ialah, ke mana dan bagaimana Melayu selepas ini.
Kalaupun ada yang ingin mencari salah untuk ditegur, tegurlah Ketua Pemuda kerana gagal memberi makna kepada persidangan selain mengharapkan ' kepercayaan yang lebih tinggi '.
Tegurlah Wanita Umno kerana dalam keadaan sekarang mengugut untuk berpencak di puncak parti.
Usah mencari salah Najib kerana ' ranting'. Ranting yang reput tak akan merobohkan pokok. Tetapi akar yang diracun akan membunuh pokok yang rendang
PEMBANGKANG KEHILANGAN NYAWA

PEMBINAAN MENARA WARISAN ADALAH MALAIKAT MAUT BAGI PEMBANGKANG
Secara serentak sebenarnya parti parti yang bergabung dalam pakatan pembangkang dilanda ombak krisis. PAS dengan isu rasuah, PKR dengan masalah pemilihan dan isu moral Anwar Ibrahim manakala DAP dengan masalah kepimpinan autoritarian.
Pembangkang semacam hampir kehilangan nyawa. Dari segala sudut mereka bermasalah. Ruang untuk memberi penjelasan amat terbatas apabila penyokong mereka mula bertanya.
Mujur Bajet 11 dibentangkan. Pembangkang menganggapnya sebagai bonus hayat kepada mereka. Mahfuz Omar beberapa hari menyebut ' bajet seluar dalam '. Memang itu sahaja kemampuan beliau.
Angkatan Muda Keadilan mengambil peluang untuk menonjol diri bagi kempen PKR. Pembinaan menara Warisan sebenarnya mimpi buruk bagi mereka. Dalam keadaan ' ekonomi tenat dan negara menuju muflis, ada syarikat GLC mampu membina bangunan bernilai 5 billion '
Pembinaan Menara ini amat bahaya bagi pembangkang. Mereka bercakap di seluruh dunia tentang keruntuhan ekonomi. Mereka menghalang pelabur untuk masuk melabur kerana Malaysia sedang dilanda kemelesetan, tiba tiba ada sebuah menara bernilai 5 billion mahu dibangunkan.
Namanya sahaja sudah memberi makna yang amat mendalam ' MENARA WARISAN ' Jika kita teliti Menara Warisan dan pembentangan Bajet amat signifikan dengan ucapan Dasar Presiden Parti semasa Persidangan UMNO.
Bagi kita yang berfikir, sangat jelas peringatan, rangsangan, keinginan YAB Datuk Seri Najib untuk ' MELAUNGKAN DENGAN SEJELAS JELASNYA ' isyarat kebangkitan Umat Melayu.
Inilah ketakutan utama pembangkang. Jika benar akan ada kebangkitan Melayu maka dengan sendirinya seluruh jentera petualang Melayu akan tersingkir.
Sekiranya ini menjadi kenyataan, terimalah hakikat bahawa masanya telah tiba untuk pakatan jahat ini kita kuburkan , insyaallah.
Tuesday, October 19, 2010
SEKALI LAGI PAS HINA ISLAM
ISLAM TIDAK AKAN DIRUNTUHKAN OLEH ORANG KAFIR ATAU ORANG JAHIL
Memang benar pandangan ramai ulamak. Islam tidak mungkin dapat diruntuhkan oleh orang orang kafir atau orang Islam yang jahil. Sebaliknya imej dan maruah Islam akan calar kerana perbuatan orang Islam sendiri.
Hari ini berita yang amat memalukan tersiar dalam Harakahdaily. Sangat memeranjatkan apabila media yang mengaku lebih Islam daripada yang lain boleh menyiarkan BERITA HINA ini.
PAS Kelantan beli bangunan UMNO lebih empat juta ringgit!!!
Ya ALLAH, bayangkan jika orang bukan Islam membaca berita ini.
1. Bagaimana PAS yang bercakap tentang agama, menjadikan agama sebagai alat boleh membelanjakan lebih 4 juta ringgit untuk membeli sebuah bangunan sedangkan terlalu banyak perkara kebajikan rakyat tidak terbela.
2. Bagaimana setelah 20 tahun memerintah, membeli bangunan 4 juta ringgit boleh menjadi bahan berita. Sedangkan sepatutnya PAS telah ada bangunan sendiri lama dahulu untuk tujuan operasi.
3. Benarkah ada keperluan untuk PAS menambah bilangan bangunan sedangkan terlalu banyak bangunan dan markas telah wujud di Kelantan sehingga mengakibatkan surau dan masjid menjadi kosong.
Dari sudut mana sekalipun berita ini dinilai yang jelas ia adalah gambaran kegagalan PAS dalam mengurus dan mentadbir. PAS gagal melihat keutamaan. Benarlah pandangan ramai, PAS adalah parti politik biasa. tiada kaitan dengan agama pun kerana agama adalah amalan bukan slogan.
SELEPAS BAJET 2011

MAHFUZ HANYA DAPAT " SELUAR DALAM "
Semalam ( Isnin ) Anwar Ibrahim berbahas di Parlimen. Membahaskan bajet 2011. Sebelum itu selepas Perdana Menteri membentangkan Bajet 2011 , pemimpin pembangkang secara konsesus heboh mengatakan bajet ini adalah bajet PRU 13.
Nampak sangat jelas betapa ghairah dan bernafsunya pemimpin pembangkang dengan pilihanraya. Betapa ghairahnya mereka untuk berkuasa sehingga apa sahaja yang berlaku dianggap sebagai petanda pilihanraya. Atau mungkin juga mereka takut kerana terlalu banyak masalah yang belum mampu mereka tangani.
Inilah malangnya rakyat Malaysia. Kita tidak mendapat pembangkang yang jujur dan berkesan. Kita mendapat pembangkang yang hanya pandai membangkang.
Dalam pada mereka mengatakan bajet ini ialah rasuah pilihanraya, mereka dalam masa yang sama Anwar semalam menjanjikan bonus jika mereka dapat memerintah. Tidakkah ini rasuah ?
Mahfuz Omar pula mengatakan bajet ini adalah bajet seluar dalam. Terlalu banyak yang dibentangkan oleh PM, dan ianya pasti boleh dibahaskan. Tetapi ' seluar dalam' sahaja fokus Mahfuz Omar.
Inilah cara berfikir Mahfuz yang merupakan Naib Presiden PAS. Inilah mentaliti pemimpin Parti Islam.
Cuepacs masih mendesak bonus dua bulan gaji kepada kakitangan kerajaan sehingga PM terpaksa memberikan penjelasan secara terbuka. Tidak mustahil ketiadaan bonus ini akan mengakibatkan kerajaan hilang sokongan.
Inilah realitinya. Di atas segala galanya kita dapat melihat kerajaan yang ditunjangi UMNO wajib berubah. Menjadi lebih berani. Menjadi lebih nekad.
Contohi Singapura. Kadangkala kelihatan zalim tetapi kezaliman itu membolehkan PAP terus bertahan tanpa cabaran.
Atau kerajaan memilih untuk lebih toleran dan menanti masa untuk tumbang.Persoalannya, selepas itu apa akan berlaku?
Subscribe to:
Posts (Atom)